omniture

Daimler Truck AG dan CATL perluas perkongsian global: pembangunan bersama bateri berfokus trak sofistikated dan bekalan dipersetujui melangkaui 2030

CATL
2021-05-21 23:50 443
  • CATL akan membekalkan bateri untuk trak Mercedes-Benz eActros LongHaul bermula pada tahun 2024
  • Rakan-rakan kongsi berhasrat untuk bersama-sama mereka bentuk dan membangunkan sel dan pek bateri generasi seterusnya yang lebih canggih untuk kegunaan khusus trak
  • Martin Daum, Ketua Pegawai Eksekutif Daimler Truck AG: "Memperluas dan mengukuhkan kolaborasi mantap kami bersama CATL akan memainkan peranan penting ketika kami menggiatkan aktiviti pengelektrikan kami dan menerajui jalan menuju emisi sifar dalam industri trak."
  • Dr. Robin Zeng, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CATL: "Kami percaya perkongsian global kami yang mantap akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran Daimler Truck AG di peringkat e-mobiliti dan mempercepatkan pacuan ke arah keneutralan karbon."

NINGDE, China dan STUTTGART, Jerman, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, pengeluar kenderaan komersial Daimler Truck AG serta pengeluar dan pembangun bateri ion-litium Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) – kedua-duanya merupakan peneraju-peneraju global dalam bidang masing-masing – mengumumkan pemantapan perkongsian sedia ada mereka berdasarkan visi bersama iaitu pengangkutan trak elektrik neutral-CO2. CATL akan menjadi pembekal pek bateri ion-litium untuk trak elektrik-bateri Mercedes-Benz eActros LongHaul yang dirancang akan tersedia bagi pengeluaran bersiri pada tahun 2024. Pembekalan akan dibuat melangkaui tahun 2030. Bateri-bateri akan menggabungkan ketumpatan tenaga yang tinggi dengan hayat kitaran yang amat panjang serta keupayaan pengecasan pantas untuk memenuhi keperluan unik trak jarak jauh elektrik-bateri. Selain itu, syarikat-syarikat tersebut berhasrat untuk bersama-sama mereka bentuk dan membangunkan sel serta pek bateri generasi seterusnya yang lebih canggih untuk kegunaan khusus trak, dengan tumpuan pada kemodularan dan kebolehskalaan tinggi bagi menyokong kegunaan trak yang berbeza dan keserasian yang fleksibel dengan model-model e-trak masa depan.

Pada tahun 2019, Daimler Truck AG dan CATL memeterai perjanjian pembekalan modul sel bateri ion-litium global untuk trak siri elektrik termasuk Mercedes-Benz eActros, Freightliner eCascadia dan eM2. Pada September 2020, Daimler Truck AG mengumumkan eActros LongHaul yang akan memiliki jarak kira-kira sejauh 500 kilometer untuk pengangkut cekap tenaga di laluan jarak jauh yang boleh dirancang.

Martin Daum, Pengerusi Lembaga Pengurusan Daimler Truck AG dan Ahli Lembaga Pengurusan Daimler AG: "Perkongsian sangat penting buat kami untuk menyampaikan komitmen kami terhadap Perjanjian Paris dan matlamat utama kami untuk menjadi pengangkut neutral-CO2 di jalan raya, yang mana kami sedang berusaha dengan gigih. Memperluas dan mengukuhkan kolaborasi mantap kami bersama CATL akan memainkan peranan penting ketika kami menggiatkan aktiviti pengelektrikan kami dan menerajui jalan menuju emisi sifar dalam industri trak. Kami akan melancarkan pelbagai jenis trak elektrik yang dikeluarkan secara bersiri, berorientasikan pelanggan dan inovatif dari tahun 2021 dan seterusnya."

Dr. Robin Zeng, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CATL: "Kami sangat gembira dapat mengukuhkan perkongsian sedia ada bersama Daimler Truck AG berdasarkan visi bersama kami dalam e-mobiliti. Dengan teknologi inovatif CATL dalam bateri EV dan kepakaran mendalam Daimler Truck dalam industri trak berat, kami percaya perkongsian global kami yang mantap akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran Daimler Truck AG di peringkat e-mobiliti dan mempercepatkan pacuan ke arah keneutralan karbon."

CATL: menggalakkan keneutralan karbon melalui penyelesaian bateri inovatif

Didorong oleh matlamat keneutralan CO2, CATL menyasarkan untuk merealisasikan penggantian bahan api fosil dalam sistem tenaga pegun dan bergerak dengan sistem kuasa elektrik amat cekap yang dijana melalui bateri canggih dan tenaga boleh diperbaharui serta menggalakkan inovasi yang bersepadu dalam aplikasi pasaran dengan pengelektrikan dan 'intelligentization'. Memperluas perkongsiannya bersama Daimler Truck AG merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan ini dan membuka peluang baharu untuk mempercepatkan pengelektrikan kenderaan komersial global dengan penyelesaian tenaga bersih CATL.

Mengusahakan inovasi yang berterusan dalam seluruh sistem struktur kimia, sistem struktur, model pembuatan dan perniagaan ekstrem, CATL menyediakan produk yang paling canggih dan bernilai kepada pelanggan serta penggunanya. Penyelesaian baterinya yang unik untuk kenderaan komersial membawakan sistem kimia LFP dengan pemudaran sifar dalam 1500 kitaran dan teknologi sel-ke-pek (CTP) inovatif memastikan agar bateri kenderaan mempunyai ketumpatan tenaga yang tinggi, jangka hayat kitaran yang amat panjang, keandalan tinggi dan kecekapan kos yang besar.

Menurut SNE Research, jumlah penggunaan bateri EV 2020 CATL menduduki kedudukan No. 1 di dunia untuk tahun keempat berturut-turut, 32% daripadanya disumbangkan oleh kegunaan kenderaan komersial. Sumber data juga menunjukkan bahawa sehingga Mac 2021, jualan trak dan bas global yang dilengkapi dengan bateri EV CATL mencapai lebih 343,000, menjadikan CATL sebagai pembekal bateri EV terbesar dalam pasaran kenderaan komersial.

Latar Belakang Contemporary Amperex Technology Co., Limited

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) ialah peneraju dalam industri bateri ion-litium global, meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan sistem bateri untuk kenderaan tenaga baharu serta sistem simpanan tenaga. Pada tahun 2020, CATL menduduki kedudukan No. 1 secara global dari segi jumlah penggunaan bateri EV selama empat tahun berturut-turut, menurut SNE Research.

Beribu pejabat di Ningde, China, CATL mempunyai tapak pengeluaran bateri secara domestik di Ningde (Wilayah Fujian), Liyang (Wilayah Jiangsu), Xining (Wilayah Qinghai), Yibin (Wilayah Sichuan) dan Zhaoqing (Wilayah Guangdong). Kini, CATL berkembang ke seluruh dunia dan telah membuka subsidiari luar negara di Munich (Jerman), Paris (Perancis), Yokohama (Jepun) dan Detroit (AS). Tapak pengeluaran Eropahnya di Erfurt, Jerman, kini sedang dibangunkan. Syarikat (300750.SZ) ini didagangkan secara terbuka pada tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.catl.com.

Latar Belakang Daimler Truck AG

Daimler Truck AG ialah salah satu pengeluar kenderaan komersial yang terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 lokasi utama di serata dunia dan kira-kira 100,000 orang pekerja. Daimler Truck AG meneruskan strategi korporat yang mampan dan bermatlamat untuk menawarkan hanya kenderaan baharu yang neutral-CO2 dalam memacu operasi ("tangki-ke-roda") di Eropah, Jepun dan Amerika Utara menjelang tahun 2039. Seawal tahun 2022, portfolio kenderaan Daimler Truck AG akan melibatkan kenderaan yang dikeluarkan secara bersiri dengan sistem pemacu elektrik-bateri di wilayah jualan utama iaitu Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun, Menjelang tahun 2027, Daimler Truck AG berhasrat untuk melengkapkan portfolionya dengan menambah kenderaan sel-bahan-api berasaskan-hidrogen yang dikeluarkan secara bersiri. Dengan ratusan kenderaan digunakan oleh pelanggan, Daimler Truck AG telahpun memperoleh kepakaran berorientasikan amalan yang komprehensif dengan kenderaan elektrik dan telah mencatatkan sejauh lebih sepuluh juta kilometer yang dipandu oleh trak dan bas yang menjalani ujian elektrik-bateri serta dikeluarkan secara bersiri bersama pelanggan di seluruh dunia.

 

Source: CATL
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Components Transportation Contracts