omniture

Make-A-Wish(R) International Meraikan World Wish Day(R) dengan Melancarkan Kempen Penglibatan Sosialnya Yang Terbesar

World Wish Day
2013-04-25 15:28 173

 

PHOENIX, 25 April 2013 /PRNewswire/ -- April ini, Make-A-Wish International melancarkan kempen penglibatan sosial tunggal terbesar organisasi - di worldwish.org/shareyourwish. Inisiatif tersebut dilancarkan bagi menambah dana penting untuk merealisasikan lebih banyak impian kanak-kanak yang menghidapi penyakit yang mengancam nyawa di seluruh dunia.

Kempen ini meraikan  World Wish Day® tahunan yang keempat sambutan global untuk menunaikan impian, acara kemuncak diadakan pada 29 April dengan satu siri acara sambutan di tempat organisasi ini beroperasi dalam  hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Acara termasuklah: menunaikan 33 impian di Argentina; membunyikan loceng untuk pembukaan bursa saham di Belgium, Perancis, Netherlands dan Portugal; menunaikan lebih 100 impian di India dan sambutan World Wish Day bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish International, Jon Stettner; serta sambutan untuk beratus-ratus kanak-kanak,keluarga dan penyokong impian, di Zun Leisure Park di Taipei, Taiwan.

Penaja Make-A-Wish International yang terdiri daripada Mattel, CNN International, Brooks Brothers, TIME (EMEA, Asia dan Pasifik Selatan), FORTUNE (Eropah), The Economist (Asia) dan TheAtlantic.com, menyertai usaha amal ini – melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mempamerkan keajaiban impian pada hari World Wish Day ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish International, Jon Stettner, berkata "Impak pengalaman impian kami ini terhadap kanak-kanak, keluarga dan komuniti impian di seluruh dunia benar-benar mengubah kehidupan. Kami melancarkan kempen penglibatan sosial terbesar kami, World Wish Day ini, untuk meningkatkan dana penting serta kesedaran yang diperlukan untuk mencapai misi global kami. World Wish Day membolehkan penduduk dari seluruh dunia bersatu demi membantu menunaikan lebih banyak impian."

Pelawat diminta untuk menyertai rangkaian global penyokong Make-A-Wish dengan berkongsi permintaan mereka dan membuat sumbangan kecil melalui antara muka interaktif di worldwish.org/shareyourwish. Make-A-Wish International memperluaskan capaian media sosialnya serta penglibatan dengan pengikut dan peminat melalui FacebookTwitter (melalui sokongan selebriti serta hashtag #shareyourwish dan #worldwishday) dan halaman YouTube, selain daripada aktiviti di worldwish.org/shareyourwish, untuk meningkatkan kesedaran terhadap kempen dan misi organisasi.

Anda boleh menyertai Join the World[SM] dengan membantu Make-A-Wish membawa lebih banyak kegembiraan kepada kanak-kanak melalui sokongan anda terhadap World Wish Day. Lawati worldwish.org/shareyourwish untuk berkongsi impian anda, membuat sumbangan dan mengetahui lebih lanjut tentang World Wish Day.

Nota kepada Editor:

Mengenai World Wish Day®

Pada 29 April 2013 Make-A-Wish® International meraikan World Wish Day® yang keempat. Sekutu dan rakan Make-A-Wish di seluruh dunia akan menunaikan dan mendedikasikan secara terbuka sekurang-kurangnya satu impian dalam sambutan hari global menunaikan impian ini, mewakili permintaan yang ditunaikan kepada kanak-kanak di hampir 50 negara, di tempat organisasi ini beroperasi. Dunia impian menanti anda. Lawati worldwish.org/shareyourwish untuk berkongsikan impian anda, membuat sumbangan atau jalankan tanggungjawab anda dalam menyertai usaha seantero dunia ini dengan menyebarkan maklumat tentangnya untuk bagi memberikan harapan, kekuatan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit yang mengancam nyawa di seluruh dunia. #Shareyourwish di worldwish.org/shareyourwish.

Make-A-Wish® menunaikan permintaan kanak-kanak yang menghidap penyakit yang mengancam nyawa untuk menceriakan hidup seharian dengan harapan, kekuatan dan kegembiraan. Berpangkalan di Phoenix, Arizona, Make-A-Wish merupakan sebuah organisasi yang menunaikan permintaan terbesar dunia, berkhidmat untuk kanak-kanak di hampir 50 buah negara di lima buah benua. Dengan bantuan penyumbang yang bermurah hati dan lebih daripada 30,000 orang sukarelawan di seluruh dunia, Make-A-Wish menunaikan impian di mana-mana dalam dunia setiap 23 minit. Sejak tahun 1980, ia telah menunaikan lebih daripada 300,000 impian kanak-kanak di merata dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Make-A-Wish International, lawati worldwish.org dan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang Make-A-Wish Amerika, lawatilah wish.org.

Sumber: World Wish Day

Source: World Wish Day
Keywords: Publishing/Information Service Children-related news