omniture

Jawatankuasa Sunhak Peace Prize terima pencalonan untuk Sunhak Peace Prize ke-5

- Pencalonan boleh dihantar sehingga 31 Julai 2021
The Sunhak Peace Prize Committee
2021-05-12 21:00 300

SEOUL, Korea Selatan, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Sunhak Peace Prize memberi pengiktirafan kepada individu atau organisasi cemerlang yang telah memberi sumbangan penting terhadap keamanan dan kebajikan generasi-generasi masa depan. Jawatankuasa berkenaan mempertimbangkan khususnya tiga aspek utama pencapaian dari segi penilaian calon-calon: Pembangunan Insan Mampan, Penyelesaian Konflik, dan Pemuliharaan Ekologi. Penerima-penerima Sunhak dipilih dua tahun sekali oleh jawatankuasa antarabangsa dan menerima anugerah berjumlah $1,000,000.

The Sunhak Peace Prize
The Sunhak Peace Prize

Dr. Hak Ja Han Moon menubuhkan Sunhak Peace Prize bagi meneruskan legasi dan visi mendiang suami beliau, Rev. Dr. Sun Myung Moon yang menubuhkan Universal Peace Federation dan mengabdikan hidup beliau untuk mendorong keamanan. Upacara Penganugerahan ke-5 akan berlangsung pada tahun 2022.

Kriteria Penilaian Calon-calon:

- Sumbangan terhadap bidang-bidang seperti pembangunan insan mampan, penyelesaian konflik atau pemuliharaan ekologi

- Meningkatkan kualiti hidup orang ramai daripada pelbagai negara, bangsa, agama dan budaya demi keamanan

Jawatankuasa hadiah akan memutuskan Penerima Sunhak Peace Prize akhir pada Disember 2021. Pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama selepas itu. Upacara Penganugerahan akan diadakan pada April 2022 di Korea Selatan. Borang pencalonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang rasmi (http://sunhakpeaceprize.org/).

Sunhak Peace Prize yang pertama pada tahun 2015 dianugerahkan kepada En. Anote Tong, bekas Presiden Kiribati atas usaha beliau meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan kenaikan paras air laut; dan Dr. Modadugu Vijay Gupta yang meningkatkan produktiviti perikanan melalui pembangunan kaedah-kaedah akuakultur.

Anugerah kedua pada tahun 2017 yang memfokuskan krisis pelarian global diberikan kepada pakar bedah Itali, Dr. Gino Strada dan pendidik, Dr. Sakena Yacoobi.

Penerima-penerima anugerah ketiga pada tahun 2019 yang memfokuskan keamanan dan pembangunan di Afrika ialah Dr. Akinwumi Adesina, Presiden African Development Bank dan Waris Dirie, pengasas Desert Flower Foundation.

Sunhak Peace Prize 2020 dianugerahkan kepada Presiden Macky Sall dari Republik Senegal dan Biskop Munib A. Younan, Presiden Kehormat Antarabangsa bagi Agama-agama untuk Keamanan. Memperingati ulang tahun keseratus Rev. Sun Myung Moon, Anugerah Seratus Tahun Pengasas khas disampaikan kepada bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon.

Hubungi
sunhakpeaceprize@gmail.com

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Awards Corporate Social Responsibility