omniture

XCMG Duduki Tempat Ketiga Teratas Global di Yellow Table 2021 KHL buat Pertama Kali

XCMG
2021-05-14 02:13 113

XUZHOU, China, 14 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Dengan pendapatan tahunan bernilai $15.1 bilion, pengeluar jentera pembinaan Cina terkemuka XCMG (SHE:000425) telah naik ke tempat ketiga yang bersejarah dalam kedudukan Yellow Table 2021 50 pengeluar peralatan pembinaan terkemuka dunia yang dikeluarkan oleh penerbit British KHL Group, syarikat penarafan tertinggi dalam kalangan pengeluar Cina.

XCMG Duduki Tempat Ketiga Teratas Global di Yellow Table 2021 KHL buat Pertama Kali
XCMG Duduki Tempat Ketiga Teratas Global di Yellow Table 2021 KHL buat Pertama Kali

Dalam tahun 2020, jumlah pendapatan syarikat-syarikat Cina melaporkan pertumbuhan ketara, menyumbang sebanyak $191.5 bilion kepada penjualan OEM global yang menyumbang lebih daripada 20 peratus buat pertama kali, dengan China mendahului Amerika Syarikat sebagai kuasa pengeluar peralatan pembinaan nombor satu di dunia.

"Walaupun 'pasaran berskala super besar' China telah membawakan peluang pembangunan yang besar kepada industri jentera pembinaan Cina, dalam jangka panjang, penyepaduan China ke dalam pasaran global ialah trend tidak dapat dibalikkan. Tatkala China terus mengukuhkan kedudukannya dalam arena ekonomi global, industri pengeluaran peralatan kami akan menyaksikan pertumbuhan ketara pada skala global," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG. 

Pengeluar jentera pembinaan China telah mencapai pencapaian utama dalam inovasi teknologi dan produk, dengan produk peralatan atasan, berskala besar dan pintar muncul satu demi satu – bukan hanya meneraju trend di seluruh industri pembinaan Cina dan global, malah juga berfungsi sebagai kekuatan utama dalam banyak projek pembinaan utama. Daya saing produk yang semakin berkembang ini membolehkan peralatan pembinaan Cina menggantikan produk yang diimport secara menyeluruh.

Teknologi terkemuka, penerokaan berterusan

Produk kren dan pengorek terkemuka XCMG sangat laris di pasaran antarabangsa. Ia telah menjual berpuluh-puluh unit kren 1,600 tan semua rupa bumi, dan produk bertanan besar terutamanya yang dalam bekalan terhad. Susun atur jentera pelabuhan terkini XCMG sedang mempercepatkan pembangunan pasaran, sementara beberapa siri projek perindustrian dan infrastruktur baharu seperti tuangan persis, injap hidraulik atasan, jentera konkrit dan penyelenggaraan dilakukan berturut-turut.  

Sistem R&D kolaboratif XCMG di peringkat global telah menakluki teknologi utama untuk menyumbang banyak "yang pertama" – kren rangkak XGC88000 terbesar di dunia, "gergasi perlombongan" pengorek hidraulik 700 tan, jentera angkut roda kelas ultra XC9350, serta lebih daripada 100 unit peralatan utama.

Demi menerima zaman digital dan berkhidmat kepada pelanggan dengan lebih baik, XCMG telah mempromosi transformasi dan naik taraf digital, pintar dan tanpa pemandu. Ia telah melancarkan produk digital utama Sistem Perkhidmatan Global-XCMG (X-GSS) untuk memberikan sokongan penyelenggaraan yang tepat, bernilai tambah dan memuaskan kepada pelanggan global.

Setakat ini, XCMG memiliki lebih daripada 7,500 paten berdaftar, lebih daripada 1,700 paten untuk reka cipta dan 81 paten antarabangsa PCT, dan ia telah menetapkan empat piawaian antarabangsa.

Mempromosi faedah bersama di seluruh rantaian industri

Hasil daripada kawalan pandemik COVID-19 yang mantap dan cekap kerajaan Cina dan pemulihan ekonomi negara yang pantas, industri jentera pembinaan Cina telah menunjukkan prestasi yang luar biasa di pasaran global.

Semasa awal wabak COVID-19 dalam tahun 2020, XCMG telah memimpin pengeluaran semula rantaian industri huluan dan hiliran untuk memastikan penghantaran produk tepat pada masanya. Ia telah mengoptimumkan rantaian perindustrian untuk menarik sejumlah besar syarikat untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan dan sistem pasaran.

XCMG sentiasa mematuhi nilai "empat dalam satu" dengan pembekal, pengedar dan pelanggan, berganding bahu untuk mempromosi R&D produk, inovasi teknologi, peningkatan pengeluaran dan banyak lagi untuk memperoleh faedah bersama buat semua pihak. Ia telah memimpin lebih daripada 60 institusi perusahaan dan penyelidikan untuk menjalin perikatan strategik pertama inovasi teknologi perindustrian dalam industri jentera pembinaan. Platform Internet Perindustrian "Hanyun" kini menghubungkan lebih daripada 800,000 unit peralatan, menguruskan aset bernilai US$93.25 bilion dan meliputi lebih daripada 20 negara di sepanjang Inisiatif "Jalur dan Jalan".

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah syarikat pengeluar jentera berat multinasional dengan sejarah selama 78 tahun. Ia kini berada di kedudukan keempat dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih daripada 187 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation Awards