omniture

Mouser Electronics Tambah 31 Pengeluar Baharu Mencatat Rekod dalam Suku Pertama 2021

Mouser Electronics
2021-05-18 10:55 127

Pengedar Berdaftar Global Perkukuh Fokus pada IoT dengan 16 Syarikat Terbenam Baharu

SHANGHAI, 18 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang utama dalam industri dengan seleksi semikonduktor dan komponen elektronik yang paling luas, mengukuhkan lagi kad talian yang utama dalam industri dengan menambah 31 pengeluar baharu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2021.

Mouser Electronics Adds Record 31 New Manufacturers in First Quarter 2021
Mouser Electronics Adds Record 31 New Manufacturers in First Quarter 2021

Mouser terus memberi tumpuan pada keluasan penawaran produknya dengan pengeluar-pengeluar baharu dalam kategori-kategori produk seperti komponen terbenam, penyambung, optoelektronik, semikonduktor dan perkakasan. Antara pengeluar-pengeluar baharu tersebut, lebih separuh adalah dalam bidang terbenam, tatkala Mouser terus memperluaskan penawaran Internet Pelbagai Benda (IoT) miliknya.

"Menerusi lebih 30 pengeluar baharu sejak awal tahun ini, termasuk 16 dalam kategori terbenam, Mouser terus menunjukkan fokus kami untuk membawa komponen terbaharu dan paling inovatif kepada jurutera reka bentuk di serata dunia," kata Daphne Tien, Naib Presiden Pemasaran & Pembangunan Perniagaan untuk Mouser APAC. "Kami menghargai rakan-rakan pengeluar kami dan teruja kerana dapat menawarkan teknologi yang jauh lebih canggih."

Antara pengeluar-pengeluar baharu yang diumumkan pada awal tahun 2021 ialah:

  • Acconeer, pembekal yang terkemuka bagi sensor 3D serta teknologi radar jarak pendek denyut.
  • MultiTech, pembekal global yang terkemuka bagi peranti dan perkhidmatan IoT, termasuk penyelesaian sensor, pengesahan dan komunikasi.
  • QuickLogic, pembangun FPGA IP terbenam; sistem-pada-cip (SoC) berkuasa-ultra-rendah, berbilang-teras, didayakan-suara; dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) titik hujung.

Kad talian semasa Mouser merangkumkan lebih 1,100 rakan pengeluar, menyediakan rangkaian pilihan produk yang luas untuk kumpulan pelanggan seluruh dunia syarikat yang terdiri daripada jurutera reka bentuk, pembeli komponen dan ejen perolehan. Pengedar berdaftar global menawarkan peranekaan dan inventori yang paling luas di dunia bagi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu, dengan lebih daripada 1.1 juta produk dalam stok.

Untuk melihat rakan-rakan pengeluar terbaharu Mouser, kunjungi https://www.mouser.com/new-manufacturer/.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan seleksi paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu — dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center), berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Latar Belakang Mouser Electronics
Mouser Electronics, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, ialah pengedar semikonduktor dan komponen elektronik berdaftar yang memfokuskan Pengenalan Produk Baharu daripada rakan pengeluar utamanya. Menawarkan perkhidmatan kepada jurutera reka bentuk elektronik dan komuniti pembeli global, laman sesawang pengedar global, mouser.com, disediakan dalam pelbagai bahasa dan mata wang serta menampilkan lebih daripada 5 juta produk daripada lebih 1,100 jenama pengeluar. Mouser menawarkan 27 lokasi sokongan di seluruh dunia untuk memberi khidmat pelanggan yang terbaik dalam kelas dalam bahasa, mata wang dan zon waktu tempatan. Pihak pengedar membuat penghantaran kepada lebih 630,000 pelanggan di 223 negara/wilayah daripada kemudahan pengedarannya yang canggih dan berkeluasan 1 juta-kaki-persegi di Dallas, Texas, kawasan metro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Cap Dagangan
Mouser dan Mouser Electronics ialah cap dagangan berdaftar Mouser Electronics, Inc. Semua produk, logo dan nama syarikat lain yang disebutkan di sini mungkin merupakan cap dagangan pemilik masing-masing.

Untuk pertanyaan akhbar, hubungi:
Ceres Wang
Pengarah Komunikasi Pemasaran - Pemasaran APAC
+86 (21) 2219 4000 #4817
+86 1391 8801 405
ceres.wang@mouser.com

Source: Mouser Electronics
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Mining/Metals Semiconductors New products/services