Swrve SDK bersepadu dengan Perkhidmatan Huawei Push kini tersedia untuk pelanggan Swrve dan pembangun di seluruh dunia.
SHENZHEN, China, 13 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Huawei, sebuah syarikat teknologi global terkemuka, telah bekerjasama dengan Swrve, sebuah platform pemasaran dan pengalaman pelanggan terkemuka yang membolehkan perusahaan global berinteraksi dengan pengguna mudah alih Huawei melalui Perkhidmatan Huawei Push yang disepadukan dalam Swrve SDK.
"Kami teruja untuk memperluas platform pemasaran dan pengalaman pelanggan masa nyata kami untuk mudah alih, web dan TV ke platform dan peranti Huawei. Pelanggan Swrve kini akan mempunyai keupayaan untuk menggunakan pengalaman pemesejan automatik dan dalam aplikasi yang kukuh untuk menjangkau pengguna Huawei dengan pengalaman peribadi dan terbina secara dinamik di sekitar individu untuk hubungan yang lebih mendalam," kata Lisa Cleary, Ketua Pegawai Eksekutif Swrve.
Swrve, Peneraju Gartner Magic Quadrant 2020 untuk Platform Pemasaran Mudah Alih, menyediakan syarikat terkemuka di dunia dengan set keupayaan mudah alih pertama seperti pemberitahuan automatik, pengalaman dalam applikasi dan pengalaman terbina untuk syarikat perusahaan berinteraksi dan menjalin hubungan dengan pelanggan mereka.
Kerjasama ini mewujudkan pengalaman yang unik, intuitif dan premium untuk pelanggan di seluruh dunia
Kerjasama antara Swrve dan Huawei membuka pintu kepada jenama dan pengilang untuk membina perhubungan mudah alih pertama terus ke pelanggan dengan hanya satu alat menjalin hubungan tanpa berkompromi dengan saluran automatik pelbagai platform.
"Di Swrve, kami memahami betapa pentingnya menyampaikan pengalaman pelanggan yang benar-benar hebat tanpa kompromi di seluruh peranti dan platform," kata Lisa. "Kerjasama antara Swrve dan Huawei membuka pintu kepada jenama global untuk terus berhubung secara langsung kepada pelanggan dengan pengalaman yang hebat pada skala global."
Huawei komited untuk menjalin perhubungan yang kukuh dengan platform terkemuka, menyediakan jenama dengan alat dan kepakaran untuk mewujudkan pengalaman yang unik, intuitif dan premium untuk pelanggan mereka sambil mengembangkan perniagaan mereka. Dengan Swrve menyertai ekosistem HMS, SDK mereka yang mudah digunakan kini tersedia untuk jenama itu bagi membolehkan perkhidmatan automatik serta menyampaikan perkhidmatan yang relevan dan disesuaikan kepada pelanggan mereka dengan cepat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei Ecosystem Partner Site dan panduan integrasi Swrve SDK.
Tentang AppGallery –Antara 3 Pasaran Aplikasi Paling Popular di Dunia
AppGallery ialah sebuah ekosistem pintar dan inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk para pengguna. HMS Core kami yang unik membolehkan aplikasi diintegrasikan pada seluruh peranti yang berbeza, yang memberikan lebih banyak kemudahan serta pengalaman yang lebih lancar – ini merupakan sebahagian daripada strategi "1+8+N" kami yang lebih luas di Huawei.
Visi kami ialah untuk membuat AppGellery yang terbuka, pengedaran platform app yang inovatif yang boleh dicapai oleh pelanggan, dan di dalam masa yang sama, melindungi privasi dan keselamatan pengguna serta membekalkan mereka pengalaman yang unik dan pintar.
Tentang Swrve
Swrve ialah platform pemasaran dan pengalaman pelanggan terkemuka untuk peranti mudah alih, web dan TV yang membantu perusahaan terkemuka berhubung dengan pelanggan mudah alih pertama mereka untuk mewujudkan hubungan yang berkekalan dan berharga. Jenama terkemuka dunia seperti Playrix, Sony Pictures dan Telefónica menggunakan Swrve untuk mengenal pasti, meramal dan menjangkakan keperluan pelanggan dengan data tingkah laku masa nyata di seluruh aplikasi mudah alih, web dan TV. Ketahui lebih lanjut di swrve.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.