BEIJING, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- "Maklumat Penilaian Nilai Jenama China 2021" yang dikeluarkan pada 9 Mei ketika sambutan Hari Jenama China Kelima, China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") menduduki tempat No.1 di seluruh industri tenaga dan kimia di China dengan nilai jenama bernilai 308.59 bilion yuan ($48.01 bilion), pertumbuhan sebanyak 9.491 bilion yuan ($1.48 bilion) berbanding tahun 2020. Nilai jenama bagi Easy Joy, Epec.com, Sinopec Lubricant Company dan Sinopec Donghai Asphalt meningkat dengan ketara.
En. Zhang Yuzhuo, Pengerusi Sinopec Menyampaikan Ucaptama bahawa Sinopec Akan Mempercepatkan Pembinaan Jenama Bebas Bertaraf Dunia untuk Memimpin Pembangunan Berkualiti Tinggi Perusahaan Dengan Lebih Baik.
Stesyen Isian Semula Hidrogen Sinopec Digunakan Di China Degnan 100 Stesyen lagi Dirancang untuk Dibina dan Beroperasi dalam Tahun 2021.
Di forum tentang Meningkatkan Jenama Korporat China yang diadakan pada 10 Mei, ucapan dasar En. Zhang Yuzhuo menegaskan bahawa Sinopec akan mempercepatkan pembinaan jenama bebas bertaraf dunia untuk memimpin pembangunan perusahaan berkualiti tinggi yang lebih baik.
Kapasiti pengeluaran di China terus berkembang dan membangun, menunjukkan vitaliti dan kreativiti yang mantap dengan peningkatan jumlah jenama Cina ke luar negara.
Selama 38 tahun, Sinopec telah memberi penekanan terhadap pengukuhan pembinaan jenama dan komited untuk membawakan produk tenaga dan kimia atasan yang lebih bersih dan pelbagai kepada masyarakat. Memenuhi janji jenamanya dengan tindakan dan tanggungjawab, Sinopec akan terus memenuhi keperluan orang ramai untuk kehidupan yang lebih baik dan mempromosi nilai, reputasi dan pengaruh jenama syarikat.
"Sinopec akan mempercepatkan pembinaan jenama bertaraf dunia, mematuhi saranan nilai jenama 'Inovasi memimpin masa hadapan industri, mewujudkan kehidupan yang lebih baik dengan tanggungjawab," serta menjadikan slogan jenama 'Tenaga Lebih Bersih, Kehidupan Lebih Baik' yang sangat berkesan di hati pelanggan, memasuki ribuan isi rumah sebagai perusahaan antarabangsa yang bertanggungjawab," kata Zhang Yuzhuo, pengerusi Sinopec.
Di masa hadapan, Sinopec akan melaksanakan strategi jenama dengan bersungguh-sungguh dan mengukuhkan lagi konsep "kualiti sentiasa selangkah di hadapan" dan "setiap titis minyak ialah sebuah janji" untuk menonjolkan komitmen Sinopec kualiti diutamakan, mempercepat promosi vitaliti jenama. Dipimpin oleh pelaksanaan strategi pembangunan terkemuka dunia, Sinopec akan mengukuhkan pengurusan operasinya dan mempercepatkan peningkatan sokongan jenama.
Dengan mengambil peluang membina syarikat teknologi perintis, Sinopec juga akan terus berinovasi dan meningkatkan daya saing jenamanya, dan seiring itu mempercepatkan peralihan hijau dan rendah karbon, mempromosi tenaga fosil bersih, menskala proses pengeluaran tenaga bukan fosil dan rendah karbon untuk memastikan ia mencapai kemuncak pelepasan karbon mengatasi matlamat China dan berusaha untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050.
Di samping itu, Sinopec akan menyokong projek-projek utama pemulihan luar bandar, Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing, inisiatif ekspres kesihatan, hari terbuka awam, stesyen gas amal untuk pekerja sanitasi dan banyak lagi untuk menggabungkan tanggungjawab sosial dan meningkatkan pengaruh jenama, menjadikan "bertanggungjawab" sebagai kunci kata bagi jenama Sinopec.
Latar Belakang Sinopec
Sinopec Corp. ialah satu daripada syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya merangkumi penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; menjual, menyimpan dan mengangkut produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport bagi petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, dan komoditi dan teknologi lain; dan penyelidikan, pembangunan dan aplikasi teknologi dan maklumat.
Sinopec menetapkan misi 'memacu kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletak 'orang, tanggungjawab, integriti, ketepatan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai teras korporatnya, menerapkan strategi berorientasikan nilai, pembangunan yang didorong oleh inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka, dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon, dan berusaha untuk mencapai visi korporatnya untuk membina syarikat tenaga dan kimia terkemuka di dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.sinopecgroup.com/group/en/.