omniture

Zymo Research Mengeluarkan Saluran Bioinformatik Sumber Terbuka untuk Pengesanan Varian SARS-CoV-2 Dalam Air Buangan

Zymo Research Corp.
2021-05-12 20:12

Pengeluaran Awal Saluran Bioinformatik VirSieve Akan Mempromosikan Kerjasama dalam Penyelidikan Alam Sekitar SARS-CoV-2 

IRVINE, California, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Zymo Research mengeluarkan kod sumber Saluran Bioinformatik VirSieve kepada komuniti mikrobiologi alam sekitar untuk mempromosikan kerjasama dan sokongan global terhadap pengesanan varian SARS-CoV-2 dalam air buangan. VirSieve ialah perancangan pengkomputeran automatik terkini yang menganalisis jujukan yang dibaca daripada virus SARS-CoV-2 dalam sampel air buangan untuk pemahaman yang lebih baik tentang varian virus yang terdapat dalam komuniti yang dipantau. Dengan menilai selang keyakinan dalam mutasi yang diperhatikan, perisian ini berpotensi untuk meningkatkan ketepatan analisis yang signifikan tentang sebarang perubahan yang didapati dalam bahan genetik virus.

Zymo Research releases the VirSieve™ Open-Source Bioinformatics Pipeline source code to the environmental microbiology community to promote global collaboration and support for the detection of SARS-CoV-2 variants in wastewater.
Zymo Research releases the VirSieve™ Open-Source Bioinformatics Pipeline source code to the environmental microbiology community to promote global collaboration and support for the detection of SARS-CoV-2 variants in wastewater.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, walaupun penggunaan vaksin mempunyai kesan positif yang luar biasa terhadap pengekangan pandemik SARS-CoV-2 di AS, strain virus baharu masih memuncul. Sesetengah daripada strain ini, contohnya B.1.1.7, diklasifikasikan sebagai "varian yang membimbangkan" kerana bukti peningkatan dari segi penyebaran, kepatogenan atau pengelakan vaksin. Penjujukan air buangan Generasi Seterusnya muncul sebagai penyelesaian yang paling berdaya maju untuk pemantauan komuniti masa nyata yang terdekat.

Penjujukan virus daripada air buangan adalah sukar kerana fragmentasi dan degradasi dalam RNA virus yang sering menghasilkan ralat dalam penjujukan dan akhirnya ditunjukkan sebagai mutasi palsu. VirSieve boleh mengenal pasti varian palsu ini dan menandanya sebagai rendah atau tiada keyakinan, membolehkan para penyelidik menapis mutasi dengan tahap sokongan yang lebih tinggi. Zymo Research juga menyediakan DNA/RNA Shield, suatu reagen yang melindungi virus RNA daripada degradasi seterusnya selepas penyahaktifan sebarang virus untuk pengumpulan dan pengangkutan sampel air buangan dalam suhu persekitaran yang selamat.

"Zymo Research telah membangunkan kaedah perisian awam sebelum ini seperti Program Zymo Research Transmit iaitu pelanggan sumber terbuka untuk menyerahkan hasil ujian COVID-19 melalui sistem pelaporan kesihatan awam CalREDIE," kata Dr. Michael Weinstein, Pengarah Sistem Maklumat Makmal dan Ketua Projek Saluran VirSieve Zymo Research. "VirSieve ialah sebahagian daripada usaha berterusan Zymo Research untuk menyediakan sokongan yang maksimum terhadap usaha tindak balas pandemik di seluruh dunia. Kami merasakan bahawa VirSieve berpotensi untuk digunakan bukan sahaja bagi mengesan strain varian virus SARS-CoV-2 dalam air buangan tetapi juga virus lain untuk kegunaan kesihatan awam pada masa akan datang."

"Mendapatkan varian yang tepat daripada sampel klinikal atau kumbahan adalah kunci kepada kedudukan yang betul tentang strain virus dalam konteks keseluruhan varian virus yang lain dan memaklumkan usaha pengesanan patogen," kata Dr. Christopher Mason, yang merupakan penceramah berbayar Zymo Research dan pengarah bersama WorldQuant Institute for Quantitative Prediction serta profesor fisiologi dan biofizik di Weill Cornell Medicine.

Untuk maklumat lanjut tentang Saluran VirSieve, sila layari laman web Zymo Research atau hubungi mereka melalui e-mel di tech@zymoresearch.com.

Tentang Zymo Research Corp.
Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi khidmat kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. "Keindahan Sains adalah untuk Menjadikan Semua Perkara Mudah", merupakan moto yang dizahirkan dalam semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penulenan DNA/RNA. Dikenali dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research melangkaui batas kemajuan dengan penyelesaian baharu untuk pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiomik, peranti diagnostik dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut tentang produk COVID-19 Zymo Research, sila layari pautan berikut:

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1507133/wastewater_pr_data_on_computer_2000x1111px.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600

Source: Zymo Research Corp.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals