omniture

Penyelesaian Kesihatan & Kesejahteraan Di-rumah Kritikal Semasa Covid

Active8me
2021-05-11 09:00 142

SINGAPURA, Mei 11, 2021 /PRNewswire/ -- Jeremy Rolleston, pesaing dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali dan pengasas Active8me (syarikat pemula teknologi kesihatan yang dianugerahkan sebagai platform Kesihatan & Kesejahteraan Terbaik di Asia baru-baru ini), hari ini berkata bahawa terdapat keperluan yang mendesak terhadap penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan di rumah melihatkan wabak penyakit kronik ketika ini serta kesan daripada COVID-19.

"60 peratus daripada pesakit diabetes di dunia (anggaran seramai 96 juta orang) berada di Asia, 90 peratus daripadanya menghidap diabetes jenis 2, iaitu penyakit yang boleh dicegah. Di samping itu, terdapat banyak lagi kes yang tidak didiagnosis," kata Rolleston.

"Sekiranya terdapat satu perkara yang diajar oleh COVID-19 kepada kita ialah kita tidak boleh mengambil ringan mengenai tahap kesihatan kita. Namun demikian, tiga daripada empat orang di dunia pada hari ini akan meninggal dunia akibat penyakit yang boleh dicegah."

"Buat pertama kali dalam sejarah, penyakit kronik kini membunuh lebih ramai orang berbanding penyakit berjangkit. Buat julung kalinya dalam sejarah, semakin ramai orang kini turut meninggal dunia akibat kesan gaya hidup yang tidak aktif serta makan terlalu banyak dan bukannya makan terlalu sedikit."

"Adakah hal ini menimbulkan kebimbangan? Ya. Adakah COVID-19 memburukkan lagi krisis kesihatan Asia ini dan juga keperluan terhadap penjagaan kesihatan bergerak? Sudah tentu," kata beliau.

Rolleston berkata akibatnya, individu, majikan, syarikat insurans, penyedia perkhidmatan kesihatan dan kerajaan semakin tercari-cari sokongan dan program kesihatan pencegahan melalui kemudahan teknologi mudah alih.

"Active8me penting kerana kami menyediakan program penjagaan digital yang disesuaikan di luar dinding doktor, hospital dan persekitaran penjagaan kesihatan tradisional," kata beliau.

"Aplikasi kami menyediakan sokongan kesihatan pencegahan di hujung jari anda. Ia tersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, yang amat pernting semasa berlakunya pandemik global apabila ramai orang bekerja dari rumah."

"Kami memanfaatkan teknologi bagi menyampaikan penyelesaian kesihatan pencegahan yang lengkap iaitu senaman, pemakanan, penetapan minda, penjejakan, sokongan langsung dan bimbingan kesihatan dengan kesemuanya boleh didapati dalam satu tempat yang mudah pada peranti mudah alih anda."

"Active8me berada di persimpangan antara kesihatan dan teknologi, menyediakan penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan bergerak yang boleh diskala bilamana kesihatan pencegahan menjadi penting berbanding sebelum ini," kata Rolleston.

Sumber

Pertanyaan media
Sila hubungi Sonia Heath di +65-87421040 atau Sonia.heath@active8me.com

Untuk mencuba Active8me:
Sila muat turun Active8me daripada gedung aplikasi Apple atau Google. Anda boleh mencuba versi percuma ini serta merta.

Untuk Maklumat Lanjut:
Sila kunjungi http://www.active8me.com/.
Kit Akhbar disediakan di sini

 

Source: Active8me
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Mobile Entertainment Telecommunications New products/services