omniture

Anantara Vacation Club Perluas Peluang Penebusan Mata untuk Ahli-ahli

Anantara Vacation Club
2021-05-07 14:38 86

BANGKOK, Thailand, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Di tengah-tengah pandemik global ini, Anantara Vacation Club memanfaatkan rakan-rakan kongsi baharu bagi menawarkan rangkaian pilihan penggunaan mata yang lebih besar di negara-negara asal ahli-ahli di serata dunia.

Mulai tahun 2021 dan seterusnya, ahli-ahli boleh menggunakan mata mereka untuk menebus pelbagai tawaran produk yang baharu dengan hanya beberapa klik pada aplikasi atau laman sesawang. Mata boleh ditebus untuk pelbagai jenis perkhidmatan termasuk tempat menjamu selera mewah, rawatan spa, baucar pusat peranginan, kemasukan ke taman pengembaraan dan banyak lagi. Pilihan penebusan baharu dilancarkan di Thailand, Malaysia, tanah besar China dan Taipei, dengan pilihan tambahan untuk Hong Kong dan Singapura akan ditambah dalam beberapa bulan akan datang.

"Kelab percutian yang sebenar perlu menyediakan lebih daripada sekadar penginapan. Dari awal lagi, kami telah menyepadukan perkhidmatan hotel 5-bintang dan sejak itu berkembang bagi merangkumkan lebih banyak peluang hiburan baik di dalam mahupun di luar pusat peranginan kami," kata Maurizio Bisicky, Ketua Pegawai Operasi. "Biarpun sesetengah perkhidmatan baharu telah dipacu oleh pandemik yang masih berterusan ini, apa yang benar-benar membezakan kami daripada pengendali-pengendali lain ialah penambahbaikan penginapan kami kesemuanya boleh ditebus dengan mata wang Kelab. Ini bukahlah satu aliran pendapatan, sebaliknya satu evolusi yang diperlukan untuk mana-mana kelab yang mana matlamat utamanya dan ukuran kejayaan asasinya terletak pada kepuasan ahli."

Penambahan terkini menyusuli pilihan penggunaan mata sedia ada Kelab ini termasuk pemindahan lapangan terbang, baucar pusat peranginan, makanan dan minuman (F&B) serta sesi fotografi keluarga. Koleksi baharu pengalaman pusat peranginan istimewa akan turut dilancarkan di hartanah unggulan Kelab ini yang terletak di Mai Khao, Phuket. Direka bentuk untuk meningkatkan percutian pengembara keluarga, program ini akan menyediakan perkhemahan keluarga, program kesihatan, kem sains kanak-kanak dan pembinaan pasukan.

Latar Belakang Anantara Vacation Club 

Terokai cara yang lebih baik untuk bercuti dengan Anantara Vacation Club. Dengan pilihan destinasi yang begitu banyak di seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya, ahli-ahli boleh menikmati akses eksklusif untuk perkhidmatan hotel 5-bintang, penginapan yang luas, vila kolam renang peribadi, tempat menjamu selera mewah, spa di lapangan dan pengalaman tempatan yang unik bagi melengkapkan percutian yang sempurna. Sebagai program percutian berasaskan mata yang paling fleksibel di Asia, mata ahli boleh digunakan bagi tujuan penginapan, faedah istimewa dan kemudahan penginapan tambahan, batu kesetiaan syarikat penerbangan dan seleksi luas produk dan perkhidmatan yang disediakan melalui senarai ekstensif rakan kongsi dan ahli gabungan global Kelab ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.anantaravacationclub.com, atau ikuti kami di FacebookInstagram dan Weibo.

Untuk Pertanyaan Media, hubungi: 

Andrew Schiff 
Pengurus Kandungan, Anantara Vacation Club
aschiff@anantaraclub.com

Source: Anantara Vacation Club
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services