omniture

Xinhua Silk Road: Kilang kren menara pintar Zoomlion di China Tengah mula beroperasi

Xinhua Silk Road
2021-05-24 08:11 152

BEIJING, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd., yang juga merupakan pengeluar kren menara yang terbesar di serata dunia, mula melaksanakan operasi fasa kedua kilang kren menara pintar yang terletak di China tengah pada 17 Mei.

Upacara perasmian fasa kedua kilang kren menara pintar Zoomlion yang terletak di Bandar Changde Hunan, China tengah.
Upacara perasmian fasa kedua kilang kren menara pintar Zoomlion yang terletak di Bandar Changde Hunan, China tengah.

Justeru itu, kilang pintarnya yang meliputi jumlah kawasan seluas 49.33 hektar, mengeluarkan kren menara angin yang terbesar di dunia. Dengan pelaburan aset-tetap sebanyak 1.8 bilion yuan, ia dijangkakan menjana nilai output sebanyak 20 bilion yuan setiap tahun.

Di samping operasi kilang, Zoomlion membentuk corak pengeluaran yang dicirikan oleh satu kilang pintar, dua bengkel "rumah api" atau dengan kata lain bengkel yang paling maju di dunia, tiga gudang stereoskopik pintar dan empat barisan pengeluaran tanpa pemandu, lantas menunjukkan selangkah ke hadapan dalam perjalanannya menuju pembuatan pintar yang komprehensif.

Ketika ini, syarikat ini berupaya untuk mengeluarkan kren menara siri penuh dengan saiznya bermula daripada 63 tan·meter hingga 20,000 tan·meter. Bagi setiap 18 minit, krena menara keluar daripada barisan pemasangannya, menunjukkan kepantasan yang tersenarai di kedudukan tinggi dalam kalangan rakan setara domestik dan globalnya.

Bermula dari awal tahun sehingga kini, Zoomlion telah mengilangkan lebih 150,000 kren menara bagi menjalankan projek-projek pembinaan di seluruh dunia dan mempunyai bahagian pasaran tertinggi dalam tempoh yang lama di dunia.

Tang Shaofang, naib presiden Zoomlion berkata bahawa kilang pintar yang terletak di Bandar Changde menyelesaikan penaiktarafan yang komprehensif, digital dan mesra alam serta merealisasikan pengeluaran kren menara dengan saiz dan kualiti bertaraf dunia.

Kilang kren menara pintar Zoomlion yang terletak di Bandar Changde Hunan, China tengah.
Kilang kren menara pintar Zoomlion yang terletak di Bandar Changde Hunan, China tengah.

Pada hari Isnin, syarikat ini mengadakan upacara penyerahan untuk kren menara jib memugak yang terbesar di dunia yang digunakan untuk mengangkat turbin angin berlabel LW2340-180, produk dengan beban angkat bernilai maksimum 180 tan, ketinggian angkat maksimum tetap 180 meter dan julat operasi maksimum 68 meter serta berupaya untuk mengangkat set penjanaan kuasa angin darat dengan enam megawatt kapasiti terpasang.

Upacara penyerahan kren menara bum berasaskan kuasa angin LW2340-180.
Upacara penyerahan kren menara bum berasaskan kuasa angin LW2340-180.

Dengan membina tapak pengeluaran pintar di tempat lain di timur China, Zoomlion mempercepatkan transformasi pintar, digital dan mesra alamnya untuk menjadi salah satu pengeluar kren menara yang paling mantap di dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/321623.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals New products/services