omniture

GWM anjur maraton di kilang pintar tunjukkan tarikan saintifiknya

GWM
2021-05-19 02:42 279

BAODING, China, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Pada 16 Mei, dimulakan dengan tembakan pistol pelepasan, Maraton Kilang Pintar Great Wall Motor 2021 bermula di ibu pejabat GWM yang terletak di Taman Perindustrian Sains dan Teknologi Dawangdian Baoding, China. Sebagai maraton yang pertama dan satu-satunya diadakan di sebuah kilang di dunia, seramai 5,000 peminat maraton di seluruh dunia tertarik untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

GWM menganjurkan maraton di kilang pintar bagi menunjukkan tarikan saintifiknya
GWM menganjurkan maraton di kilang pintar bagi menunjukkan tarikan saintifiknya

Dalam perlumbaan di bawah tema "Bebas Berlari" ("Free Running"), lorong larian membawa ke gelung berkelajuan tinggi Kilang Xushui, kilang canggih dan pintar GWM dan ke bengkel mengecap, kimpalan dan pemasangan, lalu menawarkan para pesaing dengan pengalaman larian maraton yang unik. Kilang Xushui, dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih RMB 30 bilion, mula beroperasi pada tahun 2017. Teknologi maklumat yang inovatif termasuk data raya dan IoT diguna pakai secara meluas di kilang ini. Lengan robot yang besar lagi fleksibel dan barisan pengeluaran pintar automatik sepenuhnya menunjukkan contoh teknologi perindustrian dan kekuatan pengeluaran GWM yang mantap. Dari segi kawalan kualiti, kadar kalis kesilapan seluruh barisan pengeluaran mencecah 100% manakala kadar kelulusan untuk pemantauan kualiti yang komprehensif mencecah 99.79%. Transmisi 7DCT yang dikeluarkan oleh Kilang Xushui telah memenangi banyak pengiktirafan antarabangsa yang besar seperti "10 Transmisi Terbaik di Dunia" dan "Anugerah Projek Inovasi dan Pembangunan" di Kongres Automotif Antarabangsa. Di samping itu, GWM turut mempelopori penggunaan robot perkhidmatan dalam pertandingan tersebut. Teknologi-teknologi tinggi seperti kenderaan pengiring tanpa pemandu, robot pembawa kargo ikutan automatik, stesen bekalan bergerak pintar dan perentak automobil menunjukkan daya penarik pembuatan pintar China kepada para pelari.

Dengan kemajuan strategi globalisasi, GWM telah membina kilang-kilang pintar di Rusia, Thailand, India, antara lain dan telah membentuk sistem pengeluaran global "12+5" yang merangkumi 12 tapak pengeluaran kenderaan proses-penuh dan 5 kilang KD bagi membawa teknologi pintar GWM ke mata dunia. Di samping itu, bagi mencapai matlamat transformasi menjadi sebuah syarikat teknologi mobiliti global, GWM melancarkan tiga platform teknologi utama iaitu "L.E.M.O.N", "TANK" dan "COFIS intelligence" yang meliputi teknologi kuasa baharu serta teknologi pemanduan berautonomi dan komited untuk menjadikan automobil sebagai rakan pintar untuk mobiliti masa depan.

Maraton Kilang Pintar 2021 tercetus daripada semangat perusahaan GWM untuk "melakar kemajuan setiap hari", sikap yang sangat konsisten dengan semangat Maraton. Dengan sejarah selama lebih tiga puluh tahun, GWM juga mengadakan maraton dalam proses pembangunan yang melaluinya GWM mara ke hadapan dengan penuh berani dan tidak pernah berputus asa, demi memenuhi konsep kerohanian dan kebudayaan bagi menjadi inovatif, muda dari segi pemikiran dan bertenaga. Pada masa akan datang, GWM akan terus membangunkan teknologi pintar, menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan sikap terbuka dan inovatif serta membina produk yang lebih berkualiti.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Sporting Events Sports Telecommunications Transportation