omniture

Jadikan Kehidupan Lebih Baik - Penyelesaian untuk Rawatan Air dan Air Sisa daripada Ingersoll Rand

Ingersoll Rand
2021-05-11 02:05 158

SINGAPURA, 11 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), penyedia bertaraf global bagi penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri, dengan bangganya melancarkan rangkaian penyelesaian rawatan air dan air sisanya. Direka untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik, produk dan penyelesaian daripada Ingersoll Rand amat sesuai untuk sebarang kegunaan dalam industri rawatan air dan air sisa.

Ingersoll Rand melancarkan pelbagai penyelesaian rawatan air dan air sisa.
Ingersoll Rand melancarkan pelbagai penyelesaian rawatan air dan air sisa.

Menghadapi Cabaran Umum 

Pertumbuhan penduduk dan perubahan iklim terus memberi tekanan ke atas kawasan-kawasan di mana sumber airnya terhad. Dalam masa yang sama, purata pendapatan yang semakin meningkat dan jangkaan yang berubah mendorong permintaan pelanggan terhadap penyelesaian mesra alam untuk masalah harian seperti pengurusan air sisa.

Memandangkan permintaan meningkat, kawasan perbandaran perlu memperluas dan meningkatkan keupayaannya bukan sahaja untuk menyediakan air yang selamat dan boleh diminum, tetapi juga dapat membuang air sisa dengan berkesan; kesemuanya sambil mematuhi syarat-syarat peraturan yang semakin ketat dan memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin mendesak. Kecekapan tenaga, produktiviti dan keandalan adalah penting.

Ingersoll Rand sangat memahami cabaran-cabaran umum ini dan berupaya untuk menyampaikan penyelesaian yang tepat; membolehkan pelanggan kami menyediakan perkhidmatan yang menjadikan kehidupan lebih baik.

Penyelesaian Sumber Tunggal 

Jalinan kerjasama dengan pembekal sumber tunggal dapat membantu mengurangkan kos dengan memperkemas proses pentadbiran, meningkatkan kecekapan kendalian, bahkan membantu memacu inovasi serta pertumbuhan. Melalui jenama-jenama kami yang dipercayai dan stabil, Ingersoll Rand menawarkan rangkaian komprehensif penyelesaian yang cekap, andal dan berprestasi tinggi yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan sektor-sektor rawatan air dan air sisa.

Loji rawatan air sisa membekalkan air bersih kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Produk dan penyelesaian kami memainkan peranan yang penting dalam aspek ini, membolehkan dan memacu proses rawatan air sisa yang dapat menyingkirkan bahan kimia dan bahan pencemar yang berbahaya, lalu menyediakan sumber air berkualiti tertinggi sebaiknya. Kami menawarkan portfolio luas yang terdiri daripada pemampat, peniup, pam dan produk vakum yang direka untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti pada setiap peringkat proses rawatan.

Nasihat Pakar & Khidmat Pelanggan 

Dengan pengalaman dan sejarah selama lebih 160 tahun lamanya serta lebih 40 jenama dipercayai yang menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang utama dalam pasaran, kami merupakan rakan kongsi yang penting untuk penyelesaian vakum, peniup dan udara termampat. Kumpulan pelanggan global kami bergantung pada produk kami untuk membantu mereka menyelesaikan walaupun cabaran rawatan air sisa yang paling rumit.

Setiap jenama kami membawa penawaran tersendiri dan faedah unik kepada pelanggan kami. Robuschi, Hoffman & Lamson, Albin Pump dan Elmo Rietschle menawarkan rangkaian luas peniup dan pam yang disesuaikan untuk kegunaan seperti pengudaraan, penapisan dan peningkatan gas; Wittig ialah jenama yang dipercayai dalam pengeluaran biogas; manakala Milton Roy, LMI dan Dosatron merupakan pakar dalam menyediakan sistem pemeteran dan agitasi yang berkualiti tinggi. Di samping itu, Ingersoll Rand menawarkan rangkaian luas pemampat udara yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan udara dalam pelbagai jenis proses rawatan air sisa.

Pengalaman Penting 

Ingersoll Rand memiliki sejarah komitmen yang panjang baik untuk inovasi mahupun peningkatan yang berterusan serta pelanggan kami. Pengalaman luas kami, digabungkan dengan produk kami yang canggih membolehkan kami untuk membantu pelanggan kami terus menangani cabaran baharu dan memastikan bahawa perniagaan mereka dapat mencapai potensi maksimum; tanpa menjejaskan matlamat kelestarian atau komitmen mereka terhadap alam sekitar.

Serahkan kepada kami untuk memaksimumkan keandalan, prestasi dan kecekapan operasi rawatan air sisa anda dan benarkan kami untuk membantu anda menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk pelanggan anda.

Latar Belakang Ingersoll Rand Inc.

Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, berdedikasi untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik buat kakitangan, pelanggan dan komuniti kami. Pelanggan bergantung pada kami untuk kecemerlangan kami yang dipacu teknologi dalam penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri dalam lebih 40 jenama yang disegani yang mana produk dan perkhidmatan kami cemerlang dalam keadaan yang paling rumit dan sukar. Portfolio produk kami terdiri daripada pemampat udara, pam, peniup dan sistem untuk pengurusan cecair, pemuatan dan pengendalian bahan, alat kuasa selain jenama Club Car yang terkenal untuk kenderaan khusus. Menerusi lebih 16,000 pekerja di seluruh dunia, pasukan kami membangunkan pelanggan sepanjang hayat melalui komitmen harian mereka terhadap kepakaran, produktiviti dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.IRCO.com.

 

Source: Ingersoll Rand
Related Stocks:
NYSE:IR
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities