omniture

Suncheon Bakal Memulakan Ekspo Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013 pada 20 April

International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
2013-04-19 22:33 135

SEOUL, South Korea, 19 April 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Taman Teluk Suncheon yang bakal berlangsung selama 184 hari dijadualkan bermula di hujung selatan negara itu bagi menekankan kepentingan pembangunan mapan, kata penganjur acara itu, jawatankuasa Ekspo Taman Antarabangsa. Ekspo Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013 akan diadakan di Suncheon, sejauh 415 kilometer selatan Seoul, dari 20 April hingga 20 Oktober, dengan tema "Taman Bumi". Upacara pembukaannya akan diadakan di lokasi itu pada pukul 5 petang hari Jumaat. "Bandar ini berhasrat untuk dikenali sebagai salah satu kawasan ekologi terbaik selepas acara itu, kerana ekspo selama 6 bulan itu dijangka dalam membantu mengubah Suncheon menjadi peneraju dalam bidang 'bandar mesra alam'," kata pihak penganjur.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/19/20130419141217501159.html )

Festival itu bakal menawarkan bahan pameran pelbagai jenis melalui empat bahagian utama – Zon Arboretum, Zon Pusat Tanah Basah, Zon Taman Dunia dan Zon Tanah Basah – dalam lokasinya yang seluas 1.11 juta meter persegi.

Lokasi itu bakal menempatkan 83 jenis taman, termasuk 11 tapak yang menghidangkan pemandangan eksotik, dan juga Rumah Hijau ECOGEO, Muzium Sastera Suncheon dan Pusat Tanah Basah Antarabangsa Teluk Suncheon.

"Teluk Suncheon, terletak berhampiran tapak pameran dengan saiznya mencecah 2.6 juta meter persegi, juga dijangka memainkan peranan sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dalam acara selama 6 bulan itu," kata pihak penganjur.

Pada tahun 2006, Teluk Suncheon menjadi tanah basah pantai pertama Korea Selatan yang didaftarkan dengan Konvensyen Ramsar, sebuah perjanjian antara jabatan kerajaan bagi perlindungan tanah basah.

Pihak jawatankuasa penganjur menambah lagi bahawa ekspo ini bakal dimeriahkan dengan 93 jenis persembahan berbeza yang bakal dipertontonkan sejumlah 3,993 kali sepanjang acara ini berlangsung.

Institut Ekonomi Luar Bandar Korea berkata Suncheon akan mendapat hasil bernilai 1.3 trilion won (US$1.15 bilion) kesan dorongan acara antarabangsa ini, dan mewujudkan 11,000 peluang pekerjaan. Suncheon telah melaburkan 245.5 bilion won untuk menganjurkan acara tahun ini.

Bandar itu menjangkakan bahawa jumlah pelawat bakal melebihi jumlah sasaran seramai 4 juta orang sepanjang acara itu dan mengaut 40 bilion won hanya daripada bayaran kemasukan sahaja.

SUMBER  International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013

Source: International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
Keywords: Environmental Products & Services Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news