omniture

Tidak Perlu Lagi Beratur untuk Suntikan Flu, Alami Reka Bentuk Aliran Perkhidmatan Inovatif di Pusat Kesihatan Awam Daerah Xizhi

Taiwan Design Research Institute
2021-05-07 14:27 27

TAIPEI, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Taiwan Design Research Institute (TDRI) menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Bandar Taipei Baharu untuk projek "Pusat Kesihatan Awam Direka Bentuk Semula", dengan harapan agar dapat memanfaatkan reka bentuk untuk mengubah imej dan kecekapan perkhidmatan institusi-institusi kesihatan awam di sekitarnya. Di Taiwan, KPI bagi setiap pusat kesihatan awam adalah dengan melengkapkan 300 perkhidmatan setahun. TDRI mula melancarkan projek-projek demonstrasi di Pusat Kesihatan Awam Daerah Xizhi dan Pusat Kesihatan Awam Daerah Yingge yang menawarkan perkhidmatan kepada populasi besar yang mana TDRI menjalankan kajian reka bentuk perkhidmatan awal dan kemudian menyerahkannya kepada pasukan reka bentuk tempatan "S. Select Lab" dan "Zuo Studio" untuk perancangan visual serta ruang keseluruhan.

Gambar di sebelah kiri menunjukkan pusat kesihatan awam tradisional di Taiwan; gambar di sebelah kanan ialah pusat kesihatan awam yang direka bentuk semula oleh TDRI.
Gambar di sebelah kiri menunjukkan pusat kesihatan awam tradisional di Taiwan; gambar di sebelah kanan ialah pusat kesihatan awam yang direka bentuk semula oleh TDRI.

Sepanjang perjalanan kehidupan bermula dari kelahiran hinggalah kematian, di manakah tempat yang paling berkait rapat dengan kehidupan harian kita? Tempat tersebut bukanlah sesetengah kafe bergaya yang popular mahupun restoran berbintang Michelin yang perlu beratur panjang, sebaliknya ia merupakan pusat kesihatan awam yang sering tidak diendahkan di kawasan kejiranan kita. Bermula daripada vaksinasi untuk bayi, pendidikan kesihatan untuk pengantin baharu, hinggalah pemeriksaan berkala untuk warga emas, kesemua ini dilakukan di pusat kesihatan awam.

Walau bagaimanapun, apabila orang ramai memikirkan mengenai pusat kesihatan awam berkenaan yang terletak berhampiran rumah, ia sering memberi tanggapan sebagai bangunan lama, suram, dengan dinding yang penuh dengan poster pendidikan kesihatan; dengan petanda dan arahan yang tidak jelas dan reka bentuk aliran lalu lintas yang teruk, orang ramai bersesak-sesak di hadapan kaunter pendaftaran dan anggota kakitangan serta sukarelawan letih menjawab soalan-soalan mereka. Oleh yang demikian, terdapat barisan yang panjang untuk setiap perkhidmatan, lalu mempengaruhi kecekapan perkhidmatan serta kapasiti pusat kesihatan awam. Tambahan pula. dengan kemunculan rawatan kesihatan pencegahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan permintaan yang semakin meningkat terhadap penjagaan warga tua, kesemua pusat kesihatan awam di seluruh Taiwan menyaksikan beban kerja yang semakin bertambah dan membebankan lagi keberkesanan penggunaan pusat kesihatan awam serta kebolehmampuan ruang.

Perancangan reka bentuk memfokuskan kepada beberapa aspek utama. Pertama, skema warna. Pada masa lalu, pusat kesihatan awam tidak mempunyai warna yang konsisten, manakala ketika ini, warna-warna neutral dan warna-warna tanah semula kadi telah digunakan untuk mewarnakan semula ruang kepada warna kuning air, kelabu dan khaki, di samping turut menentukan ruang menunggu, bilik rundingan dan ruang bebas (seperti bilik pendidikan kesihatan dan bilik kaunseling). Meja dan kerusi mesra warga emas yang boleh dipindahkan dengan mudah turut digunakan bagi memberi kekonsistenan ruang keseluruhan dan menyuntik suasana yang hangat dan menenangkan minda.

Kedua, reka bentuk perkhidmatan. Aliran lalu lintas dinilai semula. Melalui reka bentuk, orang ramai diagihkan secara sama rata ke seluruh kawasan dan aliran perkhidmatan keseluruhan dipercepatkan. Aspek terakhir dan paling penting ialah reka bentuk modular. Dinding modular digunakan dengan gabungan reka bentuk papan tanda serta perabot yang boleh disesuaikan secara bebas untuk mewujudkan ruang iaitu bilik vaksinasi pada sebelah pagi dan bilik pendidikan kesihatan pada sebelah petang, seraya dapat memenuhi permintaan pusat kesihatan awam terhadap keserbabolehan dan kefleksibelan.

Di samping itu, modularisasi turut diaplikasikan untuk kebolehulangan ruang. TDRI berharap agar projek ini dapat mewujudkan paradigma baharu untuk masa depan. Projek demonstrasi ini boleh ditiru secara fleksibel untuk lebih 350 pusat kesihatan awam di seluruh Taiwan, bahkan di luar negara. Projek ini bukan sahaja projek untuk reka bentuk perkhidmatan awam, tetapi juga satu paradigma kerjasama antara jabatan yang menawarkan penyelesaian yang pantas dan berkesan untuk negara-negara di seluruh dunia yang sangat memerlukan kecekapan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik.

Source: Taiwan Design Research Institute
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control