omniture

Keselamatan pembayaran adalah penting tatkala Asia Pasifik mengatur semula perdagangan digital dalam dunia pasca-pandemik

Inovasi untuk memenuhi tingkah laku pengguna yang terus berkembang menjadi agenda utama di sidang kemuncak keselamatan terbesar rantau ini
Visa
2021-05-24 09:10 279

SINGAPURA, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Visa, peneraju dalam pembayaran digital, telah menetapkan fokusnya pada pengukuhan keselamatan pembayaran tatkala tingkah laku pengguna terus berkembang  sepanjang pandemik ini. Berucap kepada lebih daripada 1,500 rakan kongsi dan pelanggan dalam edisi maya pertama Sidang Kemuncak Keselamatan Visa Asia Pasifik pada minggu lalu, Visa menekankan keperluan untuk pengalaman pembayaran yang kukuh dalam persekitaran perdagangan yang sentiasa berubah.

Visa telah mencartakan perubahan tingkah laku pelanggan di sepanjang tiga trend yang meluas di Asia Pasifik – pembayaran tanpa sentuh telah menjadi keutamaan kesihatan dan keselamatan, pengalaman eDagang atas permintaan telah meningkatkan harapan untuk kualiti dan kelajuan perkhidmatan, dan garis antara eDagang dan pembelian fizikal menjadi semakin kabur. Hasilnya, penipuan telah beralih daripada perdagangan tradisional kepada digital dan Visa menggesa industri untuk mengambil langkah proaktif bagi menangani mereka.

Joe Cunningham, Pegawai Risiko Serantau, Asia Pasifik, Visa, berkata, "Pandemik ini telah mempercepatkan perubahan dalam tingkah laku pengguna, perdagangan dan dengan itu pembayaran digital. Kami percaya corak ini akan kekal dan ramai pengguna digital pertama kali akan mengambil keputusan di mana untuk berbelanja berdasarkan sama ada mereka mempercayai penjual atau tidak. Tatkala perdagangan digital menjadi arus perdana, keselamatan pembayaran merupakan pemacu kepercayaan asas, oleh itu industri perlu memenuhi harapan pengguna untuk pengalaman pembayaran yang selamat, mudah dan pantas."

Arah aliran dalam perdagangan yang disebabkan oleh pandemik ini mengarah kepada kaedah baharu dalam cara pengguna berbelanja dan berurusniaga.

  1. Pembayaran tanpa sentuh – Ketika pengguna mengutamakan kesihatan dan keselamatan, sorotan akan bertumpu kepada infrastruktur pembayaran tanpa sentuh dan ketik untuk membayar. Di Asia Pasifik, satu daripada dua urusniaga Visa bersemuka kini adalah tanpa sentuh[1]. Visa menjangka pembayaran tanpa sentuh dapat menggantikan wang tunai dan menjadi kaedah pembayaran pilihan untuk perniagaan dan pengguna.
  2. Pengalaman eDagang atas permintaan – Pembeli mengharapkan produk dan perkhidmatan tersedia bila dan di mana mereka inginkan. Ini akan memerlukan pengalaman pembelian dan pembayaran yang lebih pantas, lancar dan mudah.
  3. Pengaburan garisan antara pembelian eDagang dan fizikal – Data Visa menunjukkan bahawa kecuali pelancongan, tauliah pembayaran eDagang global meningkat melebihi 20% pada suku lalu[2] berbanding tahun lalu, sementara jumlah kadar pembayaran eDagang di India dan Singapura sekurang-kurangnya sebanyak 30% dalam tempoh tiga suku terakhir[3]. Peralihan ini kemungkinan besar akan kekal tatkala pertumbuhan eDagang terus kukuh walaupun pengguna mula kembali ke kedai. 

Dalam menangani risiko penipuan, Visa telah memperkenalkan penyelesaian tanpa mengurangkan keseimbangan antara keselamatan pembayaran dan kemudahan pelanggan. Visa Secure, yang menggunakan standard terkini protokol[4] EMV® 3-D Secure, menambah selapis pertahanan penipuan supaya institusi kewangan dan meyakinkan penjual bahawa urus niaga adalah asli. Ini berpotensi mengurangkan kerugian jualan untuk penjual yang disebabkan oleh pembayaran yang ditolak dan meningkatkan pengalaman keseluruhan membeli belah pengguna.

Perkhidmatan Token Visa (Visa Token Service, VTS) menukarkan data pembayaran sensitif seperti nombor kad dan butiran akaun kepada token rawak, yang dengan itu menurunkan nilai data dan menyebabkannya ia tidak berguna kepada penipu walaupun ia dicuri. Data untuk AS menunjukkan bahawa token dapat mengurangkan penipuan sebanyak 26% secara purata[5] berbanding urusniaga kad dalam talian di mana pelanggan memasukkan butiran kad mereka untuk membuat pembayaran. Dengan VTS, Visa mengambil masa lebih daripada lima tahun untuk mengeluarkan 1.4 bilion token di seluruh dunia tetapi kini telah melepasi angka penanda 2 bilion dalam hanya tempoh 10 bulan[6]. VTS kini merupakan salah satu daripada platform keselamatan pembayaran terbesar di pasaran yang menawarkan perlindungan data sambil mengurangkan langkah pengisian borang yang tidak diperlukan untuk pengguna.

Menekankan keperluan meluas untuk menerapkan penyelesaian keselamatan pembayaran berdasarkan kepada standard industri, Joe Cunningham menambah, "Penipu mengubah kaedah mereka dengan lebih pantas berbanding kesediaan pengguna dan kebanyakan perniagaan untuk menghadapinya. Untuk kekal di hadapan lengkok ini, ekosistem pembayaran harus menyokong infrastruktur sedia ada dengan penyelesaian pengurusan penipuan yang dipertingkatkan dan dipercayai. Dalam dunia digital yang semakin berkembang, keselamatan pembayaran adalah penting untuk kepercayaan pengguna dan mesti menjadi asas kepada perniagaan dan perdagangan, kini dan di masa akan datang"

Sidang Kemuncak Keselamatan Visa Asia Pasifik 2021 ialah salah satu acara keselamatan pembayaran terbesar di rantau ini. Diadakan dari 18 hingga 21 Mei 2021, ia mengumpulkan profesional risiko terkemuka untuk berkongsi pembelajaran dan amalan terbaik mengenai inovasi keselamatan pembayaran.

Sidang Kemuncak ini membahaskan beberapa perubahan utama yang disaksikan sejak tahun lalu, terutamanya terhadap corak tingkah laku pengguna dan kesediaan perniagaan untuk memenuhi perubahan ini. Ia memberi tumpuan terhadap risiko yang timbul disebabkan oleh lanskap perdagangan baharu dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh para penggiat untuk melindungi perniagaan dan pengguna mereka.

[1] Setakat Februari 2021

[2] Sumber: Januari – Mac 2021, seperti yang dilaporkan dalam perolehan suku Q2 2021 Visa

[3] Sumber: Julai 2020 – Mac 2021, seperti yang dilaporkan dalam perolehan suku Q2 2021 Visa

[4] EMV® ialah tanda dagang berdaftar di A.S. dan negara-negara lain dan tanda dagang tidak berdaftar di tempat lain. Tanda dagang EMV dimiliki oleh EMVCo, LLC.

[5] Perkhidmatan Token Visa akan menambah 28 Rakan Kongsi Baharu untuk Mengukuhkan Keselamatan Pembayaran Digital Di Seluruh Dunia 

[6] Mengapa kami meraikan token: https://www.linkedin.com/pulse/why-we-celebrate-tokens-jack-forestell/?trk=public_profile_article_view 

Latar Belakang Visa Inc.

Visa Inc. (NYSE: V) ialah peneraju dalam pembayaran digital di dunia. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, boleh dipercayai dan selamat – mendayakan individu, perniagaan dan ekonomi untuk berkembang. Rangkaian pemprosesan global maju kami, VisaNet, menyediakan pembayaran selamat dan boleh dipercayai di seluruh dunia, dan mampu menangani lebih daripada 65,000 pesanan urusniaga setiap saat. Tumpuan tanpa henti syarikat terhadap inovasi merupakan pemangkin kepada pertumbuhan pesat perdagangan digital pada sebarang peranti untuk semua orang, di mana sahaja. Tatkala dunia beralih dari analog ke digital, Visa menggunakan jenama, produk, orang, rangkaian dan skala kami untuk membentuk semula masa hadapan perdagangan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi About Visa, visa.com/blog dan @VisaNews.

Source: Visa
Related Stocks:
NYSE:V
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security