omniture

Huawei Bantu Platform E-Dagang Realisasikan Potensi Mudah Alih dengan Petal Merchant Centre Serba Baharu

Petal Merchant Centre baharu daripada Petal Search menyediakan perniagaan e-dagang dengan platform bersepadu yang sehenti bagi meningkatkan produktiviti, jualan dan pengalaman pelanggan
Huawei Mobile Services
2021-05-21 10:03 78

SINGAPURA, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya eTail Asia, sidang kemuncak & ekspo maya untuk peserta-peserta Asia yang terkemuka dalam e-dagang dan pemasaran digital, enjin gelintar natif Huawei Mobile Services (HMS) – Petal Search, memperkenalkan Petal Merchant Centre (PMC) baharu, platform yang direka untuk menyokong inovasi dan pertumbuhan perniagaan e-dagang.

PMC ialah platform pelancaran dan pengurusan produk dalam talian secara sehenti untuk rakan kongsi e-dagang mengkonfigurasi bagaimana produk daripada laman sesawang mereka akan muncul dalam enjin Petal Search yang bertujuan untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna dan menyerlahkan potensi penuh aktiviti membeli belah dalam talian.

"Pelancaran PMC menunjukkan komitmen kami untuk mengukuhkan kerjasama bersama rakan kongsi global dan tempatan serta menyampaikan saluran terbaik yang ada bagi memenuhi strategi perniagaan mudah alih mereka," kata Shane Shan, Pengarah APAC Huawei Consumer Cloud Service. "PMC dilengkapi dengan beberapa alat e-dagang bagi menyelaraskan proses pengurusan dan meningkatkan produktiviti. Selain itu, platform ini turut disokong oleh alat dan analisis sokongan data bagi membantu rakan kongsi e-dagang menyusun maklumat dan tinjauan produk mereka dengan lebih baik bagi meningkatkan prestasi jualan."

Platform Petal Merchant Centre HMS dilengkapi dengan alat e-dagang komprehensif bagi menyelaraskan proses pengurusan produk merentas berbilang titik sentuhan dalam ekosistem Huawei, yang bertujuan untuk membantu rakan niaga menyerlahkan potensi penuh aktiviti membeli belah mudah alih.
Platform Petal Merchant Centre HMS dilengkapi dengan alat e-dagang komprehensif bagi menyelaraskan proses pengurusan produk merentas berbilang titik sentuhan dalam ekosistem Huawei, yang bertujuan untuk membantu rakan niaga menyerlahkan potensi penuh aktiviti membeli belah mudah alih.

Petal Merchant Centre – Perkhidmatan yang Diselaraskan untuk Platform E-dagang dan Pelanggan mereka

PMC baharu ini menawarkan pelbagai fungsi perkhidmatan e-dagang yang mudah digunakan untuk rakan kongsi memuat naik maklumat produk, mengurus status produk serta memantau prestasi keseluruhan dan kadar klikan kesemuanya di bawah satu bumbung. Platform tersebut menyokong akses data berstruktur dan rakan kongsi boleh memilih dengan cara terbaik alat yang paling sesuai untuk senario dan matlamat pembangunan khusus, lalu menjadikan perkhidmatan PMC benar-benar disesuaikan.

Di samping itu, PMC juga merupakan sistem sokongan algoritma AI yang membolehkan rakan kongsi memanfaatkan faedah-faedah daripada fungsi-fungsi pembelajaran mesin yang canggih seperti penglihatan komputer (CV), penyahtaksaan dan perlombongan tag dengan mudah.

Petal Merchant Centre Fokus pada Pendekatan Bersasaran yang Berkesan terhadap Pemasaran 

PMC menyediakan persekitaran digital yang menarik untuk rakan kongsi mencari dan berhubung dengan audiens sasaran. Dengan fungsi 'Iklan Membeli Belah' ('Shopping Ads') baharu, rakan kongsi e-dagang kini boleh meletakkan iklan-iklan produk melalui 'Carian Imej' ('Image Search') Petal Search. Iklan Membeli Belah menyasarkan pengguna mengikut data tingkah laku pengguna bagi memastikan pesanan iklan sampai kepada audiens yang tepat dengan cara yang menjimatkan kos.

Peniaga runcit juga boleh menggunakan PMC sebagai alat untuk memantau pendedahan suapan produk dan kadar klikan pada waktu sebenar, lalu menyediakan data dinamik yang tepat kepada perniagaan berdasarkan tingkah laku pelayaran pengguna Petal Search.

Selain daripada pendaftaran yang mudah dan pengalaman pelanggan yang lebih baik, PMC juga menyediakan rakan kongsi dengan akses kepada lebih daripada 730 juta pengguna global HMS. Ini dapat dijayakan melalui strategi '1+8+N' Huawei yang mewujudkan ekosistem pintar terhubung sepenuhnya melalui peranti mudah alih dan aplikasi Huawei termasuk telefon pintar, Huawei Visions, tablet dan banyak lagi bagi menawarkan pelbagai titik masuk kepada perniagaan untuk meningkatkan selanjutnya keterlihatan produk mereka.

Rakan kongsi e-dagang kini boleh mendaftar dengan PMC melalui https://unibox.petalsearch.com/shopping/index.html, hanya dengan mengesahkan laman sesawang produk mereka secara dalam talian, menghasilkan suapan produk dan kemudian memberi reaksi kepada kemas kini API kandungan masa sebenar.

Petal Search ialah enjin gelintar natif oleh HMS. Aplikasi ini meningkatkan pengalaman pengguna dengan memperkenalkan lebih banyak kategori carian termasuk aplikasi, berita, imej dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Petal Search, sila kunjungi: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/search/

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news