omniture

Kwai jadi rangkaian sosial pertama dalam sejarah taja Piala CONMEBOL America

Kwai
2021-05-22 00:22 445
  • Amerika Latin akan dapat menyaksikan detik-detik edisi ke-47 CONMEBOL Copa América 2021 yang paling eksklusif, menghiburkan dan menggembirakan hasil daripada perkongsian antara CONMEBOL dan Kwai.  
  • Kwai, dengan pelaburan sebanyak US $10 juta, melancarkan Sports Creators Program yang melaluinya ia akan menyokong dan mempromosikan pencipta kandungan sukan di wilayah tersebut, di bawah model yang membenarkan pengewangan.
  • Kwai, aplikasi video pendek yang memanfaatkan daya kreativiti berjuta-juta pengguna di seluruh Amerika Latin akan menjadi rangkaian sosial yang akan berusaha mentransformasikan pengalaman dari segi bagaimana bola sepak Amerika Selatan dinikmati dan ditonton.  
  • @CONMEBOLCopaAmérica dan @CopaAméricaBR akan menjadi saluran rasmi untuk kandungan eksklusif CONMEBOL Copa América. Dengan cara yang sama, melalui @KwaiFutbol dan @KwaiEmCampo, kandungan berbeza perlawanan tersebut akan dihantar.

BUENOS AIRES, Argentina, 22 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Kurang daripada sebulan lagi sebelum bermulanya perlawanan bola sepak tertua di dunia, CONMEBOL Copa América 2021 dan Kwai bersama-sama mengumumkan aplikasi tersebut sebagai "rangkaian sosial rasmi CONMEBOL Copa América 2021". Menerusi perkongsian ini, beribu-ribu pengguna dan peminat bola sepak akan dapat menikmati kandungan unik dalam aplikasi yang paling interaktif dan dinamik yang tersedia kepada pencipta kandungan.

Kwai - Sponsorship Copa América
Kwai - Sponsorship Copa América

Diinspirasikan oleh semangat yang dibangkitkan oleh sukan bola sepak, sepanjang tiga minggu perlawanan tersebut, Kwai akan menganjurkan pelbagai acara dalam-aplikasi, agar semua pengguna platform tersebut akan berpeluang mengambil bahagian dalam 15 # DesafíosCopa, yang mana pelbagai aktiviti bersama selebriti akan diadakan. Selain itu, beberapa cabaran akan disiarkan secara langsung dan semua pengguna akan berupaya memperoleh wang dan insentif kerana mengambil bahagian dan aktif dalam program rujukan.

"Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan CONMEBOL dalam kerangka pembangunan perlawanan yang penting ini. Penajaan ini berlaku pada detik yang penting untuk jenama ini di wilayah ini dan tidak lama lagi kami akan mula mempromosikan program khusus untuk membangunkan dan mempromosikan pencipta kandungan sukan di Amerika Latin. Bermula dari saat ini, kita semua boleh menjadi lensa di sisi permainan yang lain dan melangkaui 90 minit, iaitu sesuatu yang memberi inspirasi dan amat mengagumkan. Kami ingin menonjolkan keghairahan dan semangat membara bola sepak Amerika Latin," kata Kai Shao, Pengurus Besar Kwai Amerika Latin.

Perkongsian ini bertujuan untuk merevolusikan cara mengalami perayaan sukan bola sepak dari jauh. Justeru itu, semua pengguna dan peminat bola sepak akan berpeluang untuk memanfaatkan daya kreativiti mereka, berkongsi semangat dan sorakan mereka mengikut rentak sorakan jaringan gol.

Akaun rasmi daripada KWAI untuk CONMEBOL Copa América 2021

Kesemua pengguna Kwai akan berpeluang untuk mengakses akaun rasmi @CONMEBOLlCopaAmerica dan @CopaAméricaBR yang mana kandungan eksklusif dan unik daripada pihak penganjur akan dihasilkan bagi melihat setiap pemainan acara tersebut dari perspektif yang lain. Di akaun tersebut, muzik rasmi perlawanan akan dikongsi, bagaimana rupa bola rasmi, kira detik permulaan akan dilakukan, upacara perasmian, belakang tabir dari bilik persalinan, sidang media, sambutan peminat, berita harian, siaran langsung (sebagai sebahagian daripada fungsi baharu aplikasi), antara lain. Turut ditambah ke dalam penawaran ini ialah penciptaan akaun @KwaiFutbol dan @KwaiEmCampo yang mana kandungan pelengkap mengenai sukan ini dan sambutan bola sepak wilayah ini akan dihasilkan.

Sepanjang CONMEBOL Copa América 2021, peminat bola sepak, tanpa mengira di mana pun negara mereka berada, akan berpeluang untuk menyaksikan detik-detik di luar padang Pasukan Kebangsaan bagi menikmati saat-saat perlawanan yang paling beremosi bersama pemain-pemain kegemaran mereka.

"Ini merupakan kali pertama CONMEBOL akan meraikan perkaitan dalam skop ini melalui platform hiburan digital. Kami amat teruja dan mengharapkan kemungkinan ini menjangkaui berjuta-juta pengguna Amerika Latin melalui Kwai dan mereka juga dapat mendekati kami dengan kandungan yang belum pernah dilihat sebelum ini," ujar Juan Emilio Roa, Pengarah Komersial dan Pemasaran CONMEBOL. "Kami sedia maklum bahawa bola sepak bukan sahaja dialami di padang, tetapi juga di rangkaian sosial terutamanya sewaktu sekatan sanitari ini. Atas sebab inilah kami akan mengusahakan kandungan eksklusif di Kwai agar peminat dapat menikmati setiap detik perlawanan, seolah-olah mereka berada di sana."

Melalui pelaburan sebanyak $10 juta, Kwai melancarkan Sports Creators Program

Dengan Sports Creators Program, Kwai komited untuk menggalakkan dan membangunkan pencipta kandungan sukan yang akan dapat berkembang maju seiring dengan Kwai. Inilah sebabnya aplikasi ini akan melabur sebanyak US $10 juta bagi menyokong pencipta sukan di seluruh wilayah ini melalui program yang menawarkan bengkel khusus untuk penciptaan kandungan serta bimbingan dan sokongan daripada sepasukan pakar dalam bidang ini. Sebagai satu insentif yang penting, pencipta akan dapat menjana keuntungan daripada kandungan mereka.

"Kandungan sukan merupakan antara yang paling dicari-cari oleh pengguna rangkaian sosial. Kami percaya bahawa di wilayah ini masih terdapat banyak peluang untuk membantu pencipta memberikan kualiti profesional kepada bahan penerbitan mereka, maka dalam kerangka CONMEBOL Copa América 2021 kami akan melancarkan insentif dan program latihan untuk pencipta dalam bidang kandungan sukan," kata Arturo Martínez, Pengurus Besar untuk Kwai Spanish Speaking Latam.

Kwai mempromosikan rangkaian sosial video pendek yang melangkaui trend segera dan mendorong detik-detik kegembiraan sebenar dalam rutin harian individu sebenar dan atas sebab inilah pengguna menemui kisah-kisah sebenar dalam aplikasi tersebut serta komuniti yang melaluinya mereka dapat berhubung dan saling memahami serta merta.

Latar Belakang Kwai 

Kwai ialah aplikasi video pendek yang dibangunkan oleh Kuaishou Technology, sebuah syarikat teknologi yang memberi tumpuan untuk membangunkan platform perkongsian kandungan yang mana penciptaan, pengedaran dan penemuan kandungan menjadi pantas dan mudah serta inklusif dan pelbagai. Teknologinya menawarkan pengalaman yang amat diperibadikan kepada pengguna dan menggalakkan anggota daripada semua komuniti untuk mencipta dan menemui kandungan yang bernilai dinamik. Maklumat lanjut di www.kwai.com dan @kwai_latam.

Kwai boleh didapati di App Store dan juga Google Play.

Latar Belakang CONMEBOL Copa América Argentina-Colombia 2021 

Edisi ke-47 perlawanan pasukan kebangsaan tertua di dunia akan dimainkan di dua negara tuan rumah (Argentina dan Colombia) antara 10 pasukan yang mengambil bahagian, perlawanan ini tidak mengubah formatnya dan akan dimainkan di bandar-bandar yang terletak di Utara dan Selatan yang bertentangan di benua kami. Pasukan-pasukan ini merupakan 10 negara anggota Amerika Selatan CONMEBOL (Argentina, Brazil, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela) yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sembilan gelaran Piala Dunia FIFA dan beberapa bintang bola sepak terkenal dunia akan berkumpul di pandang untuk bermain 28 permainan dalam edisi ini, mulai 13 Jun hingga 10 Julai. Perlawanan pembukaan akan dimainkan di Buenos Aires manakala acara kemuncak akan berlangsung di bandar Barranquilla, Colombia.

#VibraElContinente (The continent vibrates) 

CONMEBOL Copa América memiliki kuasa yang luar biasa, ia boleh membuatkan semua benda bergerak, ia membuatkan emosi bergetar dan jantung berdegup kencang. Ia membuatkan bendera, gelombang jaring, tiang dan stadium bergegar. Sejarahnya menjadikan seluruh benua ini penuh bangga kerana bola sepak kami bergegar dengan satu kekuatan. Pertandingan ini mempunyai kuasa untuk mengeluarkan versi terbaik kami bagi menakrifkan siapa kami sebagai warga Amerika Selatan: bola sepak, sejarah, kegembiraan dan keghairahan. #VibraElContinente @copaamerica

 

Source: Kwai
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Social Media Sporting Events Sports Telecommunications Contracts Future Events