omniture

Pembesar Suara Edisi Khas Beresolusi Tinggi 2021 Pioneer Membawakan Muzik Amat Realistik kepada Pemandu Di Mana jua

Pioneer Electronics AsiaCentre
2021-05-17 16:00 216

BANGKOK, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 17 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju bagi hiburan dalam-kereta, hari ini melancarkan pembesar suara komponen kereta Edisi Khas beresolusi Tinggi 2021, TS-VR170C, TS-V170C dan TS-J170C 17cm (6.5-inci). Pembesar suara ini—direka bentuk oleh jurutera audio Pioneer di Jepun dan ditala mengikut citarasa pengguna Asia—dihasilkan untuk menyampai audio jelas dan realistik yang menarik, menghasilkan semua butiran dan emosi rumit dalam setiap karya muzik. Pioneer juga melancarkan penerima multimedia DMH-A4450BT baharu, yang membawa ciri-ciri penyambungan dalam kereta yang terunggul seperti Apple CarPlay™ berwayar, Android Auto™ dan Mirroring for Android™ kepada pemandu dengan harga yang berpatutan.

"Pelanggan yang bijak menilai pada hari ini bukan sahaja mengharapkan kualiti atau kemudahan. Mereka menilai kesahihan atas produk yang berinteraksi dengannya atau hiburan yang mereka nikmati," kata En. Takekawa Daisuke, Pengarah Urusan, Pioneer Electronics Asia Centre. "Atas sebab inilah kami reka bentuk produk 2021 kami untuk menerobos segala kemungkinan dengan bunyi Resolusi Tinggi yang realistik, autentik, sekali gus menawarkan ciri-ciri praktikal yang dihargai oleh setiap pemandu dalam pakej yang boleh diakses, boleh disesuaikan dan boleh diurus."

Pembesar Suara Edisi Khas Resolusi Tinggi TS-VR170C Pioneer Baharu
Pembesar Suara Edisi Khas Resolusi Tinggi TS-VR170C Pioneer Baharu

TS-VR170C — MENCIPTA BUNYI UNGGULAN REALISTIK YANG MENARIK DENGAN INOVASI JEPUN

Menerajui barisan Pembesar Suara Edisi Khas Beresolusi Tinggi 2021 ialah TS-VR170C, direka khas, buatan Pioneer di Jepun bagi menghasilkan konsep 'Bunyi Pioneer Terunggul' baharu — pengalaman audio realistik yang menghasilkan bunyi autentik daripada hasil ciptaan pemuzik serta peralatan muzik dengan pentas bunyi yang luas dan cemerlang.

Bagi menghasilkan piawaian bunyi yang tinggi, jurutera audio Pioneer menggunakan kemahiran khusus Pioneer 'Takumi', memanfaatkan inovasi kelebihan sains akustik dan menggabungkannya dedikasi Pioneer terhadap kualiti bunyi yang terunggul. Inspirasi daripada model pembesar suara yang telah memenangi anugerah terbaik di Jepun, jurutera Pioneer menguji dengan teliti lebih 200 kombinasi berbeza antara bahan, bentuk pembesar suara dan persediaan – kesemuanya untuk menghasilkan reka bentuk ideal yang membawa 'Bunyi Pioneer yang Terunggul'.

Twiter TS-VR170C direka bentuk dengan diafragma aluminium 'Dwi Gelang Arka' 25mm bagi menghasilkan pelbagai frekuensi tinggi, sehingga 65kHz. Diafragma yang direka unik ini berfungsi bersama gegelung suara twiter, penyama aluminium dan magnet neodimium berkuasa bagi meminimumkan herotan dan memastikan ketepatan seakan nyata, menghasilkan nota tinggi ekspresif yang sangat jelas yang menjadikan suara dan alat muzik kedengaran menakjubkan. Perumah twiter yang direka bentuk turut memberikan pemandu pilihan pemasangan yang fleksibel.

Wufer TS-VR170C direka bentuk dengan kon gentian karbon dwi-lapisan, disokong oleh gegelung suara wayar segiempat berprestasi tinggi serta, magnet neodimium dan bakul tuangan-acuan aluminium kuat. Persediaan ini menghasilkan frekuensi rendah sederhana dengan tepat, dan bebas daripada herotan — benar-benar menghasilkan bunyi dram dan bes seperti benar. Bagi memastikan penghasilan bunyi yang seragam merentas frekuensi, Pioneer mencipta rangkaian lintasan khas untuk TS-VR170C yang menggunakan gegelung lebih tebal, kapasitor filem gred-premium dan terminal bersadur emas. Lintasan ini juga mempunyai atenuator twiter dan menyokong sambungan dwi-amp, memberikan pendengar kebebasan untuk mengubah keseimbangan bunyi keseluruhan mengikut citarasa tertentu.

Pioneer TS-V170C — Direka di Jepun
Pioneer TS-V170C — Direka di Jepun

TS-V170C DAN TS-J170C — MEMBAWA KONSEP PIONEER 'TERBUKA & LANCAR' MELANGKAH KE ARAH YANG LEBIH JAUH

Direka bentuk di Jepun, TS-V170C mengambil inspirasi daripada pembesar suara Siri-Z Pioneer yang terkenal di dunia dan mengangkat konsep bunyi 'Terbuka & Lancar' dengan reka bentuk baharu. Diafragma twiter aluminium TS-V170C, Harmonized Synthetic Diaphragm Optimum Method (HSDOM) dicipta melalui analisis komputer, menyediakan respons frekuensi luas sehingga 64kHz yang ditala dengan teliti. Wufer pembesar suara tersebut, direka bentuk dengan kon Gentian Aramid dwi-lapisan, penutup tengah berkekuatan tinggi, magnet strontium besar dan bakul tuangan-acuan aluminium menghasilkan frekuensi rendah dan sederhana dengan tepat. Dengan yang direka bentuk, TS-V170C membawa ciri khusus bunyi premium dengan pentas bunyi yang terbuka, lancar dan terperinci, menghasilkan pengalaman audio Beresolusi Tinggi yang luar biasa.

TS-J170C turut memperbaharui konsep 'Terbuka & Lancar' menggunakan gabungan reka bentuk 'tried-and-tested' serta teknologi inovatif untuk membawa bunyi dinamik, 'langsung' kepada pemandu di mana-mana sahaja. Meskipun reka bentuk twiter kubah seimbang 'poly-imide' TS-J170 menghasilkan respons berfrekuensi tinggi yang jelas sehingga 58kHz, Kon Karbon Pembentuk Suntikan (IMCC) baharu bagi wufer dan gegelung suara wayar segiempat sama berkecekapan tinggi berfungsi bersama reka bentuk alat rentasan bagi menghasilkan frekuensi rendah ke sederhana yang kuat, dinamik dan imersif — mentransformasikan pengalaman mendengar dalam-kereta kepada persembahan studio secara langsung.

PEMASANGAN MUDAH, DENGAN PENYESUAI BERBILANG PADANAN DAN PIONEER CARSOUNDFIT 

Bagi memastikan pengalaman pemasangan mudah, Pioneer menggabungkan pakej TS-V170C dan TS-J170C dengan penyesuai berbilang padanan, penyambung berbilang padanan serta aksesori pemasangan untuk twiter. Kit penyesuai ini menampilkan pelbagai pilihan pemasangan dan penyambung untuk pelbagai jenis kereta Asia, Amerika dan Eropah, memudahkan pemandu di mana-mana sahaja untuk memasang pembesar suara tersebut sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai kesesuaian dan panduan pilihan pembesar suara, pemandu boleh menggunakan aplikasi CarSoundFit Pioneer untuk mendapatkan simulasi kualiti bunyi antara pembesar suara Pioneer berbanding persediaan yang disediakan dari kilang. Kini, CarSoundFit boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store bagi kebanyakan negara.

Pioneer DMH-A4450BT
Pioneer DMH-A4450BT

DMH-A4450BT — PENYAMBUNGAN LANCAR DENGAN APPLE CARPLAY DAN ANDROID AUTO 

Turut dilancarkan hari ini ialah penerima multimedia 2-DIN DMH-A4450BT baharu Pioneer. DMH-A4450BT menampilkan paparan kapasitif 6.8-inci mewah serta menyokong Apple CarPlay dan Android Auto berwayar — menawarkan pemandu dengan Pengalaman Terhubung Kereta tahap-unggul pada harga yang kompetitif.

Penerima ini juga menyokong Mirroring for Android™ (boleh didapati melalui aplikasi Autolink secara pilihan), menyokong FLAC dan main balik Video HD-Penuh serta menampilkan ciri Peningkatan Bes yang menawarkan pemandu dengan pilihan peningkatan bes tiga tahap (2, 4, 6 dB). DMH-A4450BT adalah produk penerima multimedia unggul Siri-A 2021 yang boleh didapati mulai Mei 2021.

Pembesar Suara Edisi Khas Resolusi Tinggi 2021

Model Pembesar Suara

TS-VR170C
Edisi Khas Unggul

TS-V170C
Edisi Khas Berfideliti Tinggi

TS-J170C
Edisi Khas Berprestasi Tinggi

Kuasa Maksimum

300W

280W

260W

Kuasa nominal

100W

60W

45W

Kepekaan (1W/1m)

90 dB

91 dB

Respons Frekuensi
(-20dB)

31 Hz - 65,000 Hz

33 Hz - 64,000 Hz

30 Hz - 58,000 Hz

Impedans Nominal

4 ohm

Twiter

Dwi Diafragma Aluminium Gegelang Arka 25mm

Diafragma Aluminium HSDOM 29mm

Diafragma Kubah Seimbang PI(poliimida) 29mm

Wufer

17cm dengan Kon Gentian Karbon Dwi-lapisan  
Magnet Neodimium

17cm dengan Kon Gentian Aramid Dwi-lapisan  
 Magnet Strontium

17cm dengan Kon bagi Kon Karbon Pembentuk Suntikan (IMCC)
Magnet Strontium

Rangkaian Lintasan

153 x 103 x 37mm
Sokongan Sambungan Dwi-amp
Atenuator Twiter
Terminal Bersadur Emas

106 x 75 x 32mm
 Atenuator Twiter
 Terminal Bersadur Emas

75 x 48 x 26mm
Atenuator Twiter

Penyesuai Berbilang Padanan


Penerima Multimedia Siri-A 2021

Model

DMH-A4450BT

Ciri-ciri Terhubung

Apple CarPlay™ (Berwayar)
Android Auto™ (Berwayar)
Mirroring for Android™

Saiz

2-DIN

Skrin

Kapasitif 6.8-inci

Kuasa

50W x 4

Output

3 X RCA (2V)

Penyambungan

1 X Belakang

1 x Input AUX Belakang
1 x Output Video
1 x Input Kamera Pandangan Belakang
Bluetooth

Ciri-ciri Audio

Peningkatan Bes
Penyama Grafik 13-Jalur

Penyesuaian Muka

Butang - 5 Warna
Skrin - 1 Warna

Produk-produk baharu ini boleh didapati di wakil penjual sah Pioneer mulai Mei 2021. Memandangkan pelancaran produk berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Imej-imej produk beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1B5MavsKmcUKP-dnGTnMEsE9PFsVic4t_?usp=sharing

Untuk perkembangan terkini mengenai produk-produk ini, sila layari laman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Catatan:

i. Elak mengunakan sistem Pioneer anda semasa memandu. Ketidak patuhan akan menjejaskan keselamatan anda. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian diimplikasikan, ia mestilah dipatuhi.

ii. Spesifikasi dan ciri-ciri produk mungkin berbeza mengikut kawasan dan persekitaran pengguna. Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil penjual sah Pioneer tempatan anda.

iii. Pengukuran respons frekuensi diambil pada -20dB.

iv. Apple CarPlay melalui sambungan USB berwayar memerlukan iPhone 5 atau model yang terkini yang beroperasi menggunakan iOS 7.1 atau versi yang lebih tinggi serta kabel Lightning ke USB. Untuk maklumat ketersediaan di negara anda, sila layari http://www.apple.com/ios/carplay.

v. Android Auto memerlukan peranti Android yang beroperasi dengan Android 5.0 (Lollipop) atau vesi lebih tinggi dengan pelan data. Ketersediaan Android Auto mungkin berbeza bergantung pada negara dan model telefon anda. Sila layari http://www.android.com/auto untuk maklumat lanjut.

vi. Fungsi Bluetooth® memerlukan peranti didayakan Bluetooth yang serasi. Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, atau mungkin terhad kepada peranti tertentu atau oleh syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

vii. Pioneer tidak menjamin keserasian semua peranti penyimpan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar atau peranti lain semasa menggunakan penerima tersebut.

viii. Kandungan dan fungsi aplikasi telefon pintar sokongan merupakan tanggungjawab penyedia Aplikasi.

Semua jenama lain, nama produk atau logo merupakan cap dagangan atau cap dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics Asia Centre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam bidang audio visual kereta. Pioneer menuju untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Source: Pioneer Electronics AsiaCentre
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Transportation New products/services