omniture

Insurans Perubatan Zon Konflik Dilancarkan oleh Tangiers Group

-- Tangiers penaja jamin insurans perubatan swasta antarabangsa baharu
Tangiers Group
2013-04-23 23:31 119

SLIEMA, Malta, 23 April 2013 /PRNewswire/ -- Tangiers Group mengumumkan pembentukan sebuah subsidiari penaja jamin pembangunan produk dan insurans dikenali sebagai Tangiers Global. Matlamat syarikat itu adalah untuk menyediakan penyelesaian insurans kreatif bagi para pekerja, pengembara, dan sukarelawan yang menetap atau melawat tempat-tempat berbahaya. Dengan sokongan Lloyd's di London, Tangiers Global telah melancarkan battleface™,sebuah pelan insurans perubatan perjalanan individu, dan International Employee Defence™, (IED), sebuah pelan penjagaan kesihatan kumpulan yang menyeluruh. "Kami telah menguruskan kes-kes perubatan yang rumit untuk beberapa syarikat insurans antarabangsa terbesar sejak tahun 2006," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tangiers Group Christopher Catrambone. "Memang patutlah kami memasukkan pembangunan produk dan penaja jamin insurans sebagai kesinambungan usaha cemerlang yang dilakukan oleh jabatan tuntutan kami. Kami teruja dengan pasukan yang telah kami tubuhkan untuk melaksanakan misi ini."

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130423/DA98622-a)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130423/DA98622LOGO-b)

Tangiers Group mempunyai tiga kecekapan teras. Perkhidmatan: pengurusan tuntutan perubatan, pemindahan dan penjagaan kecemasan, rujukan perubatan, penyiasatan tuntutan dan kaji selidik pasaran buruh semuanya diuruskan oleh Tangiers International. Insurans: pembangunan produk, pentadbiran taja jamin dan dasar semuanya dikendalikan oleh Tangiers Global, dengan Betsy Brougher sebagai Pengarah Urusan jabatan insurans baharu. Perisikan: dengan kerjasama wartawan zon konflik terkemuka di dunia Robert Young Pelton, Organisation for Better Security (OBS) ditugaskan untuk memaklumkan para ahli tentang risiko antarabangsa dan wilayah dengan mengumpulkan, menganalisa dan menyebarkan maklumat perisikan bagi tindakan seterusnya.

"Saya belum mengenali mana-mana syarikat lain dengan kombinasi kemahiran dan reputasi yang dimiliki oleh Tangiers Group," kata Broughers. "Sejak menyertai kumpulan ini pada awal tahun 2013, saya terpegun dengan cara Tangiers International memberikan khidmat penjagaan kesihatan di tempat-tempat yang mencabar. Dengan adanya kakitangan Tangiers menetap dan bekerja bersama para pelanggan mereka dalam persekitaran seperti ini, mereka tidak perlu menunggu apabila mereka memerlukan khidmat perubatan."

Tangiers Group berbesar hati dapat menawarkan insurans kesihatan antarabangsa berkualiti tinggi daripada Lloyd's di London dan khidmat penjagaan kesihatan langsung kepada mereka yang berada dalam persekitaran berisiko tinggi. Hubungi Tangiers Group untuk maklumat terperinci produk dan perkhidmatan, garis panduan taja jamin, dan maklumat komisyen pengedar.

William J. Atkins, Pengarah | Tangiers Global | 7, St. Trophimus Street | Sliema SLM 1119 MALTA

TEL +356-2701-7046 | EMEL insurance@tangiersglobal.com  | LAMAN WEB www.tangiersgroup.com

Source: Tangiers Group
Keywords: Banking/Financial Service Health Insurance Insurance Travel New products/services