omniture

Mech-Mind Lancar Kamera 3D Industri Mech-Eye Laser Generasi Seterusnya untuk Perkasakan Lagi Robot Tentuan-AI

Mech-Mind Robotics
2021-05-20 10:30 263

Kamera 3D industri baharu membawakan rintangan cahaya ambien, pengimejan berketepatan tinggi dan medan penglihatan yang diperluas

BEIJING, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat pemula robot industri AI Cina yang berkembang pantas, Mech-Mind Robotics ("Mech-Mind"), melancarkan Kamera 3D Industri Mech-Eye Laser generasi seterusnya yang dapat mengatasi gangguan cahaya ambien, selain mengoptimumkan dengan ketara kapasiti operasi robot industri.


Kamera 3D industri memainkan peranan penting dalam pembuatan moden. Namun begitu, apabila melibatkan kilang dan gudang sebenar, gangguan cahaya ambien dalam persekitaran yang rumit sentiasa mengurangkan keupayaannya untuk memperoleh dan membina semula imej. 

Dilengkapi dengan cahaya berstruktur yang dihasilkan oleh laser pantas, Mech-Eye Laser menawarkan rintangan cahaya ambien walaupun di bawah cahaya matahari melebihi 10000 luks, lalu mengurangkan keperluan kemudahan teduhan dengan ketara. Ini menjadikan Mech-Eye Laser amat sesuai untuk pembinaan, logistik, automobil dan pembuatan keluli.

Bagi menunjukkan ciri ini, Mech-Mind menguji Mech-Eye Laser dan kamera 3D yang lain di bawah keadaan pencahayaan biasa menurut prestasi terbaik masing-masing. Diuji dalam keadaan pencahayaan kilang standard, awan titik yang dihasilkan oleh Mech-Eye Laser setakat ini merupakan yang paling terperinci, tepat dan lengkap.


Di samping itu, ciri-ciri produk penting Mech-Eye Laser termasuk:

  • Kejituan tinggi dan medan penglihatan luas dengan masa pengimejan yang disingkatkan kepada kira-kira 0.9 saat sebaik mungkin. Ini membolehkan Mech-Eye Laser memenuhi pelbagai keperluan aplikasi pembuatan yang rumit termasuk penyusunan, pemuatan dan pemunggahan barang-barang yang berbeza saiznya, pemasangan/penempatan berkejituan tinggi serta pelekapan.
  • Reka bentuk gred-industri dengan IP65. Mech-Eye Laser dilindungi dalam badan perumah aluminium tertutup sepenuhnya dan berupaya mengatasi kelembapan, habuk, getaran dan sebarang EMC/EMI, serta memperoleh pensijilan CE, FCC, VCCI dan RoHS.
  • Mudah diaturkan dan digunakan. Mech-Eye Laser didatangkan dengan SDK berbilang bahasa untuk platform. Pengguna akhir boleh menggunakan perisian penglihatan grafik Mech-Vision dan persekitaran pengaturcaraan robot pintar Mech-Viz untuk membangunkan aplikasi tersuai.
  • Harga Kompetitif. Mech-Eye Laser amat berdaya saing dari segi harga. Tambahan pula, kamera ini juga membolehkan pengguna akhir mengurangkan tenaga kerja dan pelaburan material untuk kemudahan teduhan, yang meningkatkan lagi keberkesanan kosnya.

Dengan ciri dan potensi sedemikian, penyelesaian Mech-Mind kini digunakan dalam pelbagai jenis industri termasuk pembuatan, keluli, makanan, logistik, kewangan dan rawatan kesihatan.

Mech-Mind membangunkan portfolio infrastruktur dan produk penuh termasuk kamera 3D, algoritma dan perisian penglihatan mesin dan persekitaran pengaturcaraan robot pintar.

"Mech-Mind dipacu oleh falsafah untuk memperkasa rakan kongsi dan penyepadu dengan produk yang kompetitif dan perkhidmatan yang komprehensif," kata Tianlan Shao, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Mech-Mind.

"Melangkah ke hadapan, Mech-Mind akan memberi tumpuan untuk memanfaatkan kekuatan teknikal kami bagi membantu rakan kongsi kami mempelopori penemuan pembuatan yang seterusnya."


Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.mech-mind.net/.

Latar Belakang Mech-Mind Robotics

Mech-Mind ditubuhkan pada tahun 2016 untuk memasukkan elemen kecerdasan ke dalam robot industri. Melalui teknologi canggih termasuk pembelajaran mendalam, penglihatan 3D dan perancangan gerakan, Mech-Mind menawarkan penyelesaian yang berkesan kos untuk pemuatan barang di atas palet dan penurunan barang dari palet, pengambilan tong, penyusunan pesanan, pengurusan mesin dan pemasangan/pelekapan/penempatan dalam logistik dan pembuatan.

Penyelesaian robot industri pintar Mech-Mind digunakan dalam kilang OEM automotif, kilang perkakasan, kilang keluli, kilang makanan, gudang logistik, bank dan hospital di negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Jerman dam A.S.

Hubungan Media :

info@mech-mind.net

 

Source: Mech-Mind Robotics
Related Links:
Keywords: Auto Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Transportation New products/services