SINGAPURA, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Toshiba memaparkan penggunaan komersial teknologi Pengagihan Kunci Kuantum (QKD) pada rangkaian langsung di UK, bagi menunjukkan bahawa kini teknologi berkenaan sudahpun bersedia untuk digunakan secara komersial.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202105.shtml
Toshiba, dengan kerjasama BT, berjaya melaksanakan penggunaan industri pertama UK bagi rangkaian selamat-kuantum, melakukan penghantaran antara National Composites Centre (NCC) di Bristol, kemudahan penyelidikan dan pembangunan komposit UK yang terkemuka di dunia dan Centre for Modelling & Simulation (CFMS), sebuah organisasi penyelidikan bukan untuk keuntungan yang mempelopori keupayaan kejuruteraan digital baharu.
Rangkaian tersebut menunjukkan sejauh mana QKD dapat digunakan untuk menjamin trafik data antara tapak perindustrian penting yang mana aspek keselamatan adalah sangat penting. Kriptografi kuantum, yang dilaksanakan melalui QKD, berfungsi dengan mengagihkan kunci penyulitan dengan selamat antara dua pihak yang berkomunikasi agar sebarang percubaan pemintasan menghasilkan ralat yang mustahil dapat disembunyikan.
Penyelesaian teknologi ini digunakan untuk menggantikan pendekatan 'manual' dengan mengangkut data sensitif secara fizikal pada peranti storan mudah alih antara tapak NCC dan CFMS di Emerson's Green dan Filton di North Bristol, serta di University of Bristol, lantas dapat menjimatkan masa dan meningkatkan aspek keselamatan data kritikal. Daripada menghantar data secara fizikal, kini ia dipindahkan pada kelajuan tinggi melalui kabel gentian optik 7km, yang mana sepanjang kabel tersebut kunci penyulitan turut dihantar sebagai aliran foton 'terkod' tunggal.
Perusahaan moden menjadikan pelaburan dalam transformasi digital sebagai satu keutamaan untuk mengembangkan cara kemudahan dan aset mereka meningkatkan prestasi. Tatkala transformasi digital ini diteruskan pada kadar yang pesat dan rantaian bekalan untuk reka bentuk dan pengeluaran menjadi lebih pintar dan teragih dengan lebih meluas, jaminan pemindahan data antara tapak menjadi kritikal bagi melindungi reka bentuk dan data produk yang sensitif.
Andrew Shields, Ketua Quantum Technology Group Toshiba di UK berkata, "Jalinan kerjasama bersama NCC, CFMS dan BT membolehkan kami menunjukkan teknologi komunikasi kuantum selamat kami dalam aplikasi pembuatan pintar. Dengan melipatgandakan isyarat kuantum pada gentian pembawa data biasa, kami berupaya mengintegrasikan QKD dengan produk gentian BT standard, yang menunjukkan bahawa kini QKD bersedia untuk digunakan tanpa infrastruktur khusus yang mahal."