omniture

Syarikat Singapura Membuat Pelaburan Suku Juta Dolar AS Dalam E-Sukan Kolej

Cyberathlete
2021-05-11 11:00 147

SINGAPURA, Mei 11, 2021 /PRNewswire/ -- Cyberathlete® Pte. Ltd. mengumumkan permulaan "Siri Mobile Legends Kolej Cyberathlete®" ("Cyberathlete® Collegiate Mobile Legends Series") dengan hadiah wang tunai peringkat akhir bernilai US$250,000.

Hadiah wang tunai peringkat akhir merupakan jumlah yang belum pernah diberikan sebelum ini untuk pasaran e-sukan kolej. Ia merupakan satu pelaburan bagi pihak Cyberathlete® untuk pasaran kolej baru muncul, berdasarkan penilaian tahun 2021 yang telah menetapkan industri e-sukan global pada nilai lebih daripada US$1.08 bilion dolar.

"Kami benar-benar teruja untuk memulakan siri ini di Asia Tenggara, di mana Mobile Legends: Bang Bang telah menemui kejayaan yang besar," kata Scott Valencia, Ketua Pegawai Eksekutif Cyberathlete® Pte. Ltd. "Namun begitu, lebih penting lagi, kami berbangga kerana dapat meletakkan pelajar-pelajar di laluan yang akan membolehkan mereka menjadi sangat berdaya saing dalam e-sukan kolej dan dalam masa yang sama terus terlibat dengan komitmen akademik mereka."  

Pusingan kelayakan di negara-negara Asia Tenggara bermula pada bulan Mei 2021 dan berakhir pada bulan Ogos 2021. Pasukan-pasukan negara utama kemudiannya akan bertarung untuk menjadi salah satu daripada lapan pasukan bergaji untuk menyertai permainan bermusim. Empat pasukan kolej di kedudukan teratas dari Asia Tenggara akan muncul selepas 3 musim pada bulan November 2022. Mereka kemudiannya akan bersaing untuk mendapatkan hadiah wang tunai utama bernilai US$250,000 di Pusingan Akhir Kolej Dunia (World Collegiate Finals) pada bulan Disember 2022.

"Di sebalik kejayaan Kejohanan Dunia M2 Mobile Legends: Bang Bang yang telah mencapai lebih 100 juta tontonan untuk industri e-sukan profesional, Moonton turut memberi penekanan yang tinggi terhadap pasaran kolej," ujar Michael Lin, Pengurus Pemasaran E-Sukan, Moonton Games. "Melalui program 'E-Sukan untuk Semua' ('Esports for Everyone'), kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif perintis Cyberathlete® untuk pasaran kolej."

"Lembaga pengarah kami benar-benar percaya bahawa e-sukan merupakan pengimbang yang hebat antara teknologi dan hiburan. Walaupun e-sukan profesional telah mendapat sebahagian besar tumpuan, kami percaya bahawa pasaran kolej bersedia untuk tahap keyakinan dan pendedahan sama yang dinikmati oleh golongan profesional," kata Frank Yong, Presiden Lembaga Cyberathlete® Pte. Ltd. "Janji sokongan kami kepada pemain dan industri ini adalah dengan mendepositkan sebanyak US$250,000 daripada simpanan dana kami dalam Oversea-Chinese Bank Corporation (OCBC) yang disimpan dalam instrumen kewangan sebelum pengumuman penajaan. Cyberathlete® berharap dapat memberi ganjaran kepada pasukan yang berjaya atas pencapaian mereka."

Rakan-rakan kongsi negara yang layak ketika ini ialah Cybersports & Online Gaming Association (SCOGA) Singapura dengan sokongan daripada Singapore Esports Association (SGEA), E-Stars Nation dari Malaysia, National Esports Federation of Philippines (NESFP) dan Ligagame Esports dari Indonesia, dengan banyak lagi yang akan muncul.

Cyberathlete® merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kami kepada kerajaan tempatan, persatuan, persekutuan, rakan kongsi, institusi pendidikan dan pemain individu atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi. Kami tidak sabar-sabar menantikan musim pembukaan yang hebat!

Untuk maklumat lanjut, layari www.cyberathlete.com.

Latar Belakang Cyberathlete®

Cyberathlete® muncul dalam arena permainan sebagai The Cyberathlete Professional League (CPL) yang menganjurkan kejohanan e-sukan profesional. Ia ditubuhkan pada tahun 1997 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat. CPL ialah perintis dalam kejohanan e-sukan profesional. CPL kini dikenali sebagai Cyberathlete® Pte Ltd dan beribu pejabat di Singapura, dengan pejabat-pejabatnya terletak di AS dan China.

Latar Belakang Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan Arena Pertempuran Dalam Talian Berbilang Pemain (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia (di luar China). Dengan lebih satu bilion pemasangan dan 100 juta pengguna bulanan yang aktif, Mobile Legends: Bang Bang ialah salah satu daripada 10 permainan teratas yang paling banyak dimainkan di lebih 80 negara. Mencakupi dari Asia Tenggara hingga Timur Tengah dan India, permainan berbilang pemain ini boleh didapati di 139 negara dan disetempatkan dalam 25 bahasa. MOBA beroperasi pada 1,200 pelayan bagi menjamin corak permainan yang lancar.

Latar Belakang Mobile Legends Esports

Ditubuhkan pada tahun 2017, Mobile Legends: Bang Bang Esports berperanan sebagai platform untuk pemain mengejar impian mereka untuk menjadi atlet e-sukan, mengembangkan potensi mereka dan menonjolkan peluang dalam ekosistem e-sukan antarabangsa. Sejak itu, MLBB Esports berkembang ke beberapa liga termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Christa Yeo
Naib Presiden Pemasaran dan Perhubungan Awam
Cyberathlete
christa.yeo@cyberathlete.com
+65 91520426

Source: Cyberathlete
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Future Events