omniture

INFODAS Mengeluarkan Penyelesaian Domain Silang Taktik COMP-LAND Untuk Kesalinghubungan Keselamatan yang Ketat Dalam Persekitaran Melampau

INFODAS GmbH
2021-05-17 06:00 33

COLOGNE, Jerman, 17 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Bagi menyokong Domain Sambungan Penuh Kawal dan Arah (JADC2) dan mendayakan ruangan pertempuran pada pinggir taktik, INFODAS membangunkan siri COMP-LAND berdasarkan portfolio penyelesaian domain silang SDoT yang diluluskan SECRET oleh Jerman, EU dan NATO. Haba, habuk, lumpur, ketinggian atau kejutan tidak lagi mengehadkan kesalinghubungan kereta kebal, pengangkutan anggota bersenjata atau sistem pertahanan udara ke atas rangkaian dan tahap klasifikasi yang sebelum ini perlu diasingkan.

Uni- and Bi-directional Tactical Cross Domain Solution SDoT COMP-LAND
Uni- and Bi-directional Tactical Cross Domain Solution SDoT COMP-LAND

Pertukaran data yang pantas dan terkawal daripada yang Tidak Terkelas hinggalah kepada data SECRET antara sensor, pengesan, pusat kawalan dan arahan (C2), persekitaran pengkomputeran awan atau pakatan ketenteraan daripada mana-mana platform merupakan pengganda kerahan ketenteraan masa hadapan. Ia mendayakan peningkatan masa bertindak balas, menjimatkan jalur lebar atau ruang terhad dalam kenderaan dengan menghubungkan platform ketenteraan legasi kepada keupayaan simpanan dan pengkomputeran teragih atau secara langsung dengan pengguna dalam misi yang sama pada tahap klasifikasi yang berlainan. SDoT Security Gateway Express dua arah dan SDoT Diode satu arah tersedia sebagai penyelesaian domain silang taktik COMPACT-LAND (COMP-LAND) berceranggah dalam dua saiz yang dioptimumkan untuk bertahan dalam persekitaran melampau dalam sistem kenderaan atau senjata.

SDoT COMP-LAND menyokong protokol TCP, UDP, HTTP/S, SMTP/S dan menapis pelbagai jenis data seperti JREAP, JSON, XML, ASCA, ASTERIX, NMEA, Jchat/XMPP, DIS, HLA atau ADatP3. Semua elemen Kumpulan Produk Secure Domain Transition (SDoT) telah memenuhi keperluan keselamatan maklumat yang ketat untuk keselamatan perkakasan dan perisian pada tahap RAHSIA dan saling kendali ke bawah (SECRET and below interoperability level, SABI). Ia dibangunkan dan dihasilkan di Jerman dengan ketelusan penuh rantaian bekalan. Produk SDoT disenaraikan dalam Katalog Produk Keselamatan Maklumat NATO (NIAPC) dan merupakan kawalan eksport yang bebas ITAR.

"Data merupakan teras kepada JADC2 atau Rangkaian Misi Bersekutu NATO (FMN) dan COMP-LAND SDoT membolehkan pengeluar perkakasan pertahanan, perisikan dan ketenteraan kami menumpukan perhatian terhadap penghubungan titik di pinggir berbanding prinsip pemisahan rangkaian yang sudah ketinggalan zaman," kata Dr. Alexander Schellong, Naib Presiden Perniagaan Global. "Teknologi ini juga mungkin menarik minat para penyedia infrastruktur penting yang menghadapi cabaran keselamatan siber dalam kesalinghubungan IT/OT di lokasi yang serba kekurangan."

Tentang INFODAS – lebih terhubung.lebih selamat 

INFODAS ialah perniagaan bebas milik keluarga yang ditubuhkan pada tahun 1974 di Jerman. Syarikat tersebut membangunkan penyelesaian domain silang yang inovatif berdasarkan prinsip keselamatan melalui reka bentuk dan memberikan Keselamatan Siber serta rundingan IT kepada pelanggan kerajaan, pertahanan dan komersial. Penyelesaian domain silang keluarga produk INFODAS SDoT (SDoT Security Gateway, SDoT Data Diode, SDoT Labelling Service, PATCH.works) diluluskan hingga ke German, EU, NATO SECRET serta disenaraikan dalam katalog jaminan maklumat NATO. Selama 10 tahun yang lepas, produk SDoT telah digunakan dalam persekitaran yang paling sukar dan misi yang kritikal di seluruh dunia. Ia direka dan dihasilkan di Jerman mengikut prinsip keselamatan berasaskan reka bentuk dan ketelusan rantaian bekalan.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1510712/infodas_sdot_comp_land.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1273874/infodas_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: INFODAS GmbH
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense New products/services