omniture

First State Worldwide Bakal Tetapkan Peraturan Berkanun Pengurusan Sepsis

World Sepsis Day Head Office
2013-04-23 08:00 138

NEW YORK dan LONDON, 23 April 2013 /PRNewswire/ --

Yayasan Rory Staunton dan Global Sepsis Alliance hari ini telah mengumumkan bahawa mereka bakal bersatu untuk menentang sepsis yang meragut hampir 8-9 juta nyawa setiap tahun. Mereka akan bekerjasama bagi mewujudkan kesedaran dan mandat-mandat Sepsis Global.

Pada 13 Januari, sebagai hasil kejayaan cemerlang usaha Yayasan Rory Staunton, Gabenor New York Cuomo menjadikan New York sebagai negeri AS pertama, dan antara pentadbiran pertama seluruh dunia yang menetapkan peraturan berkanun pengurusan sepsis. 'Peraturan Rory' menetapkan hospital-hospital mengamalkan kaedah-kaedah yang terbukti bagi pengesanan awal dan rawatan sepsis.

Rory yang berusia 12 tahun ketika itu tercalar di siku semasa bermain bola keranjang sekolah pada 29 Mac 2012. Selepas itu beliau jatuh sakit dan selepas dihantar pulang dari sebuah hospital terkemuka New York, beliau meninggal dunia empat hari kemudian akibat sepsis yang tidak dikenalpasti.

Pencapaian Yayasan Rory Staunton di bawah pimpinan Orlaith dan Ciaran Staunton mendapat perhatian Global Sepsis Alliance (GSA), yang diketuai Dr. Konrad Reinhart dan Dr. Ron Daniels, sebagai contoh strategi yang menyerlah untuk melibatkan kerajaan. GSA telah mencapai kejayaan sedunia dalam melibatkan masyarakat profesional, penyedia perkhidmatan kesihatan dan pembuat dasar.

Kedua-dua organisasi ini menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk mengkaji tindakan mereka dalam menangani sepsis. Strategi-strategi kebangsaan di New York, Wales dan Scotland bakal digunakan sebagai contoh untuk mendapatkan respon.

Fakta sepsis

  • Sepsis menjangkiti lebih 26 juta orang seluruh dunia setiap tahun. Satu pertiga daripadanya meninggal dunia
  • Ia pembunuh utama kanak-kanak dan bayi-bayi baru lahir seluruh dunia
  • Sepsis sedang meningkat pada kadar tahunan 8-13%

Sepsis adalah penyakit mengancam nyawa yang berpunca daripada tindak balas tubuh badan terhadap jangkitan. Lebih kerap terjadi berbanding serangan jantung, dan lebih berbahaya daripada angin ahmar, sepsis menyerang tanpa belas kasihan di semua negara, dan adalah punca utama kematian ibu-ibu mengandung. Sepsis tidak mengenal usia, bangsa, jantina atau status ekonomi. Sepsis membunuh lebih ramai orang berbanding AIDS, dan memerlukan tentangan yang setanding hebatnya dari seluruh dunia.

Hubungi:

Global Sepsis Alliance
K. Reinhart & R. Daniels
office@world-sepsis-day.org
http://www.world-sepsis-day.org

http://www.globalsepsisalliance.org

Yayasan Rory Staunton
Orlaith & Ciaran Staunton
stauntonny@gmail.com
http://www.rorystaunton.com

Sumber: Ibu Pejabat Hari Sepsis Sedunia

 

Source: World Sepsis Day Head Office
Keywords: Health Care/Hospital