omniture

Krisis "Kelesuan" di Tempat Kerja Mengancam Suasana Kerja Pasca Pandemik

Catalyst
2021-05-26 22:02

Akses kerja jarak jauh meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti pekerja. 

NEW YORK, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Dengan menggelarkannya sebagai "krisis di tempat kerja," Catalyst mendapati dalam sebuah tinjauan global bahawa 92% pekerja mengatakan bahawa mereka mengalami kelesuan akibat tekanan yang dikaitkan dengan tempat kerja mereka, pengalaman bekerja ketika pandemik Covid-19 dan/atau kehidupan peribadi mereka. Suatu penyelesaian untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja—serta produktiviti, inovasi, pengekalan dan rangkuman—ialah akses kepada pekerjaan jarak jauh, menurut pandangan para penyelidik. Bagi wanita yang telah terkesan dengan ketidakseimbangan akibat kehilangan pekerjaan semasa pandemik, dapatan ini adalah sangat penting.

Kajian tersebut iaitu Remote-Work Options Can Boost Productivity and Curb Burnout(Pilihan Bekerja Jarak Jauh Dapat Meningkatkan Produktiviti dan Mengekang Kelesuan) meninjau hampir 7,500 orang pekerja di seluruh dunia dan mentakrifkan kelesuan sebagai "keletihan fizikal dan psikologi yang berpunca daripada tekanan berpanjangan dengan kesan negatif termasuk kerenggangan mental daripada pekerjaan seseorang dan perasaan ketidakberkesanan profesional." Ia merupakan dapatan pertama daripada siri penyelidikan Kesaksamaan dalam Masa Depan Pekerjaan oleh Catalyst.

Dalam analisis tersebut, pengarang Tara Van Bommel, PhD mengenal pasti tiga jenis kelesuan: kelesuan kerja, kelesuan kerja ketika Covid-19 dan kelesuan peribadi. Akses kerja jarak jauh menghilangkan ketiga-tiga jenis kelesuan tanpa mengira perbezaan kumpulan seperti status jantina atau penjagaan anak. Data ini menggambarkan bahawa apa sahaja yang baik bagi golongan wanita di tempat kerja adalah baik untuk semua orang.

Data tersebut juga menunjukkan bahawa apabila syarikat menawarkan pilihan pekerjaan jarak jauh—termasuk lokasi kerja yang fleksibel, pasukan yang teragih dan/atau bekerja secara maya/telepekerjaan/dari rumah—pekerja melaporkan penurunan kadar kelesuan di tempat kerja sebanyak 26% berbanding mereka yang tidak mempunyai akses kerja jarak jauh. Kelesuan di tempat kerja menurun pada kadar 43% apabila pekerja mempunyai akses kerja jarak jauh dan pengurus mereka menunjukkan empati, berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pengurus yang berempati atau akses kerja jarak jauh.

Kajian ini juga mendapati bahawa 30% daripada pekerja yang mempunyai akses kerja jarak jauh kurang cenderung untuk mencari pekerjaan lain pada tahun akan datang berbanding mereka yang tidak mempunyai akses kerja jarak jauh. Wanita yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak adalah 32% kurang kecenderungan untuk meninggalkan pekerjaan mereka apabila diberi akses kerja jarak jauh berbanding wanita yang bertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak dan tidak mempunyai akses kerja jarak jauh.

Adalah tidak memeranjatkan apabila laporan tersebut turut menunjukkan bahawa jangkaan semasa "sentiasa bersedia" di tempat kerja tidak dapat dikekalkan dan mengesyorkan penyelesaian berikut bagi membantu organisasi membanteras kelesuan: 

  • Mewujudkan polisi kerja jarak jauh yang memperincikan harapan terhadap pekerja, pengurus dan pasukan.
  • Meningkatkan kemahiran pengurus dalam mengurus pasukan jarak jauh secara inklusif.
  • Melabur dalam program dan gaji untuk pekerja yang memerlukan pilihan penjagaan kanak-kanak tambahan.
  • Membiasakan pendengaran berempati melalui daftar masuk yang biasa serta peluang lain untuk berkongsi pengalaman hidup dan kerja.

"Kelesuan menjurus kepada pusing ganti pekerja tetapi ia boleh dikurangkan dengan mewujudkan polisi kerja jarak jauh yang mempunyai tujuan berserta kepemimpinan yang empatik dan inklusif," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Catalyst, Lorraine Hariton. "Pilihan pekerjaan yang dilaksanakan secara jarak jauh, fleksibel dan berkesan untuk para pekerja akan akhirnya membantu organisasi mewujudkan akses kepada lebih banyak bakat dan mengurangkan pusing ganti pekerja serta meningkatkan inovasi dan produktiviti."

Ketahui lebih lanjut dan muat turun kajian tersebut di sini.

Tentang Catalyst
Catalyst ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global yang bekerjasama dengan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif paling berkuasa serta syarikat-syarikat terkemuka di dunia untuk membantu mewujudkan sebuah tempat kerja yang sesuai untuk wanita. Ditubuhkan pada 1962, Catalyst mendorong perubahan dengan penyelidikan rintis, kaedah yang praktikal dan penyelesaian yang terbukti untuk mempercepat dan memajukan wanita ke arah kepimpinan—kerana kemajuan wanita ialah kemajuan untuk semua orang.

Sila hubungi:
Naomi R. Patton
Naib Presiden, Media & Perhubungan Awam
Catalyst
npatton@catalyst.org

Stephanie Wolf
Perunding Komunikasi AS
Catalyst
stephanie@stephaniewolfpr.com

Francine Beck
Perunding Komunikasi Kanada
Catalyst
francine@fbstrategiesgroup.com

Frances Knox
Perunding Komunikasi EMEA
Catalyst
frances@frankly-pr.co.uk

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/732308/Catalyst_Tagline_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Catalyst
Related Links:
Keywords: Workforce Management/Human Resources Not for profit Survey, Polls & Research Women-related news Public Interest