SHANGHAI, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang utama bagi modul IoT mengumumkan pelancaran dua siri modul Radio Baharu (NR) 5G baharu, RG500S dan RM500S. Berasaskan Sistem Modem-RF IoT 5G 315 Qualcomm baharu, kedua-dua modul ini berupaya menyokong pelanggan bagi membina peranti 5G khusus untuk pelbagai vertikal termasuk IoT industri, peruncitan, tenaga pintar, rangkaian 5G peribadi dan banyak lagi.
Menggunakan modem IoT 5G 315 Qualcomm yang berkuasa, RG500S dan RM500S menyokong lanjutan hayat penyelenggaraan perisian, membantu mencipta peranti IoT bertahan lama sepanjang tempoh jangka hayatnya. Menawarkan integrasi yang lancar, RM500S berciri serasi pin ke pin dengan modul LTE Cat 4 Quectel EM05, modul Cat 6 EM06, modul Cat 12 EM12-G/EM12xR-GL, modul Cat 16 EM160R-GL serta modul 5G RM500Q yang menyediakan penyelesaian 5G yang lebih berdaya saing untuk pasaran IoT. Ciri-ciri ini akan membantu menggiatkan pasaran IoT 5G dalam segmen-segmen IoT industri dan pengguna dengan keadaan penggunaan dalam robotik, automasi, pembuatan pintar, pengagihan tenaga, pertanian jitu, pembinaan dan perlombongan.
Modul-modul RG500S dan RM500S menyokong jalur Sub-6GHz NR 5G dalam mod mandiri (SA) yang menawarkan keserasian balikan dengan rangkaian LTE. Melalui penghirisan rangkaian dalam mod SA, kedua-dua modul ini berupaya menawarkan pengasingan trafik hujung-ke-hujung untuk trafik kritikal, menjamin kadar data dan lebar jalur selain kependaman lebih rendah berbanding dalam mod bukan mandiri (NSA) yang memenuhi permintaan keandalan ultra dan SLA (perjanjian tahap perkhidmatan) dalam senario industri dan perusahaan biasa.
Kedua-dua model ini dibenamkan dengan antara muka beraneka dan menggabungkan USB 3.0/3.1 berkelajuan tinggi, PCIe 3.0, U(SIM), RGMII dan banyak lagi. Di samping itu, RG500S dan RM500S mengintegrasikan penerima GNSS berbilang gugusan yang melancarkan reka bentuk produk dan menyediakan perkhidmatan penentududukan yang tepat untuk pengguna.
Baca teks penuh: https://www.quectel.com/news-and-pr/quectel-unveils-new-5g-nr-modules-to-accelerate-commercial-use-of-5g-sa-devices/
Latar Belakang Quectel
Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul dan antena selular dan GNSS unggul yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan lebih 3000 ahli profesional, merupakan yang terbesar dalam industri modul IoT di seluruh dunia, memastikan agar kami menjadi yang pertama untuk memasarkan dan terus mengatur langkah pembangunan. Tersenarai di Bursa Saham Shanghai (603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT ke serata dunia.
Untuk maklumat lanjut sila lihat: www.quectel.com, LinkedIn, Facebook dan Twitter