omniture

More4apps lancar modul baharu, kemas kini untuk Oracle ERP Cloud Toolbox

More4apps
2021-05-20 22:50 302

Kotak peralatan kemasukan, pemuatan dan pengurusan data buatan khas oleh More4Apps untuk menjadikan penukaran kepada Oracle ERP lebih menjimatkan masa dan murah              

HAMILTON, New Zealand, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ -- More4apps, penyedia perisian berkepakaran, telah meningkatkan Oracle ERP (Enterprise Resourse Planning) Cloud Toolbox melalui pelancaran dua modul baharu dan satu produk yang dikemas kini.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/More4apps_202105.shtml

 

 

Pengguna mendapati ERP Cloud Toolbox intuitif, pantas dan tepat untuk banyak tugas memuatkan data
Pengguna mendapati ERP Cloud Toolbox intuitif, pantas dan tepat untuk banyak tugas memuatkan data

 

Data boleh dimanipulasi dan diuruskan dalam spreadsheet Excel yang biasa sebelum dimuat naik ke Oracle
Data boleh dimanipulasi dan diuruskan dalam spreadsheet Excel yang biasa sebelum dimuat naik ke Oracle

 

Apabila disemak berdasarkan perisian percuma yang ada, ERP Cloud Toolbox More4apps memberikan kelebihan yang ketara
Apabila disemak berdasarkan perisian percuma yang ada, ERP Cloud Toolbox More4apps memberikan kelebihan yang ketara

 

More4apps melancarkan modul baharu, kemas kini Oracle ERP Cloud Toolboxnya
More4apps melancarkan modul baharu, kemas kini Oracle ERP Cloud Toolboxnya

 

Modul Toolbox yang baru dilancarkan ini membolehkan pengguna Oracle ERP mewujudkan proses perniagaan yang lebih cekap sekitar kemasukan data dan dalam masa yang sama mengekalkan pemilikan data berkenaan.

"Sebaik sahaja More4apps mengumumkan bahawa kami sedang membina ERP Cloud, terdapat pelanggan yang mahukan produk kami. Kelajuan pemuatan data penting dan penyelesaian tersedia yang disokong sepenuhnya sememangnya dikehendaki ramai peneraju IT, yang mana bagi mereka masa ialah wang."

"Lebih lagi berbanding sebelum ini, pelanggan memerlukan alat mesra pengguna yang disokong sepenuhnya dan berfungsi sebaik sahaja dikeluarkan daripada kotak. Mereka tidak lagi mampu mempunyai pasukan IT yang terikat dengan pembangunan khusus sekitar Oracle," kata John O'Keefe, Ketua Pegawai Eksekutif More4apps.

Rakan kongsi Emas Oracle sekian lama ini melancarkan modul ERP Cloud Toolbox yang pertama tahun lalu. Susulan ujian produk yang ketat oleh pengguna awal dan peningkatan permintaan oleh pelanggan, More4apps memperluaskan Modul Perolehan bagi menyokong Permintaan Pembelian dan bagi mengurus fungsi-fungsi Tutup dan Batal untuk pesanan pembelian.

Bahagian produk baharu ini bermula dengan Invois Akaun Belum Bayar (Akaun Belum Bayar) dan Projek (khususnya projek kewangan) yang dilancarkan pada April 2021. Pada Jun 2021, Definisi Produk akan menambah modul keempat yang mencakupi Item dan Bil Struktur Bahan.

Kemasukan dan Pemuatan Data Dibuat Khusus untuk ERP Cloud

Bagi pengguna ERP Cloud Oracle, pilihan untuk memuatkan data ke dalam sistem terhad kepada bentuk manual yang membolehkan kemasukan hanya sebaris data pada satu-satu masa dan memerlukan tab melalui pelbagai skrin. Oracle menyediakan alat pemuatan data lebih mesra pengguna yang menawarkan beberapa penambahbaikan kepada proses manual namun masih rumit dan tetap tidak membenarkan pra-pengesahan data dibuat sebelum memuat naik.

Penyelesaian Oracle yang lain disediakan untuk organisasi-organisasi yang lebih besar. Namun begitu, alat ini masih mempunyai keupayaan yang terhad dan memerlukan sumber pembangunan dalaman untuk membina penyelenggaraan pengemaskinian dan penampungan berterusan bilamana ERP yang dihoskan awan dikemas kini.

Penyelesaian More4apps ialah antara muka Excel berfokus pengguna untuk Oracle ERP Cloud. Setiap modul memetakan lajur dalam lembaran hamparan sehinggalah medan data dalam ERP dan paling penting, menawarkan keupayaan untuk mengesahkan data sebelum ia dimuat naik.

Modul-modul tersebut termasuk fungsi atau penyepadu yang diselaraskan untuk proses Oracle, bererti pengguna boleh mempelajari mengenai sistem tersebut dengan pantas dan mudah dengan latihan yang minimum. Sebagai contoh, ujian pengguna awal menghasilkan penjimatan masa sebanyak lebih 90% untuk tugas pemuatan pesanan pembelian.

"Organisasi-organisasi yang menggunakan kotak peralatan More4apps berserta Oracle ERP boleh menjangkakan penjimatan masa dan kos yang ketara, lalu dapat meringankan tugas kakitangan utama untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti perniagaan teras," kata O'Keefe.

Ketahui bagaimana More4apps membantu pengguna ERP Cloud membina proses perniagaan yang lebih baik di sini: https://more4apps.com/products/erp-cloud-toolbox/

Latar Belakang More4apps

Ditubuhkan pada tahun 2000, More4apps dibentuk oleh sekumpulan perunding Oracle di Hamilton, New Zealand. Sebagai penyedia perisian berkepakaran untuk pengguna akhir mahupun pembangun, tujuan utama produk More4apps adalah untuk membolehkan pengguna Oracle e-Business Suite menjimatkan masa dan wang dengan menggunakan Excel sebagai antara muka untuk sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) Oracle.

Ketika ini More4apps menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 30,000 pengguna Oracle dalam hampir 400 organisasi di lebih 38 negara.

Laman Sesawang: https://more4apps.com/

Pautan Berkaitan:

1. Memperkenalkan ERP Cloud Toolbox oleh More4apps:
https://more4apps.com/products/erp-cloud-toolbox/

2. Mengurus kos pembelian SEBENAR dalam Oracle ERP Cloud:
https://more4apps.com/products/erp-cloud-toolbox/procurement-module/

3. Ketahui cara untuk menyelaraskan pemprosesan proses AP:
https://more4apps.com/products/erp-cloud-toolbox/finance-module/

4. Kenali More4apps:
https://more4apps.com/company/

Source: More4apps
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services