omniture

Pusat Inovasi Pengeluaran Pintar Hexagon Dibuka di Singapura

Hexagon
2021-05-14 15:02 166

SINGAPORE, 14 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Hexagon Manufacturing Intelligence melancarkan Pusat Inovasi Pengeluaran Pintar baharunya di Singapura – dilengkapi dengan teknologi perkakasan dan perisian canggih yang bertujuan untuk mendayakan masa hadapan berautonomi.

Lim Boon Choon, Presiden, Hexagon Manufacturing Intelligence- KAI, dengan HE Niclas Kvarnstrom, Duta Sweden ke Singapura
Lim Boon Choon, Presiden, Hexagon Manufacturing Intelligence- KAI, dengan HE Niclas Kvarnstrom, Duta Sweden ke Singapura

Kemudahan utama Hexagon di Asia Tenggara menampilkan portfolio teknologi pengeluaran digital pintar yang tiada tandingan dan ekosistem terhubung berautonomi. Ini merangkumi penyelesaian Kejuruteraan Berbantu Komputer (CAE) canggih terkini Hexagon untuk reka bentuk kejuruteraan; perisian Pengeluaran Berbantu Komputer (CAM) untuk aplikasi pengeluaran; penyelesaian metrologi ketepatan, sensor unggul, automasi, Kecerdasan Buatan (AI), pembelajaran mesin, pengurusan data dan analitik.

Lim Boon Choon, Presiden untuk Hexagon Manufacturing Intelligence, Korea, ASEAN, Pasifik, dan India berkata, "Pusat ini menawarkan persekitaran buat penginovasi, jurutera rekaan dan pengeluar untuk menguji ciptaan mereka untuk kualiti, kecekapan, keselamatan dan produktiviti dengan akses kepada portfolio Penyelesaian Pintar canggih Hexagon.

"Kami merupakan satu-satunya pembekal di dunia dengan keupayaan terhubung hujung ke hujung – daripada reka bentuk, pengeluaran, jaminan kualiti, analisis data, kembar digital, keterhubungan kedai, hinggalah kepada Kecerdasan Buatan dan pembelajaran mesin.

"Pusat Inovasi Pengeluaran Pintar Hexagon menggerakkan kami lebih dekat ke arah masa hadapan berautonomi di mana perniagaan, industri dan kemanusiaan berkembang secara mampan," kata Lim dengan bersemangat.

Teknologi pintar perintis dan revolusioner Hexagon yang lain termasuk sensor tanpa sentuh canggih terkini yang dipasang di mesin, pada mesin pengukur koordinasi (CMM) serta Penjejak Laser akan segera ditampilkan di sini."

Paolo Guglielmini, Presiden Hexagon Manufacturing Intelligence berkata, "Singapura merupakan lokasi yang strategik buat pusat inovasi Hexagon di rantau ASEAN, di mana kami telah menyaksikan peningkatan pesat dalam inovasi baharu dan syarikat baru mula di rantau ini dan pengembangan teknologi 5G. Kami berharap dapat menyokong penerapan teknologi maju dan pengeluaran pintar untuk menyokong pertumbuhan dalam industri seperti elektronik, teknologi perubatan atau eMobiliti."

Penyelesaian di Pusat Inovasi Pengeluaran Pintar Hexagon:

CAE Maju: untuk kejuruteraan reka bentuk, untuk simulasi dalam proses simulasi pengeluaran Dinamik dan Moden Perkomputeran Bendalir seperti pembentukan, penghentakan, kimpalan dan pengeluaran bahan tambahan 

  • Perisian CAM untuk pengeluaran: NCSIMUL dan VISI Reverse
  • Penyelesaian digital pengurusan aset dan lantai kedai yang terhubung: SFx Asset Management
  • Analisis Kualiti: Q-DAS, VGSTUDIO Max dan Laser Trackers
  • Kawalan Proses Statistik untuk mengumpul data untuk analitik

Hexagon memiliki kemudahan yang sama di China; AS; Jepun dan beberapa negara Eropah dan akan berkembang meliputi merangkumi Thailand, Vietnam, India dan Korea tidak lama lagi.

Pelancaran di Singapura dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Niclas Kvarnstrom, Duta Sweden ke Singapura.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi hexagonmi.com.

Source: Hexagon
Related Stocks:
OTC:HXGBY Stockholm:HEXAB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mining/Metals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)