omniture

Program Vivid Sydney 2021 Diumum

MENAMPILKAN ARTIS-ARTIS CAHAYA DARI 19 NEGARA;
PENGUBAH INDUSTRI BRITISH JAMEELA JAMIL BARISAN UTAMA DI VIVID IDEAS;
LIGHT-WALK TERAPUNG DI COCKLE BAY MERUPAKAN YANG PERTAMA DALAM FESTIVAL;
KARYA SENI ORANG ASLI PENTING YARRKALPA - HUNTING GROUND 2021 DIANIMASIKAN UNTUK PANGGUNG OPERA SYDNEY LIGHTING OF THE SAILS; PLUSMIA RODRIGUEZ, KING GIZZARD & THE LIZARD WIZARD DAN NGAIIRE TO ROCK
VIVID MUSIC
Destination New South Wales
2021-05-27 07:20 192

SYDNEY, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney 2021 akan mentransformasikan Sydney menjadi taman permainan luar biasa dengan unsur yang tidak dijangkakan mulai hari Jumaat 6 Ogos hingga Sabtu 28 Ogos, dengan lebih daripada 200 acara, termasuk 19 pemasangan oleh artis antarabangsa dan ceramah maya daripada pelakon British, bintang The Good Place dan penyokong kepositifan tubuh Jameela Jamil.

 

Kandungan video dan imej pengumuman program 2021 disediakan di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW Steve Cox berkata: "Vivid Sydney ialah festival tahunan yang mentransformasikan CBD Sydney pada musim sejuk menjadi taman permainan dengan unsur yang tidak dijangkakan, meraikan kepelbagaian, kebingkasan, budaya Orang Asli dan komuniti kreatif yang meriah di Sydney.

"Walaupun kebanyakan rakan luar negara kami, selain daripada jiran kami di New Zealand tidak dapat menghadiri festival pada tahun ini, festival 2021 masih merupakan festival seni antarabangsa utama yang menampilkan karya dari China, Itali, Peru, Sepanyol, Perancis, Belgium, Portugal, Belanda dan UK, berserta bakat negara sendiri yang hebat yang ditemui di NSW dan Australia ini.

"Kami tahu bahawa imejan dan video meriah yang akan memancarkan pengalaman Vivid Sydney ke seluruh dunia akan memberi harapan dan inspirasi kepada semua dan dalam masa yang sama menggalakkan pengunjung antarabangsa untuk mula merancang perjalanan mereka ke Sydney apabila sempadan antarabangsa dibuka semula," kata Cox.

Vivid Sydney dimiliki, diurus dan dihasilkan oleh Kerajaan NSW melalui Destination NSW dan pada tahun 2019 menarik 2.4 juta hadirin yang memberikan perbelanjaan pelawat sebanyak $172 juta kepada ekonomi NSW.

Pada tahun 2021, idea menjadi besar, terang, berani dan bersedia untuk menunjukkan keajaibannya ke seluruh bandar ini selama 23 hari dan malam. Lima lokasi akan bersinar terang pada tahun 2021, dengan Circular Quay, The Rocks, Barangaroo, Darling Harbour dan Luna Park Sydney kesemuanya akan mempersembahkan jalinan karya seni cahaya silih berganti yang mengagumkan untuk memukau pengunjung mahupun penduduk tempatan.

Pengarah Festival Gill Minervini berkata: "Vivid Sydney adalah segala-galanya mengenai penerobosan sempadan dan pemindahan pengunjung festival ke taman permainan dengan unsur yang tidak dijangkakan. Program tahun ini menyampaikan kandungan yang segar dan menarik, membawa perasaan gembira, kekaguman, penemuan, harapan dan keseronokan kepada semua yang merasainya," jelas beliau.

"Tahun ini, program ini menyenaraikan barisan persembahan yang luar biasa beraneka dan pelbagai sepanjang landskap budaya kami yang sentiasa berkembang termasuk kekayaan warisan Orang Asli Australia dan kumpulan hebat yang terdiri daripada wanita diperkasa dan kuat yang terus memastikan Vivid Sydney kekal relevan di seluruh dunia."

VIVID LIGHT 

Pengunjung akan dihubungkan dengan kisah kebingkasan yang hebat melalui 50 pemasangan cahaya yang imersif dan kinetik serta karya seni pancaran yang kesemuanya direka untuk meneroka dan memaparkan kuasa kekuatan yang tenang.

Kurator Vivid Light Lucy Keeler berkata: "Sentiasa ada ertinya terhadap suatu karya dan itulah salah satu perkara yang paling hebat mengenai Vivid Sydney. Dengan kepelbagaian besar artis yang ditonjolkan, anda mendapat gabungan yang sebenar antara pandangan dan kepercayaan peribadi.

"Koleksi seni cahaya Vivid Sydney mendemonstrasikan artis-artis yang meninjau mengenai pandangan hidup. Tahun ini, respons terhadap tema pengasingan, eskapisme dan keperluan terhadap hubungan insan yang lebih luas tersebar luas."

Menonjolkan pelbagai tafsiran seni terhadap tema kebingkasan, Light Walk yang mengagumkan akan mengacarakan karya 59 pengkolaborasi cahaya dan 129 artis cahaya dari 19 negara, dengan pemasangan jalanan membentuk semula pemandangan lama dan memberikan kilauan baharu kepada bangunan yang belum pernah diterangi sebelum ini di latar langit bandar ini.

Meraikan budaya Orang Asli kami yang beraneka, Layar Panggung Opera Sydney akan ditransformasikan menjadi persembahan digital baharu yang mengagumkan bagi lukisan Martu yang ikonik. Pancaran baharu, Yarrkalpa - Hunting Ground, 2021 oleh Martu Artists dan Curiious dengan runut bunyi oleh Electric Fields dan Martu Artists (diinspirasikan oleh Yarrkalpa – Always Walking Country 2014), diilhamkan oleh lukisan kolektif yang meriah, Yarrkalpa- Hunting Ground, Parnngurr Area, 2013 yang dicipta oleh Martu Artists di wilayah Pilbara dan karya seni Yarrkalpa – Always Walking Country (2014) oleh Martu/Wallworth/Anohni yang memenangi anugerah. Shard merupakan satu lagi karya seni First Nations yang indah yang menyediakan portal ke dunia yang belum

diketahui. Menampilkan teknologi skrin LED, kolaborasi yang mengagumkan antara penari Orang Asli muda dan artis cahaya ini akan mencabar apa yang kita tahu mengenai bahasa.

Our Connected City Mandylights akan memancarkan cahaya baharu pada mercu tanda bandar ini, dengan lebih 200 lampu cari terpancar di seluruh Pelabuhan, bangunan CBD dan Cahill Expressway, di samping turut menghubungkan Panggung Opera Sydney dan Jambatan Pelabuhan Sydney dengan warna yang terang dan beraneka. Antaranya, di Circular Quay, Museum of Contemporary Art Australia akan berubah menjadi perjalanan kinetik dan visual karya artis Australia yang ternama Helen Eager yang pernah berkolaborasi bersama artis Rico dan Julian Reinhold daripada H0rse, untuk mencipta New York Sunday.

Menerusi penampilan sulung dalam festival ini, perairan Cockle Bay di Darling Harbour akan dihidupkan dengan Light Walk terapung 100m yang menggabungkan karya seni bersaiz besar Ephemeral. Dihasilkan oleh Atelier Sisu Sydney sendiri, pengunjung diundang untuk berjalan di bawah lebih daripada 200 sfera gergasi seakan-akan gelembung yang terapung setinggi lapan meter di udara.

Daripada Treacle Media Hong Kong, VORAX merupakan pengalaman penceritaan 3D epik yang dipancarkan pada bangunan warisan Customs House di Circular Quay. Para penonton akan berpeluang untuk melihat kisah kebangkitan pencuri licik menuju kehebatan sambil melintasi banyak persekitaran yang mengkhayalkan dan di luar realiti.

Pelbagai pemasangan daripada artis-artis Eropah akan meneroka keajaiban dunia semula jadi kita. GEYSERS, yang dicipta oleh FILS de CRÉA Perancis dibuat sepenuhnya daripada botol plastik berwarna biru yang dikitar semula, air mengalir yang merangsang visual; Corpus Celesti IB Itali, merupakan laluan imersif menuju lapan planet boleh kembung yang terang daripada sistem suria Bumi; manakala Bloom merupakan persembahan seni bunga-bunga yang mengembang dan menguncup, dicipta oleh Castor Bours, Belanda.

Symbiosis oleh Dirty Monitor Belgium, yang terletak di jalan raya yang disenaraikan sebagai warisan The Argyle Cut, ialah satu ciptaan baharu yang direka khas untuk Vivid Sydney. Melalui lukisan 3D animasi serta muzik yang memberi renungan dan puitis, karya ini membawa penonton ke alam semesta di mana spesies manusia bergabung dengan pelbagai organisma hidup untuk melahirkan bentuk kehidupan yang baharu.

Selain itu, menerusi pemasangan cahaya membangkitkan semangat yang bersedia untuk mencetuskan kegirangan dalam diri setiap pengunjung, Holi merupakan pancaran interaktif terbesar dalam sejarah Vivid Sydney. Terletak di Hickson Road Wall berhampiran Park Hyatt, karya berwarna warni yang dicipta oleh OCUBO Portugal ini adalah berasaskan konsep berkongsi dan meraikan kehidupan serta kegembiraan dan akan mengundang pengunjung untuk meninggalkan tanda mereka di tembok menggunakan kesan khas.

VIVID IDEAS 

Vivid Ideas 2021 meraikan kesemua Mavericks & Misfits dalam kalangan kita – individu-individu yang berfikir secara berbeza, bersuara lantang dan membuat perubahan. Dengan 90 ceramah dan bengkel menarik yang ditawarkan, Vivid Ideas menerima keunikan tersendiri dan kerenah umat manusia dan memulakan perbualan yang diteruskan dalam tempoh yang panjang setelah festival ini berakhir.

Menonjolkan program Game Changers di Sydney Town Hall, pelakon yang terkenal di peringkat antarabangsa, bintang The Good Place dan penyokong kepositifan tubuh, Jameela Jamil UK akan meneroka keperluan terhadap kepelbagaian dan keterangkuman yang lebih besar dalam media. Dalam satu ceramah eksklusif yang disiarkan secara langsung bersama Jamila Rizvi, Jameela akan mendedahkan bahawa audio siar dan platform beliau I-weigh merupakan tempat bagi ketidaksempurnaan dan penerimaan diri sendiri, serta bagaimana rasanya menjadi 'feminis yang sedang menjalani latihan'.

Terinspirasilah sewaktu pelakon dan pelawak Magda Szubanski membandingkan nota dengan pelakon yang memenangi angerah Julia Baird dalam membina ketahanan dan peranan alam semula jadi dan seni dalam penyembuhan. Selain itu, pelopor 'hip hop' Australia dan penulis Briggs, bersama-sama pelawak dan juara memasak asingan YouTube Nat's What I Reckon, akan berbincang mengenai peranan muzik dalam menyokong kesihatan mental dan membentuk identiti.

Di Australian Museum, penulis terkenal Sarah Wilson dan saintis ternama DrNorman Swan akan membincangkan mengenai maklumat yang salah dan teori konspirasi, manakala Sandra Pankhurst – subjek buku yang memenangi anugerah, The Trauma Cleaner – akan membincangkan hal mengenai menjadi individu unik, penciptaan semula dan keperluan untuk berempati di dunia moden ini.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada New Horizons Program, topik-topik seperti Sekta, Penipuan dan Kultus, Masa Depan Ubatan, Lelaki dan Kesihatan Mental akan ditonjolkan. Craig Silvey, penulis Honeybee, akan memeriahkan panggung – satu-satunya penampilan beliau di Sydney – menerusi perbincangan bersama Glace Chase, penulis drama Sydney Theatre Company's Triple X. Kedua-duanya akan menyelami secara mendalam dan membongkar kecairan gender – hadirlah dengan minda yang terbuka.

Vivid Ideas Exchange tahun ini akan menyaksikan lebih 60 acara dianjurkan di tempat baharunya – The Great Hall di The University of Technology Sydney – dengan ceramah, seminar, tayangan filem dan acara khas diwujudkan untuk mencetuskan perdebatan dalam kalangan komuniti kreatif.

Kurator Vivid Ideas Tory Loudon berkata: "Pada zaman yang diancam oleh pemikiran dan keakuran kumpulan, kemunculan maklumat yang salah dan ketidakselesaan yang semakin menular dengan pertentangan pendapat dan 'budaya membatalkan', ia menjadi semakin mustahak untuk meraikan kebebasan dan keanehan dunia ini. Kami ingin menerima keunikan tersendiri dan kerenah dalam masyarakat dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi berani dan lantang bersuara."

Ayuh dan sertai aktiviti malam kami yang dipenuhi keseronokan di seluruh bandar yang memancarkan cahaya pada individu-individu unik dan kreatif generasi seterusnya yang berfikir di luar kebiasaan. Dalam siri Unexpected and Unorthodox – terdapat banyak malam bebas yang menggabungkan antara seni, idea, fesyen dan muzik.

VIVID MUSIC 

Menyemarakkan semula industri muzik secara langsung Sydney ketika ia dibina semula, Vivid Music 2021 akan menukar skrip persembahan tradisional dengan lebih daripada 50 pertunjukan secara langsung yang diadakan di tempat-tempat yang mengejutkan bagi menawarkan pengalaman yang unik. Bahkan, Hyde Park Barracks, The Calyx – Taman Botani Diraja, Luna Park, The Bearded Tit dan Parliament House kesemuanya akan menarik tirai bagi mengacarakan persembahan muzikal.

Acara-acara kemuncak termasuk Heaps Gay: Kween's Ball at Luna Park – pertunjukan berwarna-warni para pemuzik baru muncul dan telahpun mantap, menampilkan Mia Rodriguez. 'dark-pop' yang disayangi. Dua pentas akan mengacarakan lebih 20 aksi manakala mereka yang gemar berparti dibiarkan bebas pada malam dengan pakaian yang beraneka gaya, keseronokan yang nakal dan seni berbilang bidang.

Hyde Park Barracks akan menjadi latar belakang suasana El Gran Mono lwn The Inner West Disco Machine – parti tarian siang hingga malam bagi meraikan bunyi Amerika Latin, Caribbean, asal usul budaya sistem bunyi di wilayah-wilayah ini. Terpancar melalui dua sistem bunyi yang paling hebat di Hemisfera Selatan, lantai tarian akan bergema apabila DJ, MC, penari, aksi langsung yang paling disukai di bandar ini menunjukkan sokongan kepada Reggae, Dancehall, Cumbia, Salsa Dura dan banyak lagi.

Di kawasan budaya bandar Eveleigh bandar ini, Carriageworks akan mempersembahkan program Vivid Music ketujuhnya, menghimpunkan artis 'hip-hop' dan kumpulan 'rock/punk' termasuk King Gizzard & The Lizard Wizard melalui acara eksklusif Australia. Akosia, Jesswar, Tropical F#ck Storm, BARKAA dan kumpulan 'punk rock' yang memenangi Anugerah ARIA Amyl and the Sniffers akan turut memeriahkan penonton.

Juga di Eveleigh, iaitu di Blacksmiths Bay, ratu bawah tanah yang memerintah, Betty Grumble akan mempersembahkan pertunjukan kabaret beliau untuk golongan dewasa sahaja, Enemies of Grooviness Eat S*it, penerokaan keseronokan yang lucu, cabul dan dirasai dengan mendalam. Beliau akan disertai oleh NECTAR dan TEMPER, serta barisan DJ yang ekstensif.

Pada penghujung spektrum muzik 'neo-soul' dan R&B, penyanyi-pencipta-lagu kelahiran Papua New Guinea Ngaiire akan membawakan bunyi-bunyi terkenal beliau ke Parliament House. Menggabungkan lirik yang kompleks dan beremosi dengan kostum yang ranggi, vokal terkenal dan bunyi 'pop' yang hebat, identiti muzik Ngaiire merentas genre dan bentuk seni dengan lancar.

Tahun ini juga akan menyaksikan kembalinya program X|CELERATE Vivid Music. Satu perkongsian yang dibanggakan antara Vivid Music dan Bandar Sydney, program geran ini menyokong tempat-tempat kecil hingga sederhana dan penerbit, promoter dan artis baru muncul yang berkarya dalam kawasan Bandar Sydney untuk menerbitkan acara atau program eksklusif untuk Vivid Music.

Kurator Vivid Music Stephen Ferris berkata: "Vivid Music membuat semula peraturan penglibatan dan terus menerobos sempadan, memupuk kepelbagaian, penemuan dan meraikan hiburan malam Sydney di persada dunia.

"Barisan persembahan tahun ini merupakan keanekaan muzikal yang mencakupi spektrum muzik penuh yang melibatkan segala-galanya bermula daripada 'hip hop' hingga 'electronica', 'jazz' hingga 'funk', 'Indie Rock' hingga 'DJ' dan segala-galanya di antaranya, menyediakan tempat mahupun artis dengan platform untuk didengari, dilihat dan dialami oleh khalayak baharu."

VIVID LIVE DI PANGGUNG OPERA SYDNEY 

Dirancang dengan teliti oleh Ketua Muzik Kontemporari Panggung Opera Sydney Ben Marshall, Vivid LIVE akan mentransformasikan bangunan yang terkenal di dunia dari luar dan dalam, meraikan artis-artis berdasarkan kelebihan genre mereka, menerusi tujuh persembahan eksklusif Australia, tiga tayangan perdana dunia dan sebuah persembahan daripada Te Karehana Gardiner-Toi New Zealand atau dikenali sebagai TEEKS.

Penyanyi, penyair dan artis visual kelahiran Zambia, Sampa Tembo – lebih dikenali sebagai Sampa The Great – akan mempersembahkan buat julung kalinya pertunjukan baharu beliau yang telah lama dinanti-nantikan An Afro Future, mempersembahkan album sulung memenangi anugerah ARIA sebanyak empat kali The Return bersama kumpulan epik, penari, penyanyi dan tetamu istimewa beliau Mwanjé dan KYE.

Bintang handalan R&B muda, penuh perasaan yang sedang meningkat naik TEEKS, telah digambarkan sebagai Adele versi lelaki. Penyanyi-pencipta-lagu berusia 26 tahun ini telahpun menjadi fenomena di negara asal beliau New Zealand, akan menduduki #1 dengan album sulung 2021 beliau Something to Feel dan pastinya akan mempesonakan khalayak Vivid LIVE. Seorang artis yang amat berbangga dengan Māoritanga beliau, TEEKS membawa daripada pandangan hidup Māori yang amat penting dalam etika kerja dan output duniawi beliau.

Penyanyi rock, penyanyi rap, penyanyi dan penerbit Afrika-Australia pelbagai bidang BLESSED akan mempersembahkan Diaspora, persembahan sebelah malam yang dirancang dengan teliti melalui penampilan oleh B Wise, Maina Doe dan Manu Crooks. Pasangan yang memenangi Anugerah ARIA Flight Facilities akan menerangi Northern Broadwalk dengan parti yang menyeronokkan di bawah cahaya bintang, berserta Golden Features yang akan disertai oleh pasangan menari penyilang gender (gender-bending) Australia, Hermitude. Jangan ketinggalan institusi kumpulan gay bawah tanah Sydney legenda Club Kooky yang menguasai pentas luar dengan barisan persembahan rahsia.

Vivid Live Studio Parties turut kembali pada tahun 2021 dengan Future Classic, Picnic dan Mad Racket. Terdapat juga persembahan di Studio daripada Low Life, RVG dan Methyl Ethel.

UP LATE SERIES 

Buat kali pertama, Up Late Series akan dianjurkan di institusi-institusi kebudayaan terkenal Sydney bagi menawarkan gabungan antara muzik dan idea melalui bicara lewat malam bukan ortodoks, DJ, persembahan dan kesenian. Pengunjung festival boleh menjangka untuk dicabar dengan perbincangan yang menerobos sempadan mengenai seksualiti, budaya kumpulan gay, budaya Orang Asli, fesyen, identiti diri dan penghasut dalam masyarakat di Museum of Contemporary Art Australia, Australian Museum, Powerhouse Museum dan Australian National Maritime Museum.

PENAJA VIVID SYDNEY

Vivid Sydney mengucapkan terima kasih kepada penaja-penajanya atas sokongan mereka ke atas Vivid Sydney 2021.

American Express kembali sebagai rakan kongsi utama buat tahun keempat yang mewakili American Express Lounge di Cruise Bar untuk ahli-ahli kad AMEX.

TransGrid juga kembali sebagai rakan kongsi utama tahun ini dengan Our Connected City.

Penyokong-penyokong terdiri daripada Bandar Sydney, Panggung Opera Sydney, Mandylights, Technical Direction Company dan University of Technology Sydney.

Bagi tahun keempat, Rakan Akses dan Rangkuman Vivid Sydney ialah Cushman & Wakefield.

Penyumbang-penyumbang Vivid Sydney termasuk Crown Sydney, Event Engineering, Museum of Contemporary Art Australia, Carriageworks, Luna Park, Australian National Maritime Museum, Australian Museum dan Powerhouse Museum.

Rakan amal rasmi ialah The Australian Literacy and Numeracy Foundation (ALNF), sebuah badan amal negara yang dikhususkan untuk meninggikan standard bahasa, celik huruf dan celik angka di Australia.

Kit media penuh Vivid Sydney 2021, pengumuman program dan imejan resolusi tinggi termasuk persembahan cahaya Vivid Sydney 2021 dan rakaman video berkualiti siaran untuk sorotan festival 2019 sedia dimuat turut di www.vividsydney.com/news-room.

CATATAN UNTUK EDITOR 

Siaran media, imej dan kandungan boleh dimuat turun daripada pusat media Destination NSW: www.media.destinationnsw.com.au

Latar Belakang Vivid Sydney 

Vivid Sydney ialah perayaan kreativiti, inovasi dan teknologi yang mentransformasikan Sydney CBD pada musim sejuk menjadi taman permainan dengan unsur yang tidak dijangkakan. Kini memasuki tahun ke-12nya, Vivid Sydney merangkumkan keunikan, kemeriahan dan imaginasi Sydney, memberi kedudukan kepada Harbour City sebagai hab kreatif Asia Pasifik. Festival ini menampilkan paparan seni dan pancaran 3D besar yang memukau daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, barisan penghibur muzik yang bersifat eklektik, bicara yang mencetuskan pemikiran daripada beberapa individu bijaksana terhebat di dunia serta Panggung Opera Sydney untuk Lighting of the Sails dan Vivid LIVE. Vivid Sydney dimiliki, diurus dan dihasilkan oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW.

Our Connected City by Mandylights, supported by Transgrid, will shine new light on the city’s landmarks, with over 200 searchlights beaming across the Harbour, CBD buildings and the Cahill Expressway, linking the Sydney Opera House and Sydney Harbour Bridge in riotous colour.
Our Connected City by Mandylights, supported by Transgrid, will shine new light on the city’s landmarks, with over 200 searchlights beaming across the Harbour, CBD buildings and the Cahill Expressway, linking the Sydney Opera House and Sydney Harbour Bridge in riotous colour.

Source: Destination New South Wales
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel Future Events