omniture

Jenama Topang dan Hentakan Premium PRT telahpun mencetuskan gelombang selepas pelancaran SEA

PRT (Performance Ride Technology)
2021-05-21 09:32 148

BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Tidak lama selepas mengadakan penampilan sulung di Asia Tenggara, pengeluar topang automotif dan penyerap hentakan PRT (Performance Ride Technology) di Asia Tenggara telahpun meraih minat yang tinggi daripada wakil penjual dan pengedar menerusi alat berkualiti OEMnya yang melepasi walaupun spesifikasi pembuat auto yang paling ketat.

Pelancaran PRT yang merupakan jenama premium ADD Industry (Zhejiang) Corporation Limited, dibuat pada masa yang tepat. Menurut firma risikan pemasaran Mordor Intelligence, pasaran alat dan komponen automotif Asia Pasifik dijangka meningkat kepada lebih daripada USD 72 bilion nilainya pada tahun 2026. 

"Baru sebulan setelah kami mengadakan penampilan sulung di rantau ini dan kami telahpun mendapat pelbagai pertanyaan mengenai produk kami. Malah, kami telah menandatangani perjanjian dengan pengedar utama di Thailand. PRT berkedudukan kukuh untuk membekalkan bukan sahaja produk yang berkualiti tertinggi, tetapi juga memenuhi peningkatan yang dijangkakan dari segi keperluan jumlah produk dalam beberapa tahun akan datang," kata Bruno Bello, Pengurus Kategori dan Pemasaran di PRT.

Selain daripada mempunyai pelbagai produk premium (lebih 3,000 jenis topang) dengan harga yang kompetitif, PRT juga memegang rekod prestasi yang menginspirasikan keyakinan. Beroperasi selama lebih daripada 25 tahun, PRT mempunyai kilang moden bertaraf global yang boleh mengeluarkan lebih dua juta produk sebulan, mendapat pensijilan kualiti global dan tersedia di 67 negara.

PRT mempunyai pelbagai jenis tawaran, bermula daripada pemasangan topang yang lengkap kepada topang mandiri dan penyerap hentakan. Pemasangan topang PRT mempunyai silinder kerja, pelekap dan sarung yang lancar, serta mempunyai komponen-khusus kenderaan bagi menjamin keserasian.

Topang PRT juga boleh digunakan dalam lebih 95% jenama dan model kenderaan. Ia mempunyai rod omboh bersadur krom mikro-halus, minyak hidraulik berprestasi tinggi untuk semua cuaca dan disediakan untuk kereta penumpang, SUV serta trak ringan.

Penyerap hentakan PRT juga menampilkan teknologi tertala aplikasi, penekanan nitrogen bagi menghapuskan buih dan peronggaan serta reka bentuk injap pemipis pelbagai keadaan.

Latar Belakang PRT 

PRT (Performance Ride Technology) ialah jenama Amerika Utara ADD Industry (Zhejiang) Corporation Limited yang beroperasi di China dan Amerika Syarikat. Beroperasi selama lebih daripada 25 tahun di lebih 67 negara, PRT mengeluarkan alat yang dapat digunakan dalam hampir kesemua jenis kenderaan, bermula daripada kereta sehinggalah SUV, malah trak. PRT diperakui oleh ISO dan mematuhi piawaian kualiti yang paling ketat bagi pengeluar kereta.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.prtautoparts.com dan halaman media sosial PRT: 

  • facebook.com/prtautoparts 
  • instagram.com/prtautoparts 
  • twitter.com/prt_autoparts 
  • pinterest.com/prtautoparts
Source: PRT (Performance Ride Technology)
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation