omniture

Penerajui Automasi Pintar Laiye Lantik Ronen Lamdan Pimpin Pengembangan Antarabangsa

Laiye
2021-05-22 00:04 1996

BEIJING, 22 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Susulan daripada pendanaan siri C+ sebanyak $50 juta dalam pusingan yang bersama-sama dipimpin oleh Ping An Global Voyager Fund dan Shanghai Artificial Intelligence Industry Equity Investment Fund, Laiye dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ronen Lamdan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa, Ronen akan memimpin pengembangan antarabangsa Laiye. Berasaskan penubuhan pejabat luar negara baharunya baru-baru ini di Singapura yang bertindak sebagai ibu pejabat rantau Asia Pasifik, Laiye akan berusaha untuk bekerjasama dengan perusahaan terkenal Asia/Pasifik dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika sekali gus berkolaborasi dengan perusahaan kecil-kecilan dan sederhana bagi menyampaikan produktiviti, transformasi dan pertumbuhan yang dapat berkhidmat kepada pelanggan kami dan memperkasa komuniti kami.

Ronen Lamdan mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun memimpin bahagian Jualan dan Pemasaran untuk beberapa syarikat Perisian Perusahaan yang terbesar dan paling berjaya di dunia. Paling terkini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di WorkFusion, iaitu antara 4 vendor RPA terbaik dan peneraju dalam Automasi Pintar berkuasa AI. Ronen merupakan pemimpin pemikiran dalam automasi kognitif, kecerdasan buatan dan pengoptimuman proses dalam industri-industri. Ronen pernah memegang jawatan kepimpinan di Microsoft, IBM, FileNet (pemerolehan bernilai $1.6B), NetSuite (pemerolehan bernilai $9.3B), Mercury (pemerolehan bernilai $4.5B) dan beberapa syarikat pemula.

"Kami menyambut mesra Ronen ke dalam pasukan kami dan kami percaya bahawa Laiye akan lebih bersiap sedia dengan adanya beliau bersama syarikat ini bagi membolehkan lebih ramai pelanggan beralih daripada pendekatan RPA legasi kepada Automasi Pintar menggunakan AI mesra pengguna perniagaan yang membolehkan mereka menjalankan operasi dengan lebih cekap, pada kos yang lebih rendah, dengan ketepatan yang lebih tinggi dan membina kemahiran digital dalam tenaga kerja. Di samping itu, Laiye akan terus merekrut bakat berkemahiran tinggi dalam industri-industri vertikal bagi membuka peluang baharu dalam pasaran global," kata pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Laiye, Wang Guanchun.

"Saya teruja mengumumkan peranan baharu saya dan berharap dapat memimpin, memberi inspirasi dan membangunkan pasukan global saya serta bekerjasama dengan pelanggan kami untuk memacu kecekapan, keberkesanan dan pematuhan yang pesat dalam operasi perniagaan mereka. Laiye berkedudukan sempurna untuk menyampaikan produktiviti, transformasi dan pertumbuhan yang dapat berkhidmat kepada pelanggan kami dan memperkasa komuniti kami," ujar Ronen.

Laiye dan penyelesaiannya merupakan pertembungan dan integrasi yang unik dalam proses, rekod dan dokumen, komunikasi serta kolaborasi, Ia telah mencapai beberapa kejayaan penting melalui penawaran produknya yang inovatif dan ekosistem yang berkembang pantas sepanjang tahun lalu. Hasil langganan perisian RPA tahunannya melonjak dengan pertumbuhan 900% berbanding tahun sebelumnya yang mengagumkan dan mempunyai komuniti luas dengan hampir 400,000 pembangun serta lebih daripada 500 rakan kongsi.

Cita-cita Laiye bermatlamat untuk memupuk komuniti pembangun yang terbesar di dunia untuk robot perisian dan membina pasaran bot yang terbesar di dunia dalam tempoh 3 tahun akan datang. Syarikat juga merancang untuk memperakui sekurang-kurangnya 1 juta pembangun robot perisian menjelang tahun 2025. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa, Ronen akan membantu Laiye berkembang ke seluruh dunia.

Laiye merancang untuk mengadakan webinar global pertamanya <LAIYE LEAD 2021  Laiye Intelligent Automation Platform Launch> (<LAIYE LEAD 2021  Pelancaran Platform Automasi Pintar Laiye>) pada 25 Mei ini. Ronen, ahli-ahli berpangkat tinggi yang lain daripada Laiye dan Penganalisis dari Forrester akan bersama-sama berkongsi pandangan unik mereka mengenai industri RPA+AI. Nantikan ia.

Latar Belakang Laiye

Laiye mempunyai pengalaman yang beraneka dalam RPA + AI serta membantu perniagaan dan orang ramai merealisasikan potensi penuh mereka dengan mengoptimumkan perikatan kolaboratif manusia-mesin dengan "penyelesaian tenaga kerja" sofistikated, dinamik, digital yang meningkatkan produktiviti dan berkod rendah. Laiye menyampaikan penyelesaian AI/RPA/NLP yang paling mendalam dan paling canggih untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap, berkesan, tangkas dan berjaya. Ia juga memberi kebebasan kepada orang ramai untuk memfokuskan pada inisiatif misi kritikal yang bermakna dan inovatif.

Teknologi-teknologi teras termasuk automasi proses robotik (RPA), perlombongan proses, pemprosesan bahasa tabii (NLP), kecerdasan perbualan, pengecaman teks dan pengecaman imej.

www.laiye.com/en

 

Source: Laiye
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements