omniture

XJTLU Raikan Masa Lalu dengan Melangkah ke Masa Depan

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2021-05-21 17:00 226

SUZHOU, China, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Lima belas tahun yang lalu, Xi'an Jiaotong-Liverpool University, satu kerjasama antara University of Liverpool di United Kingdom dan Xi'an Jiaotong University di China, dimulakan dengan sebuah bangunan dan 164 orang pelajar.

Xi'an Jiaotong-Liverpool University (XJTLU), sebuah institusi usaha sama antarabangsa di China, menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelancaran akademi dan perancangan pengembangan
Xi'an Jiaotong-Liverpool University (XJTLU), sebuah institusi usaha sama antarabangsa di China, menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelancaran akademi dan perancangan pengembangan

Hari ini, dengan 18,000 orang pelajar dari seluruh dunia, XJTLU merupakan universiti usaha sama yang terbesar di China. Ia mempunyai kira-kira 900 kakitangan dari 50 negara dan wilayah. Alumni universiti ini melanjutkan pengajian di universiti-universiti tersohor di dunia dan bekerja di syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia.

Kunci kejayaannya ialah gabungan gaya pendidikannya yang unik, yang membolehkan pelajar menjadi warga global berfikiran antarabangsa.

Sebagai sebuah institusi yang tekal memandang ke hadapan, amat tepat apabila XJLTU menyambut ulang tahun ke-15nya dengan pelancaran akademi baharu dan rancangan untuk berkembang di luar wilayah asalnya.

  • Pada hari Sabtu, 22 Mei, Universiti ini akan melancarkan Academy of Future Education yang mencakupi aktiviti penyelidikan dan pendidikan, latihan untuk pendidik di dalam dan luar Universiti, sokongan untuk pertumbuhan pendidikan pelajar serta platform untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam talian dan di lapangan di seluruh dunia. "Masa depan pendidikan tidak memfokuskan kepada pendidik yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, sebaliknya mengenai cara institusi-institusi pendidikan akan menyokong pembelajaran sepanjang hayat," kata Dr Xiaojun Zhang, Dekan Eksekutif Akademi.
  • Bagi menyediakan alat kepada semua pelajar, XJTLU dan Academy of Future Education akan membuka XJTLU Learning Mall kepada orang awam pada hari Sabtu, setahun selepas pelancarannya kepada kakitangan dan pelajar Universiti. Tawaran yang disediakan di www.learningmall.cn terus berkembang, bersama rakan-rakan kongsi termasuk Adobe, Microsoft, McGraw-Hill Group, Alibaba Cloud dan Digital China yang menyediakan kandungan pendidikan, latihan serta ujian pensijilan dalam talian.
  • Academy of Film and Creative Technology XJTLU akan turut dilancarkan pada hari Sabtu. "Jalinan kerjasama dengan industri media dan kreatif akan membolehkan kami memenuhi keperluan industri dan melatih pelajar serta golongan profesional untuk menjadi pemimpin industri kebudayaan dan kreatif," kata Profesor Stuart Perrin, Pengetua Bersekutu XJTLU Entrepreneur College (Taicang).
  • Rancangan XJTLU termasuk penerokaan tambahan terhadap model pendidikan dalam-talian-di-lapangan dan pengembangan ke kawasan-kawasan lain seperti Kawasan Teluk Lebih Besar China (Guangdong-Hong Kong-Macau), di mana Universiti ini merancang untuk menubuhkan XIPU Innovation and Education College (GBA).

Ketahui lebih lanjut di www.xjtlu.edu.cn

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Related Links:
Keywords: Education Higher Education New products/services