omniture

XCMG bakal Siar Secara Langsung Festival Pelanggan Antarabangsa Ketiga di Facebook

XCMG
2021-05-19 03:08 152

Acara dijadualkan bermula pada 4 petang (GMT+8 ), 20 Mei

XUZHOU, China, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka XCMG (SHE:000425) dijadualkan untuk menganjurkan Festival Pelanggan Antarabangsa ("Festival") ketiganya pada 20 Mei ini di Xuzhou, China. Acara ini akan disiarkan secara langsung kepada pelanggan dan penonton global melalui Facebook, bagi mengetengahkan produk terkini, inovasi teknologi dan kilang pembuatan pintar XCMG.

XCMG to Livestream Third International Customer Festival on Facebook at 4pm (GMT+8), May 20 2021.
XCMG to Livestream Third International Customer Festival on Facebook at 4pm (GMT+8), May 20 2021.

"Lantaran pandemik yang masih berterusan ini, Festival ketiga ini sekali lagi akan dianjurkan dalam bentuk siaran langsung dengan membawa pelanggan global melawat dengan lensa merentas barisan pengeluaran moden XCMG bagi mengalami inovasi terkini, ketukangan dan prestasi luar biasa produk kami selain daya penarik peralatan jentera pembinaan daripada jenama yang bertaraf dunia," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

XCMG akan memperkenalkan 16 produk terkininya di Festival tersebut yang mengetengahkan khususnya:

  • Pengorek rangkak XE370CA: pengorek hidraulik rangkak dibangunkan sendiri baharu yang menerima pakai teknik reka bentuk canggih, pengorek ini menonjolkan aspek keselamatan, prestasi persekitaran dan kecekapan pengeluaran yang tinggi serta merupakan model yang berkuasa untuk pelbagai kegunaan.
  • Pengorek perlombongan XE1250: konfigurasi canggih dengan komponen dan alat penting daripada jenama-jenama termaju di seluruh dunia, kecekapan kerja yang tinggi dengan daya penggalian yang lebih kuat serta penggunaan bahan api yang lebih rendah, berserta reka bentuk berfokuskan manusia untuk penyelenggaraan yang lebih mudah dan kos operasi yang lebih rendah. Ruang pandu FOPS dilengkapi dengan penyangga jalan, suis tutup kecemasan, lampu penggera dan kamera bagi menjamin tahap keselamatan yang tinggi.
  • Trak buang bersendi XDA40: mengguna pakai enjin asli yang diimport, kotak penghantaran dan gandar untuk mencapai kuasa yang mantap, penggunaan bahan api yang rendah dan kecekapan kerja yang tinggi. Sistem hidraulik pengawal pamnya dan sistem stereng peka beban meningkatkan kestabilan sistem dan mempercepatkan penyelesaian masalah. Ruang pandu pemandu dilengkapi dengan ROPS dan FOPS yang mematuhi piawaian ISO, menjamin keselamatan pemandu dan keselesaan memandu. 

Penonton global boleh menyertai siaran langsung tersebut di https://live.global-ce.com/xcmg210520, bermula jam 4 petang (waktu Beijing) pada 20 Mei.

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 78 tahun. Kini, ia menduduki tempat ketiga dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih daripada 187 negara dan wilayah di serata dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining Mining/Metals Transportation Future Events