omniture

SANY dinamakan oleh Forbes sebagai syarikat peralatan berat terbesar China pada tahun 2021 dan kedua di Dunia

SANY Group
2021-05-27 02:24 227

CHANGSHA, China, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Senarai Forbes Global 2000 Tahunan ke-19 menarafkan syarikat-syarikat awam terbesar di dunia mengikut metrik yang merangkumi nilai pasaran, jualan, keuntungan dan aset. SANY, di tangga ke-468, menduduki tempat pertama dalam kalangan pengeluar peralatan berat di China dan kedua di dunia, hanya selepas Caterpillar.

Tahun ini, SANY melonjak 235 tempat untuk memasuki TOP500 Club Forbes buat pertama kali dengan jumlah jualan tahunan sebanyak USD 14.4 bilion, pendapatan USD 2.2 bilion, nilai aset USD 19.3 bilion, nilai pasaran USD 41.2 bilion.

Walaupun mengalami penurunan sebanyak 27% dalam pasaran global untuk jentera pembinaan apabila pandemik COVID-19 bermula dalam suku pertama 2020 – kesan terbesar yang melanda dunia dalam abad ke-21 setakat ini – syarikat ini mengekalkan pertumbuhan yang mantap, dengan susun atur perniagaan global yang berwawasan dan strategi operasi dan pengurusan perniagaan yang menyeluruh.

SANY mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik dalam suku pertama 2021, di mana pendapatan suku tahun SANY mencapai SUD 5.17 bilion, peningkatan sebanyak 90% tahun ke tahun. Barisan produk syarikat ini terus berprestasi dengan baik di peringkat dunia, mengukuhkan kedudukan utama SANY dalam industri. 

 

Source: SANY Group
Keywords: Auto Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Awards