omniture

Risen Energy diiktiraf sebagai pengeluar modul "Pelaksana Terbaik" oleh PVEL

Risen Energy Co., Ltd
2021-05-27 07:00 237

NINGBO, China, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd, pengeluar Tahap 1 yang terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi, telahpun diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" atas keandalan dan prestasi produk yang cemerlang dalam kalangan pengeluar-pengeluar modul PV global oleh PV Evolution Labs (PVEL), makmal ujian bebas yang terkemuka untuk industri solar hiliran global.

Syarikat ini merupakan salah satu daripada hanya dua pengeluar modul PV dengan jangkauan seluruh dunia yang memperoleh pengiktirafan buat kali keenam berturut-turut sejak designasi Pelaksana Terbaik diwujudkan.

Pengiktirafan tersebut adalah berdasarkan keputusan daripada Program Kelayakan Produk (PQP) yang dikemukakan dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2021 yang dikeluarkan oleh PVEL, susulan pemeriksaan di kilang yang dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan sehinggalah ke tahun 2020. Melalui tumpuan untuk menilai prestasi modul PV dari segi kitaran terma, haba lembap, beban mekanikal dinamik, degradasi berpotensi-teraruh, fail PAN dan sebagainya, PQP diwujudkan untuk memberi pengiktirafan secara bebas kepada pengeluar-pengeluar yang dapat mengatasi pesaing mereka dari segi kualiti dan ketahanan produk serta menyediakan data keandalan dan prestasi yang bebas dan konsisten kepada pembeli peralatan PV serta pelabur loji janakuasa yang menyokong pengurusan pembekal yang berkesan.

Tristan Erion-Lorico, Ketua Bahagian Perniagaan Modul PV di PVEL, berkata: "Perwakilan dalam Kad Skor Keandalan Modul PV PVEL menunjukkan bahawa pengeluar telah mencapai tahap keandalan modul yang penting. Bagi memastikan tahap kualiti dan keandalan yang tinggi, pihak pembekal harus mengekalkan standard kawalan kualiti yang ketat ketika mereka memperkenalkan produk baharu. Kami berasa sukacita dapat mengiktiraf Risen Energy sebagai Pelaksana Terbaik dan kami berharap dapat menguji produk Risen Energy yang baharu tatkala syarikat tersebut terus berinovasi."

"Matlamat kami adalah untuk sentiasa menyokong keinginan pelanggan bagi menjana lebih banyak kuasa, untuk tempoh yang lebih lama," menurut Bypina Veerraju Chaudary, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran (CSMO) Risen dengan penuh bersemangat, "Kami berasa bersemangat apabila melihat Risen diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" oleh pihak ketiga berwibawa yang terkenal seperti PVEL, yang menekankan tumpuan kami dengan keputusan yang ketara, menunjukkan secara dasar bahawa tidak semua modul dicipta serupa. Dengan lebih daripada 2 dekad pengetahuan teknikal, Risen telah mewujudkan platform kukuh yang melaluinya Risen melancarkan modul berprestasi ultra tinggi yang andal seperti siri TITAN kami yang bukan sahaja memberi kepentingan kewangan yang boleh dipercayai, tetapi juga memudahkan pencepatan penggunaan PV di seluruh dunia. Dengan peningkatan selanjutnya terhadap kos keseimbangan-sistem, pencapaian kos kuasa elektrik terlaras yang dipermudah dan peningkatan penggunaan dalam tempoh jangka panjang yang disahkan, kini pelanggan dapat mewajarkan pelaburan mereka dengan lebih mudah dan berkembang sewajarnya."

Latar Belakang Risen

Risen Energy ialah pengeluar yang terkemuka, bertaraf global, Tahap 1, bertaraf kredit "AAA" bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan penuh untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini yang ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya. Inovasi tekno-komersial, yang disokong oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, merangkumi penyelesaian perniagaan PV Solar lengkap Risen yang merupakan antara yang paling berkuasa dan berkesan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan dan status kebolehbiayaan kewangan yang mantap, kami komited dan mampu membangunkan kolaborasi strategik yang saling menguntungkan bersama rakan kongsi kami, kerana kami bersama-sama memanfaatkan peningkatan nilai tenaga mesra alam.

Latar Belakang PV Evolution Labs (PVEL)

PVEL ialah makmal bebas yang terkemuka untuk industri penyimpanan solar dan tenaga hiliran serta merupakan anggota Kiwa Group. Sebagai pelopor ujian kebolehbiayaan, PVEL telah mengumpul lebih daripada sedekad data keandalan dan prestasi yang diukur untuk PV dan peralatan penyimpanan. Hari ini, PVEL menyediakan pembangun, pelabur dan pemilik aset dengan rangkaian perkhidmatan teknikal untuk mengurangkan risiko, mengoptimumkan pembiayaan dan meningkatkan prestasi sistem sepanjang kitaran hayat projek. Program Kelayakan Program utama PVEL untuk modul PV, penyongsang dan sistem penyimpanan tenaga menghubungkan pengeluar dengan jaringan global melibatkan lebih 400 rakan hiliran yang mewakili lebih 30 gigawatt kuasa beli tahunan. Ketahui bagaimana PVEL menjadikan data penting di pvel.com

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards