omniture

World eSports League (WSL) Umum Rancangan Jadi Sensasi Antarabangsa

Technoblood Esports Inc.
2021-05-11 21:54 231

SEOUL, Korea Selatan, 11 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Pada 10 Mei, World eSports League (WSL), acara e-Sukan global serba baharu yang dianjurkan oleh Technoblood eSports (TB eSports) mengumumkan rancangan pertamanya untuk acara tersebut.

Logo World eSports League (WSL).
Logo World eSports League (WSL).

Menurut jawatankuasa penganjur WSL (WSLOC), ketika ini, kira-kira 40 negara telah menyatakan hasrat mereka untuk mengambil bahagian. Tarikh akhir permohonan adalah pada 14 Mei 2021.

WSLOC turut mengumumkan judul-judul permainannya untuk acara pertama berkenaan. Sehingga kini, WSLOC telah mengumumkan judul-judul permainan termasuk PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS (PUBG) KRAFTON, Inc. dan Eternal Return: Black Survival Nimble Neuron. Permainan pertempuran dan Brawl Stars Supercell juga berkemungkinan besar akan ditambah sebagai judul baharu dalam pertandingan ini. Kesemua ini dipilih dengan mempertimbangkan kepelbagaian genre serta populariti permainan. Judul-judul permainan tambahan dijadualkan untuk dipilih.

WSL ialah pertandingan e-Sukan peringkat kebangsaan untuk pemain profesional mahupun pemain amatur bersaing bagi meraih gelaran terbaik di dunia. Ia merupakan pertandingan e-Sukan global tahunan yang mana pemain-pemain terbaik dunia mengambil bahagian di bawah akreditasi International Esports Federation (IESF) yang telah mencecah 100 anggota di seluruh dunia baru-baru ini.

"World eSports League ialah sebuah acara global baharu yang bertujuan untuk memperluaskan penglibatan langsung bersama khalayak baharu dalam bidang e-Sukan. Kami akan memberi keseronokan dan pandangan baharu kepada peminat e-Sukan di seluruh dunia melalui acara yang unik dan mampan," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TB eSports Takefumi Morishima.

"Virus COVID-19 terutamanya mendapat perhatian penuh kita pada tahun ini. Kami akan melakukan yang terbaik bagi mencegah penularan COVID-19 dan menjadikannya acara yang selamat," tambah beliau.

TB eSports yang terdiri daripada pakar-pakar e-Sukan daripada ibu pejabat TB di Jepun dan pakar-pakar e-sukan Korea, merupakan subsidiari Technoblood dan telah meraih pencapaian yang menakjubkan dalam industri e-Sukan sejak tahun 2002. Technoblood merupakan rakan operasi World Cyber Games (WCG) di Jepun dari tahun 2002 hingga 2013 dan bersama-sama menganjurkan acara e-Sukan Tokyo Game Show: Cyber Games Asia (CGA) dari tahun 2012 hingga 2016.

[Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, kunjungi wsl.gg]
[Untuk maklumat media dan pertanyaan, sila hubungi di chah@technoblood.com]

 

Source: Technoblood Esports Inc.
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services