omniture

Gibraltar BSN Melancarkan Platform e-Dagang Baru, i2u

Pembelian Pelan Insurans Mampu Milik Dalam Talian Memberikan Anda Perlindungan Serta-Merta
Gibraltar BSN
2021-05-24 10:00 96

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Mei, 2021 /PRNewswire/ -- Membeli insurans hayat bukan lagi urusan yang rumit. Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN") hari ini melancarkan platform e-Dagang, i2u, yang membolehkan pelanggan membeli pelan insurans dengan harga yang berpatutan dan menerima perlindungan kurang dari masa yang diperlukan untuk menghabiskan secawan kopi.

Tangkapan skrin halaman i-Care di i2u
Tangkapan skrin halaman i-Care di i2u

Pelancaran i2u datang tepat pada waktu di mana pasaran e-Dagang di Malaysia mengalami pertumbuhan yang pesat, dengan jangkaan pertumbuhan pasaran akan mencapai US$11 bilion pada tahun 2025[1].

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Lee Kok Wah berkata, "Pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai insurans hayat dan merangsang perubahan perilaku pengguna dalam talian di Malaysia. Pelanggan sekarang mahukan produk insurans dengan harga yang berpatutan, mudah di fahami dan juga senang dibeli. Dengan i2u, kami telah memanfaatkan peluang keemasan ini untuk memperdalam penembusan insurans dengan menyediakan produk langsung yang mampu milik dan senang dibeli di platform mesra pengguna dengan perjalanan pelanggan yang mudah yang memberikan perlindungan segera setelah pembayaran dibuat. "

Dengan i2u, pelanggan boleh membeli satu atau ketiga-tiga produk belian terus popular Gibraltar BSN tanpa pemeriksaan kesihatan atau kertas kerja. Semua aplikasi menjalani proses pengunderaitan dalam talian yang pantas dan pelanggan akan menerima e-Polisi dalam e-mel mereka dengan serta-merta.

Pada ketika ini, i2u menawarkan tiga (3) produk belian terus yang mudah dengan harga yang berpatutan; i-Care, pelan insurans hayat bertempoh dari RM9.75 sebulan, i-Med, pelan kad perubatan dari RM41.85 sebulan, dan i-Protect, pelan perlindungan penyakit kritikal dari RM7.60 sebulan. Syarikat insurans nyawa ini juga merancang untuk memperkenalkan produk belian terus yang lain di i2u pada masa terdekat.

Pembezaan utama i2u adalah bahagian pencalonan dalam borang permohonan dalam talian untuk produknya, i-Care. Menghurai perkara ini dengan lebih lanjut, Kok Wah berkata, "Melihat bagaimana Jabatan Akauntan Negara masih memegang wang yang tidak dituntut sebanyak RM8.75 bilion pada bulan Disember 2019[2], kami ingin mengingatkan pelanggan kami untuk menamakan benefisiari polisi mereka supaya orang yang mereka sayangi akan dilindungi sekiranya kejadian malang berlaku."

i2u boleh dilayari di www.gibraltarbsn.com/i2u. Untuk sokongan selepas jualan, pelanggan boleh Live Chat dengan wakil Khidmat Pelanggan Gibraltar BSN di laman web.

[1] 'Malaysia remains attractive for e-commerce', New Straits Times, 22 February 2021

[2] 'Govt can use unclaimed monies', The Star, Saturday, 28 Nov 2020

 

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Insurance New products/services