CHANGZHOU, China, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Dibina oleh China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec"), Stesen Minyak Jiaze yang terletak di Changzhou, Wilayah Jiangsu kini merupakan stesen minyak pertama China yang mencapai keneutralan karbon ketika projek penjanaan kuasa fotovolta teragihnya ("Projek") mula beroperasi secara rasmi baru-baru ini.
Dinilai secara komprehensif oleh pihak berkuasa, projek ini dapat mengimbangi penggunaan kuasa stesen tersebut dan pengurangan emisi karbon dapat mengimbang emisi karbon, menjadikan projek ini satu pencapaian besar yang sangat penting dalam seluruh industri ini.
Projek Stesen Minyak Jiaze menerima pakai model "penjanaan kendiri untuk kegunaan sendiri dengan lebihan kuasa memasuki grid," mencapai pertukaran tanpa gangguan dengan State Grid. Ia menggunakaan penjanaan kuasa fotovolta dan bukannya penjanaan kuasa arang batu dan membekalkan lebihan kuasa secara luaran sekali gus memenuhi permintaan kuasa daripada stesen berkenaan.
Dianggarkan bahawa penjanaan kuasa tahunan Projek ini adalah antara 127,000 hingga 147,000 kWj, yang dapat mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 91.2 hingga 105.6 tan. Pada tahun 2020, penggunaan kuasa stesen tersebut mencecah 99,000 kWj. Mengikut pengiraan berdasarkan kitaran hayat 25 tahun secara teori bagi stesen janakuasa fotovolta dan dibandingkan dengan projek kuasa terma tradisional, emisi 3,800 tan karbon dioksida, 116 tan sulfur dioksida dan 56 tan nitrogen oksida dapat dikurangkan dalam seluruh kitaran hayat.
Di samping itu, Stesen Minyak Jiaze telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan emisi karbon termasuk pemulihan wap minyak serta pemulihan dan rawatan kumbahan bagi menggalakkan pembinaan dan pembangunan stesen minyak neutral-karbon.
Tatkala China menetapkan untuk memenuhi sasaran dengan mencapai puncak emisi karbon menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060, Sinopec akan mendorong ke arah mencapai emisi sifar secara berterusan, memfokuskan visi untuk membina sebuah syarikat kimia tenaga bersih yang terkemuka di dunia, mempercepatkan transformasi tenaga dan penaiktarafan industri serta membina stesen penjanaan kuasa fotovolta dengan aktif. Ketika ini, Sinopec telah menubuhkan 160 stesen penjanaan kuasa fotovolta di wilayah-wilayah Hainan, Guangdong, Guangxi, Yunnan dan banyak lagi.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, Sinopec akan menyediakan 7,000 stesen penjanaan kuasa fotovolta dan Sinopec Jiangsu Oilfield Company merancang untuk membina 900 stesen minyak neutral-karbon. Sinopec bermatlamat untuk menjadikan 'hijau dan bersih' sebagai tindakan khusus syarikat melalui model-model khas seperti pembangunan stesen minyak neutral-karbon dan penanaman hutan neutral-karbon.
Memandang ke hadapan, Sinopec akan mempercepatkan pewujudan penyedia perkhidmatan tenaga bersepadu untuk 'perkhidmatan minyak, gas, hidrogen, kuasa elektrik dan bukan minyak,' menggalakkan tenaga fosil yang bersih, tenaga bukan fosil berskala besar dan proses pengeluaran karbon-rendah bagi memastikan kita dapat mencapai puncak emisi karbon menjelang tahun 2030 dan berusaha untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2050 serta memberi sumbangan yang diperbaharui sebagai tindak balas kepada perubahan iklim global selaku syarikat yang bertanggungjawab.
Latar Belakang Sinopec
Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu terbesar di China. Operasi utamanya merangkumi penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, serat sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport, petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, serta komoditi dan teknologi lain; dan juga penyelidikan, pengembangan dan aplikasi teknologi dan maklumat.
Sinopec menetapkan 'memarakkan kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletakkan 'orang ramai, tanggungjawab, integriti, kepersisan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai teras korporatnya, mengejar strategi berorientasikan nilai, pembangunan yang didorong oleh inovasi, peruntukan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon serta berusaha untuk mencapai visi korporatnya untuk membina syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.