omniture

Pengendali Timur Tengah Terkemuka Memilih Elitecore BSS untuk Pelancaran LTE

Elitecore Technologies
2013-04-24 14:11 119

MUMBAI, India dan DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 24 April 2013 /PRNewswire/ -- Elitecore Technologies, pembekal global untuk penyelesaian OSS/BSS membolehkan pengendali Timur Tengah terkemuka untuk melaksanakan pelancaran LTE mereka seiring dengan perkhidmatan WiMax yang masih berjalan. Tindanan tertumpu tunggal BSS Elitecore yang patuh industri ini akan memenuhi keperluan kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pascabayar WiMax dan LTE, mencapai pengoptimuman prestasi dan dan kecekapan pengendalian pada perbelanjaan modal (CapEx) yang minimum, serta dapat memberikan tawaran baharu dengan cepat, malah turut meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Menurut Dhaval Vora, Naib Presiden, Pengurusan Produk, Elitecore Technologies, "Projek transformasi BSS ini menunjukkan kekuatan platform Elitecore dalam mengendalikan WiMax dan LTE serentak dalam ekosistem yang sama, serta bertindak sebagai model cara pengendali WiMax boleh mencapai peralihan sepenuhnya ke arah LTE dan IMS pada masa hadapan. Transformasi tersebut bergantung kepada penjajaran yang lebih pantas dengan ekosistem sedia ada yang mana platform Elitecore yang boleh dinaik taraf dan fleksibel ini mempunyai kelebihan ketara kerana ia membolehkan penciptaan perkhidmatan baharu tanpa mengganggu pelan semasa, dan masa pelaksanaan yang singkat."

Untuk mencapai naik taraf LTE, Elitecore menambah komponen baharu terhadap tindanan BSS sedia ada seperti data dan perkhidmatan VOIP melalui Pembekalan dan OCS yang menyokong IMS melalui Ro/DIAMETER untuk membolehkan pemperibadian perkhidmatan dan penjanaan wang. Platform ini akan memberikan risikan pintar untuk menghasilkan tawaran baru yang akan membolehkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi bertindak sebagai pembekal berpengalaman. Pelanggan WiMax sedia ada dengan mudahnya dapat menambah LTE menggunakan akaun yang sama.

Platform Elitecore memanfaatkan CSP untuk memenuhi matlamat perniagaan strategik mereka dan mencapai kecemerlangan operasi dengan platform prabersepadu untuk Pengebilan dan pengurusan hasi; beserta dengan pengurusan sesi Teras yang menawarkan rangka kerja fleksibel kepada CSP. Ia digunakan untuk menangani pelbagai jenis rangkaian akses seperti NGN, IMS, 2G, Wi-Fi, LTE, 3G dan WiMAX dengan sokongan untuk RADIUS, DIAMETER, SOAP, GSM-MAP dan Hak Pemilikan.

Mengenai Elitecore

Elitecore Technologies adalah sebuah Syarikat Produk Teknologi Maklumat yang menerima pelaburan Kumpulan Carlyle global dengan lebih 13+ tahun pengalaman dalam pasaran BSS dan WiFi Offload yang telah berkembang dengan pesatnya. Elitecore yang merupakan pemenang Kepimpinan Nilai Harga-Prestasi Frost & Sullivan bagi anugerah OSS-BSS ini, mempunyai lebih 90+ pelaksanaan yang menyokong 65 juta pelanggan di seluruh 25+ buah negara. Mematuhi standard seperti TM Forum dan 3GPP, Platform BSS Elitecore membantu pengendali melancarkan dan menjana wang daripada perkhidmatan bertumpu dengan rancaknya menggunakan tindanan Prabersepadu perkhidmatan berasaskan IP beserta dengan kos pemunyaan keseluruhan (TCO) yang berkurangan dengan penyelesaian vendor tunggal. Seni binanya membolehkan penyepaduan dan pelaksanaan dilakukan dengan mudah menggunakan rangka kerja tunggal untuk Diameter & Radius.

Hubungan Media:
LK Pathak
Pemangku Naib Presiden Komunikasi Korporat
E: l.k.pathak@elitecore.com

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services