BEIJING, 14 Mei 2021 / PRNewswire / - Tahun 2020 membawa salah satu ujian paling sukar dalam sejarah moden tatkala wabak yang mengakibatkan kematian membuat seluruh dunia kucar kacir, menjadikan kehidupan manusia porak peranda. China, negara paling ramai penduduk di dunia, segera melancarkan "perang rakyat" terhadap COVID-19 dan berjanji akan melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat habis-habisan.
Mengutamakan rakyat bukanlah perkara baharu di China.
"Parti dan rakyat kami berdiri bersama, dan menjaga ikatan pertalian darah, yang merupakan jaminan asas Parti dalam mengatasi semua kesulitan dan risiko. Seperti kata pepatah, 'Sesiapa yang memenangi hati rakyat beroleh negara; sesiapa yang kehilangan sokongan rakyat hilang negara.'"
- Presiden Cina Xi Jinping pada 1 Julai 2016.
"Sesiapa yang memenangi hati rakyat beroleh negara; sesiapa yang kehilangan sokongan rakyat hilang negara" ialah petikan klasik yang pertama kali dicatatkan dalam Book of Rites (Li Ji), salah satu daripada Lima Klasik kanun Konfusian.
Lebih daripada 2,000 tahun kemudian, kata hikmah ini tetap relevan - kita hanya perlu melihat bagaimana China menangani wabak coronavirus novel sebagai bukti. Ketika ia jelas bahawa negara ini berdepan keadaan darurat kesihatan awam, kerajaan China memimpin usaha untuk mengemudi negara dan rakyatnya keluar dari bahaya.
Mesejnya lantang dan jelas: Rakyat sentiasa diutamakan.
Perang rakyat
Pertempuran utama menentang COVID-19 berlaku di Wilayah Hubei China tengah dan ibu kotanya Bandar Wuhan. Negara ini menggerakkan doktor, peralatan dan sumber terbaiknya ke sana, dengan kos semua rawatan yang ditanggung oleh kerajaan.
Lebih daripada 42,000 pekerja perubatan dihantar ke Hubei dari seluruh China. Dua hospital khas - Huoshenshan dan Leishenshan - dibina, bersama dengan puluhan hospital sementara di Wuhan untuk memenuhi keperluan pesakit.
Bagi membantu bandar-bandar lain di Hubei, China melancarkan pelan "sokongan berpasangan", menggerakkan kawasan tahap wilayah yang lain untuk berpasangan dengan masyarakat di seluruh wilayah.
Pada 10 Mac 2020, Presiden Xi memeriksa Wuhan, pusat wabak COVID-19 di China. Beliau mengunjungi pesakit, mendengar kakitangan perubatan dan pekerja masyarakat dan bercakap dengan pegawai polis, anggota tentera dan pegawai tempatan yang berada di barisan hadapan. Beliau juga menekankan pentingnya bergantung pada orang ramai untuk memenangi perang rakyat terhadap virus tersebut.
"Saya berpendapat respons China sangat baik," kata Stephen McClure, seorang perunding sains maklumat dengan Universiti Wuhan, memberitahu CGTN.
"Terdapatnya usaha yang dilakukan dari atas, dari peringkat nasional, yang menyokong masyarakat di Wuhan, dan terdapatnya usaha dari bawah, daripada masyarakat untuk memberi respons dan menyusun atur."
"Oleh itu, saya tidak fikir ada cara untuk menangani wabak ini tanpa melakukan sejumlah besar penglibatan awam untuk memastikan semua orang selamat. Saya tidak Nampak bagaimana ada orang boleh melakukan sekatan pergerakan, seperti di negara-negara Barat, tanpa mempunyai infrastruktur seperti itu, "tambahnya.
Bangkit dari kemusnahan
Semasa lawatan Wuhan Presiden Xi, beliau mengatakan "orang-orang yang gagah berani di bandar yang gagah berani ini pasti akan mengalahkan COVID-19, bangkit dari kemusnahan dan membuat pencapaian yang lebih gemilang di era baharu."
Semua usaha telah berhasil dan harapan Xi menjadi kenyataan. Setelah 76 hari yang penuh kegigihan dan pengorbanan, Wuhan mengakhiri sekatan pergerakannya dan keadaan kembali normal di bandar itu.
KDNK Wuhan meningkat 58.4 peratus pada suku pertama 2021 dan bandar itu melaporkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 92.2 peratus dalam perdagangan luar negerinya dalam tempoh yang sama.
China dilanda teruk COVID-19, tetapi ia bertindak pantas untuk mengendalikan wabak ini. Kini negara ini berada di hadapan dalam pemulihan ekonomi global. Ekonominya tumbuh 18.3 peratus berbanding tahun sebelumnya pada suku pertama 2021.
Tetapi China tidak mengambil sikap sambal lewa. Ini meningkatkan usaha vaksinasi: lebih daripada 342.7 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan di seluruh China setakat 11 Mei, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Cina mengatakan bahawa negara itu merancang untuk memvaksinasi 70 hingga 80 peratus penduduknya menjelang pertengahan tahun depan.