omniture

Wipro Perkenal Penyelesaian "Nilai Pinjam"Pengasalan Pinjaman Perusahaan

Wipro Technologies
2013-04-25 14:53 148

JAKARTA, Indonesia dan BANGALORE, India, 25 April 2013 /PRNewswire/ --

Sebuah Suit Teknologi yang Lengkap dan Menyeluruh Membolehkan Para Peminjam Menyediakan Pelbagai Produk Pinjaman bagi Memenuhi Keperluan Pelanggan yang Pelbagai.

Wipro Ltd. (NYSE:WIT), sebuah syarikat peneraju dunia bagi Teknologi Maklumat, Perundingan dan Penyumberan Luar hari ini telah memperkenalkan suit "Nilai Pinjam"bagi penyelesaian pengasalan pinjaman perusahaan kepada pasaran peminjaman Asia-Pasifik. Suit penyelesaian Nilai Pinjam Wipro termasuklah sistem Pengasalan Pinjaman NetOxygen, aplikasi Pengasalan Perusahaan Mudah Alih (eMO) dan gerbang pengguna LendCentric, yang direka untuk pengoptimuman lengkap ke seluruh rangkaian nilai pinjaman; daripada pemprosesan pengurusan hingga ke pengalaman pelanggan di bahagian pentadbiran.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121129/579804 )

Sistem Pengasalan Pinjaman NetOxygen yang merupakan sistem utama Wipro adalah tunjang suit produk itu. Sistem peminjaman yang fleksibel dan berasaskan peraturan itu kini digunakan oleh bank-bank dan institusi kewangan sedunia. Antara ciri-cirinya adalah aliran kerja dinamik, pengurusan pimpinan terbina dalam, pengurusan dokumen dan imej enjin harga, dan kerangka bersepadu pihak ketiga yang lancar.

"Dalam keadaan ekonomi masa kini, banyak institusi kewangan Asia berdepan dengan permintaan pelanggan yang meningkat terhadap pengalaman peminjaman yang berbeza-beza mengikut keperluan. Tekanan persaingan untuk mendapatkan bahagian dalam saku pegguna juga semakin meningkat," kata A Srinivasan, Timbalan Presiden dan Ketua, Produk Perbankan dan Pasaran Baharu di Wipro. "Suit Nilai Pinjam memberi institusi kewangan keupayaan untuk menukarkan perniagaan peminjaman mereka dengan mempertingkatkan pengalaman peminjam di bahagian pentadbiran dengan menggunakan saluran mudah alih dan dalam talian, dan memberi kuasa pada kecekapan pengendalian di bahagian pengurusan dengan sistem pengasalan peminjaman yang kukuh."

Bercakap mengenai pelancaran ini, Carol J Wheatcroft, Pengarah Bersekutu, Asian Banker Research, berkata, "Pelancaran produk dengan sasaran yang tepat ini dilaksanakan tepat pada masanya. Bank-bank Asia mendapati bahawa mereka perlu lebih daripada sekadar fungsi pengasalan peminjaman standard bagi merangkum dan memberi khidmat berkesan kepada tapak-tapak pelanggan mereka yang semakin berkembang. Penyelesaian perusahaan ini memenuhi keperluan daripada kedua-dua perspektif bank dan pelanggan."

NetOxygen menyokong berbilang produk dan saluran serta membenarkan penyelarasan serta-merta data peminjaman merentasi pelbagai sistem dan peranti. Produk ini mempunyai kesepaduan fungsi dengan gerbang peminjaman berpusatkan pengguna syarikat itu dan peranti tablet mudah alih bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna hujung dan produktiviti. Tambahan pula, saling hubungan antara sistem syarikat dan peranti akan memberikan pengalaman pelanggan yang hebat.

Mengenai Wipro Ltd.

Wipro Ltd. (NYSE:WIT) adalah sebuah syarikat Teknologi Maklumat, Perundingan dan Penyumberan Luar yang menyediakan  penyelesaian bagi membolehkan para pelanggannya menjalankan perniagaan dengan lebih baik. Wipro memberikan perniagaan hasil yang cemerlang melalui pengalaman industri yang mendalam dan sudut pandangan 360 darjah dalam "Perniagaan Melalui Teknologi"- membantu klien mencipta perniagaan yang berjaya dan mudah suai. Sebagai sebuah syarikat yang dikenali seluruh dunia dengan portfolio perkhidmatannya yang lengkap, dengan pendekatan pengamal berinovasi dan  komitmen terhadap kemampanan di seluruh organisasi, Wipro mempunyai lebih 140,000 kakitangan dan klien di 54 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.wipro.com.

Kenyataan Ramalan dan Peringatan

Beberapa kenyataan dalam siaran ini mengenai prospek pertumbuhan masa depan kami adalah kenyataan ramalan yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang mungkin boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada apa yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan ini. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian mengenai turun naik pendapatan, hasil dan keuntungan kami, kemampuan kami untuk menjana dan mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT, kemampuan kami untuk mengekalkan kelebihan kos, kenaikan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak kerangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kemampuan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi, kebolehan kami untuk berjaya mendapatkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi, liabiliti kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat pelaburan strategik kami, penarikan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik, peperangan, kekangan undang-undang dalam mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India, penggunaan tanpa izin harta intelek kami, dan keadaan ekonomi biasa yang mungkin memberi kesan kepada perniagaan dan industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap keputusan operasi kami di masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan membuat kenyataan ramalan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami kepada pemegang saham. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini mana-mana kenyataan ramalan yang mungkin akan dibuat oleh kami atau bagi pihak kami dari semasa ke semasa.

Hubungan Media:

India
Dirk Lewis
Wipro Technologies
+91-7760983976
dirk.lewis@wipro.com    

AS
Eric Belove
Wipro Technologies
+1-732-216-6242
eric.belove@wipro.com

UK
Rahul Kadavakolu
Wipro Technologies
+44-7920205496
rahul.kadavakolu@wipro.com

Sumber: Wipro Technologies

Source: Wipro Technologies
Related Stocks:
NYSE:WIT
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services