Ucapan dasar MediaTek menunjukkan bagaimana pengalaman kaya multimedia dan internet mudah alihnya menyediakan penyelesaian tambah nilai sebagai pemangkin dalam pasaran mudah alih.
HSINCHU, Taiwan, 23 April 2013 /PRNewswire/ -- MediaTek, sebuah syarikat peneraju semikonduktor tanpa fab bagi penyelesaian komunikasi wayarles dan multimedia digital, bakal menyampaikan ucapan dasar dan sesi klinik terperinci di Pameran Mudah Alih untuk berkongsi amalan-amalan terbaik dan wawasan bagi pembangun dan pengusaha industri mudah alih dalam ekosistem mudah alih. Pembentangan-pembentangan ini bakal tertumpu kepada perebutan peluang pertumbuhan yang pesat untuk berjaya dalam pasaran-pasaran baharu melalui teknologi dan kerjasama rakan kongsi. Pameran Mudah Alih, yang berlangsung pada 24 dan 25 April di Marina Bay Sands di Singapura, bakal dihadiri oleh lebih 3,500 syarikat-syarikat unggul dan jurucakap daripada industri telekom yang semuanya mencari peluang pertumbuhan seterusnya dalam teknologi mudah alih.
Ucapan dasar itu bakal merencanakan "Bagaimana Merebut Peluang Perniagaan Mudah Alih yang Berkembang Pesat dalam Pasaran Baharu" yang menyerlahkan kepentingan pasaran-pasaran baharu dalam trend telefon pintar sedunia pada masa kini. Andrew Chang, Naib Presiden Korporat MediaTek bakal menunjukkan bagaimana teknologi terkini, seperti penyelesaian teras berempat dalam telefon pintar milik MediaTek, membolehkan ekosistem mudah alih memberikan prestasi dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan peranti mudah alih premium pada nilai yang lebih hebat kepada rakan-rakan kongsi, merendahkan halangan memasuki dan meningkatkan pilihan kepada pengguna. Andrew Chang juga bakal berkongsi perspektif MediaTek mengenai amalan-amalan terbaik bagi mengambil kesempatan ke atas trend mudah alih yang semakin meluas dalam pasaran baharu.
Tambahan lagi, MediaTek bakal memberikan pembentangan klinik yang terperinci bagi mendedahkan bagaimana MediaTek membolehkan ekosistem mudah alih dan bagaimana rakan kongsi MediaTek meramal kejayaan melalui kerjasama rapat bagi mencipta penyelesaian khas untuk pasaran tempatan. Charles Wu, Pengurus Program Mudah Alih di Twitter bakal membincangkan kepentingan pemberian dan penciptaan bahan berkualiti tinggi merentasi seluruh portfolio mudah alih daripada telefon biasa hinggalah ke telefon pintar. Chunyan, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi General Mobile bakal membincangkan hubungkait tempatan dengan strategi turus panjang sebagai kunci kejayaan dalam menaikkan hasil keuntungan VAS Mudah Alih dalam pasaran-pasaran baharu. Arnie Chaudhuri, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Jualan Antarabangsa dari MBounce akan mengetengahkan lagi keperluan kerjasama rapat dengan rakan-rakan kongsi bagi memastikan kandungan kaya multimedia dihantar pada kelajuan dan harga yang menepati keperluan pasaran tempatan.
"Pasaran baharu dijangka memacu lebih daripada 60% pertumbuhan ekonomi sedunia di sepanjang masa sepuluh tahun akan datang dan dengan ini, para pengguna menginginkan pengalaman berkualiti pada pelbagai peranti yang mampu milik", ujar Andrew Chang, "Pendemokrasian teknologi mudah alih sangat penting untuk kita membolehkan pasaran-pasaran baharu menerima teknologi generasi seterusnya melalui platform berbilang dengan tekal. Matlamat MediaTek adalah untuk membolehkan ekosistem – daripada para pembangun, rakan kongsi, pengeluar peranti hingga kepada pengendali – untuk terus mencipta penyelesaian inovatif yang berbeza-beza yang dapat memberikan pengalaman yang lebih pintar untuk para pengguna di mana-mana saja."
Mengenai MediaTek Inc.
MediaTek Inc. adalah sebuah syarikat peneraju semikonduktor tanpa fab bagi penyelesaian komunikasi wayarles dan multimedia digital. Syarikat ini adalah peneraju pasaran dan perintis dalam penyelesaian sistem SOC canggih untuk komunikasi wayarles, TV berdefinisi tinggi, simpanan optik, dan produk-produk DVD serta Blu-Ray. Ditubuhkan pada tahun 1997 dan disenaraikan di Bursa Saham Taiwan di bawah kod "2454", MediaTek beribu pejabat di Taiwan dan mempunyai anak syarikat jualan atau penyelidikan di Tanah Besar China, Singapura, India, A.S., Jepun, Korea Selatan, Denmark, England, Sweden dan Dubai. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MediaTek di www.mediatek.com.
Sumber: MediaTek Inc.