omniture

SAMHK umum penyenaraian FANG+ ETF sulung di Hong Kong

Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited
2021-05-24 20:26 217

HONG KONG, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited ("SAMHK") hari ini mengumumkan penyenaraian Samsung NYSE FANG+ ETF (kaunter HKD: 2814.HK / kaunter USD: 9814.HK) - FANG+ ETF yang pertama seumpamanya di Hong Kong - di Bursa Saham Hong Kong pada 25 Mei 2021. Ketika ini terdiri daripada 10 syarikat gergasi teknologi senaraian AS yang terkemuka, ETF menetapkan harga awal kira-kira sebanyak USD2.5 (atau kira-kira HKD20) bagi setiap unit ETF dengan jumlah pelaburan awal kira-kira sebanyak USD500 (atau kira-kira HKD3,900) untuk saiz lot niaga 200 unit ETF.

ETF menyasarkan untuk mengesan stok teknologi senaraian AS yang berkembang pesat pada kos yang lebih rendah seperti Facebook, Apple, Amazon, Alphabet (Google), Netflix, Alibaba, Baidu, Tesla dan sebagainya. Setakat 30 April 2021, indeks dasar meningkat sebanyak 91.09%* berbanding tahun lalu, mengatasi Hang Seng Index, S&P 500 dan Nasdaq Index dengan ketara.

ETF akan didagangkan pada zon waktu Hong Kong dengan kaunter HKD dan USD, menyediakan alat yang mudah dan berkesan kepada pelabur yang berpangkalan di Asia untuk mempelbagaikan risiko. Syarikat-syarikat konstituen menonjolkan pendedahan hasil dalam pelbagai bidang teknologi yang luas termasuk carian, rangkaian sosial, pemanduan berautonomi, kenderaan elektrik, telefon pintar, pembayaran mudah alih, e-dagang, permainan dalam talian, media penstriman, hiburan dalam talian, mata wang kripto dan rantaian blok, data raya, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, pengiklanan digital, perkhidmatan awan dan teknologi inovatif yang lain.

En. Jaekyu Bae, Ketua Pegawai Maklumat dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Asset Management berkata, "Kami bermatlamat untuk menyediakan pelbagai jenis ETF global dan serantau kepada pelabur Hong Kong. Rangkaian ETF teknologi Samsung NYSE FANG+ ETF kami dan Samsung CSI China Dragon Internet ETF (2812.HK) sedia ada meliputi kebanyakan syarikat gergasi teknologi yang disenaraikan di China dan AS, menyediakan pilihan yang pelbagai kepada pelabur dan membentuk siri produk pelengkap dan lengkap."

* Sumber: Bloomberg, setakat 30 April 2021 

Butiran ETF:

Kod Saham

Kaunter HKD: 2814.HK / kaunter USD: 9814.HK

Jumlah Pelaburan Awal

Kira-kira HK$3,900 / US$500

Lot Perdagangan

200 unit

Bayaran Pengurusan

0.65% p.a.

Indeks Dasar

NYSE® FANG+™ Index

Laman Sesawang Produk

http://www.samsungetfhk.com/product/2814/ 

Latar Belakang Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited 

SAMHK terlibat terutamanya dalam perkhidmatan pengurusan aset dan khidmat nasihat pelaburan sekuriti di Hong Kong. Ia memegang lesen daripada SFC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti terkawal Jenis 4 (memberi nasihat mengenai sekuriti) dan Jenis 9 (pengurusan aset).

 

 

 

Source: Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Offerings Financial Technology