omniture

Ion Proton™ oleh Life Technologies Bakal Menguasakan Pusat Inovasi Perubatan Berstrata Scotland

Life Technologies Corporation
2013-04-24 04:00 177

- pendekatan hebat rawatan penyakit Pusat Inovasi untuk peningkatan dramatik hasil pesakit dan dalam masa yang sama mengurangkan kos keseluruhan penjagaan kesihatan.

GLASGOW, Scotland, 24 April 2013 /PRNewswire/ -- Life Technologies Corporation (NASDAQ: LIFE) hari ini mengumumkan bahawa ia menjadi rakan kongsi komersil utama bersama Aridhia, sebuah syarikat informatik bioperubatan, dalam Pusat Inovasi Perubatan Berstrata Scotland (SMS-IC). Platform penjujukan Ion Proton™ akan menjadi alat primer bagi memacu penemuan dan analisis genetik kerana SMS-IC beraspirasi untuk menjadi pusat penyelidikan, inovasi dan pengkomirsilan bertaraf dunia dalam perubatan berstrata. SMS-IC adalah sebuah kolaborasi unik yang menggabungkan kecemerlangan dalam komuniti akademik, industri dan NHS bagi mencipta sebuah infrastruktur yang bakal bertindak sebagai batu loncatan yang membolehkan Scotland berada di barisan hadapan bidang ini.

Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond berkata: "Scotland merupakan pemimpin dunia dalam inovasi dan pendanaan baharu untuk Pusat Inovasi Perubatan Berstrata Scotland ini mengukuhkan komitmen Kerajaan Scotland dalam Sains Hayat lalu mengukuhkan kedudukan Scotland sebagai pemimpin dunia dalam teknologi kesihatan berinovasi. Penyelidikan perintis yang dilaksanakan oleh pusat-pusat berinovasi ini bukan saja akan memperbaiki tahap penjagaan kesihatan pesakit tetapi juga berpotensi menyelamatkan nyawa dengan proses diagnosis lanjutan yang unik."

"Pusat Inovasi Perubatan Berstrata Scotland adalah projek luar biasa yang mewakili peluang sebenar untuk mengubah cara penjagaan kesihatan diamalkan," ujar Peter Silvester, Presiden Life Technologies Eropah, Timur Tengah dan Afrika. "Life Technologies akan menyediakan kemudahan dan platform analisis genetik dengan teknologi penjujukan DNA berasaskan semikonduktor Ion Proton™, pada kelajuan, ketepatan dan kos yang sepatutnya tidak mungkin dicapai beberapa bulan lepas. Wawasan projek ini adalah untuk menggabungkan data genom terperinci seseorang individu dengan maklumat tradisional pesakit bagi membolehkan keputusan klinikal dibuat dengan lebih pantas, lebih tepat dan lebih berkesan. Ini adalah titik lengkok balas dalam sejarah penyelidikan perubatan, dan banyak lagi penyelidikan yang bakal menyusul."

Perubatan berstrata diiktiraf sebagai pendekatan strategi penting ke arah diagnosis dan rawatan penyakit masa hadapan dan bergantung rapat pada maklumat; penyepaduan set data sedia ada bagi membentuk rekod kesihatan peribadi yang menyeluruh dan penjanaan data baharu yang menggambarkan ciri-ciri pesakit – genotip dan fenotip – bagi membenarkan 'penstrataan'.

Pelaburan masa lalu Scotland dalam rekod kesihatan elektronik (EHR) dan penyelidikan perubatan translasi, bersama industri teknologi penjagaan kesihatan yang bertenaga, meletakkan kedudukan Scoatland sebagai lokasi yang memacu agenda perubatan berstrata di dunia. Matlamat  SMS-IC adalah untuk membuktikan prinsip percubaan klinikal berstrata dan pada tahun 2013, ia akan memulakan siri projek contoh yang menghubungkan fenotip, genotip dan jenis data pesakit lain yang membolehkan penyasaran tepat populasi untuk percubaan klinikal. Walaupun platform Ion Proton™ kini hanya untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja, matlamat utamanya adalah untuk membawa model percubaan klinikal berstrata daripada konsep menjadi amalan klinikal.  SMS-IC bakal mengadakan pertandingan untuk mengenalpasti projek-projek yang sesuai dan mereka menjemput pihak-pihak yang berminat untuk menghantar penyertaan.

Sekeping cip semikonduktor adalah di tunjang teknologi Ion Proton.  Ia tidak bergantung pada teknologi dan kamera berasaskan cahaya untuk menangkap imej jujukan DNA, tetapi Sistem Ion Proton™ menterjemahkan maklumat kimia kepada data digital. Cip ini membolehkan penjujukan dilakukan pada format selari secara besar-besaran, lalu mempercepatkan proses penjujukan.

Ion Proton™ adalah untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja, bukan untuk digunakan bagi tujuan diagnostik.

Mengenai Life Technologies
Life Technologies Corporation (NASDAQ: LIFE) adalah sebuah syarikat bioteknologi global yang komited dalam menyediakan produk-produk dan perkhidmatan paling berinovasi bagi para pelanggan unggul dalam bidang penyelidikan saintifik, analisis genetik dan sains gunaan. Dikenali di lebih dari 180 buah negara , portfolio syarikat itu yang mengandungi 50,000 penyelesaian hujung ke hujung dikawal dengan lebih daripada 5,000 paten dan lesen yang merangkumi seluruh spektrum biologi – penerokaan saintifik, diagnostik molekul, forensik abad ke-21, perubatan jana semula dan penyelidikan pertanian. Life Technologies mempunyai kira-kira 10,000 kakitangan dan menghasilkan jualan sebanyak $3.8 bilion pada tahun 2012.

Kenyataan Safe Harbor Life Technologies
Sidang akhbar ini mengandungi kenyataan ramalan mengenai keputusan-keputusan jangkaan yang melibatkan risiko dan ketidakpastian. Sebahagian maklumat yang terkandung di dalam sidang akhbar ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai trend industri dan pelan, objektif, jangkaan dan strategi Life Technologies untuk perniagaannya, mengandungi kenyataan-kenyataan ramalan yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan atau kejadian sebenar mempunyai keputusan yang berbeza secara material daripada apa yang dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan ramalan itu. Mana-mana kenyataan yang bukan merupakan kenyataan fakta sejarah adalah kenyataan ramalan. Apabila digunakan, perkataan "percaya", "rancang", "berniat", "menjangka", "menyasarkan", "menganggarkan", "mengharapkan" dan perkataan-perkataan seumpamanya, dan/atau kala kelak atau kata pembina bersyarat ("akan", "mungkin", "boleh", "patut" dan sebagainya) atau perkataan-perkataan seumpamanya, boleh digunakan untuk mengenalpasti kenyataan ramalan. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada keputusan yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan ini diperincikan dalam pemfailan yang dibuat oleh Life Technologies dengan Suruhahjaya Bursa dan Sekuriti. Life Technologies tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini atau mengkaji semula mana-mana kenyataan ramalan bagi mencerminkan kejadian atau akibat yang berlaku selepas itu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110216/MM49339LOGO)

Hubungan Media:
David Robertson
Komunikasi Korporat Eropah, Timur Tengah dan Afrika
Life Technologies
Emel: david.robertson@lifetech.com
Tel: +44-141-814-5889

Source: Life Technologies Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:LIFE
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Joint ventures New products/services