omniture

Buckeye Technologies Inc. Bakal Diperoleh oleh Georgia-Pacific LLC

Buckeye Technologies Inc. and Georgia-Pacific LLC
2013-04-25 22:07 231

- Pemegang saham bakal menerima $37.50 tunai sesaham

- Urusniaga bernilai kira-kira $1.5 bilion

MEMPHIS, Tennessee dan ATLANTA, 25 April 2013 /PRNewswire/ -- Buckeye Technologies Inc. (NYSE:BKI) dan Georgia-Pacific LLC hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan muktamad supaya Georgia-Pacific memperoleh semua saham diterbitkan daripada saham biasa Buckeye Technologies pada $37.50 tunai sesaham. Urusniaga ini, selepas dilaksanakan, bernilai kira-kira  $1.5 bilion, termasuk hutang.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20030425/PAPLOGO )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130424/CL00712LOGO )

Di bawah terma persetujuan itu yang telah diluluskan sebulat suara oleh lembaga pengarah kedua-dua syarikat itu, pemegang saham Buckeye Technologies akan menerima $37.50 tunai sesaham, mewakili premium kira-kira 29% berdasarkan harga penutup purata saham biasa Buckeye Technologies sepanjang minggu lepas.

Georgia-Pacific menjangka akan melancarkan sebuah tawaran tender tunai untuk semua saham diterbitkan bagi saham biasa Buckeye Technologies. Tawaran tender ini tertakluk pada penamatan atau pemberhentian mana-mana tempoh menunggu di bawah Akta Pembaikan Antitrust Hart-Scott-Rodino 1976, seperti yang telah dipinda, mana-mana kelulusan peraturan lain dan lain-lain keadaan penutupan lazim, dan memerlukan sekurang-kurangnya 75 peratus daripada saham diterbitkan daripada saham biasa Buckeye Technologies ditenderkan, bertepatan dengan kehendak kelulusan sebuah penggabungan yang dinyatakan dalam sijil penubuhan Buckeye Technologies. Urusniaga ini tidak bergantung kepada syarat pembiayaan. Dalam keadaan tertentu, semua pihak telah bersetuju untuk melengkapkan urusniaga ini melalui sebuah penggabungan, tertakluk kepada penerimaan kelulusan pemegang saham.

Buckeye Technologies, yang berpangkalan di Memphis, Tennessee, adalah sebuah pengeluar dan pemasar unggul untuk gentian dan bahan-bahan bukan tenun khas yang dibuat daripada kayu dan kapas. Aset pengeluaran syarikat itu termasuklah sebuah kilang pulpa khas di Perry, Florida; kilang selulosa kapas di Memphis, Tennessee dan Lumberton, Carolina Utara; dan kilang-kilang pengeluaran bahan-bahan bukan tenun di Mt. Holly, Carolina Utara, dan Steinfurt, Jerman. Buckeye Technologies juga mempunyai pejabat jualan global di Beijing, United Kingdom, Perancis, Itali dan Switzerland. Syarikat itu mempunyai kira-kira 1,200 kakitangan seluruh dunia.

"Urusniaga ini membolehkan para pemegang saham kami merealisasikan nilai signifikan, dan juga mewakili langkah seterusnya yang penting dalam pertumbuhan Buckeye Technologies," kata John Crowe, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Kami gembira kerana Georgia-Pacific mengiktiraf nilai signifikan aset istimewa dan unik syarikat kami, kakitangan yang berbakat, dan kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pemerolehan Buckeye oleh Georgia-Pacific memberikan syarikat kami dan kakitangan kami peluang pertumbuhan masa depan yang mengujakan. Kami akan terus melaksanakan pelan perniagaan kami dengan kerjasama bersama pemilik baharu yang komited dan mempunyai sejarah yang panjang dalam memberikan prestasi perniagaan hebat melalui dedikasinya kepada kecemerlangan operasi dan inovasi."

 "Aset dan kemampuan Buckeye Technologies yang berdaya saing melengkapi perniagaan dan produk selulosa Georgia-Pacific yang sedia ada dengan sebaiknya. Para kakitangan yang berbakat, kemampuan inovasi, teknologi canggih, serta perniagaan gentian dan bahan bukan tenun khas oleh Buckeye Technologies akan menyediakan platform yang signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan berterusan," kata Jim Hannan, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden Georgia-Pacific.

Barclays bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Dechert LLP bertindak sebagai penasihat perundangan Buckeye Technologies. UBS dan Blackstone bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Georgia-Pacific.

Beribu pejabat di Atlanta, Georgia-Pacific adalah salah satu daripada pengeluar dan pemasar unggul dunia bagi produk-produk pembinaan, tisu, pembungkusan, kertas, selulosa dan bahan-bahan kimia berkaitan. Syarikat itu mempunyai hampir 35,000 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.gp.com.

Beribu pejabat di Memphis, Tennessee, Buckeye Technologies kini mengendalikan fasiliti pengeluaran di Amerika Syarikat dan Jerman. Produk-produknya terjual di seluruh dunia kepada pembuat barangan pengguna dan perindustrian. www.bkitech.com

NOTIS KEPADA PARA PELABUR MENGENAI TAWARAN INI: Pengumuman ini bukan tawaran pembelian atau cubaan mendapatkan tawaran untuk menjual sekuriti. Tawaran tender untuk saham diterbitkan daripada saham biasa Buckeye Technologies yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini masih belum dilaksanakan. Pada masa tawaran tender ini dilaksanakan, Georgia-Pacific akan memfailkan atau mengarahkan pemfailan sebuah Kenyataan Tawaran Tender mengikut Jadual TO dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan Buckeye Technologies akan memfailkan Kenyataan Penjualan/Saranan mengikut Jadual 14D-9 dengan SEC berkaitan dengan tawaran tender ini. Kenyataan Tawaran Tender (termasuk Tawaran Pembelian, Surat Penurunan berkaitan dan lain-lain dokumen tawaran tender) dan Kenyataan Penjualan/Saranan akan mengandungi maklumat penting yang perlu dibaca dengan teliti sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai tawaran tender ini. Bahan-bahan itu akan disediakan untuk para pemegang saham Buckeye Technologies secara percuma oleh agen maklumat untuk tawaran tender itu, yang akan diumumkan. Tambahan lagi, semua bahan-bahan itu (dan lain-lain dokumen yang difailkan di SEC) akan disediakan secara percuma di laman web SEC www.sec.gov.

NOTIS KEPADA PARA PELABUR MENGENAI PENGGABUNGAN INI: Berhubung dengan penggabungan yang yang berpotensi untuk dilaksanakan ini, Buckeye Technologies menjangka untuk memfailkan sebuah kenyataan proksi dengan SEC, serta bahan-bahan berkaitan lain yang berhubung dengan urusniaga yang diusulkan ini menurut syarat-syarat Persetujuan dan Pelan Penggabungan bertarikh 23 April 2013, oleh dan antara Buckeye Technologies Inc., Georgia-Pacific LLC dan GP Cellulose Group LLC. Material yang akan difailkan oleh Buckeye Technologies akan disediakan kepada para pelabur dan pemegang saham Buckeye Technologies secara percuma. Tambahan pula, bahan-bahan itu akan disediakan secara percuma di laman web SEC www.sec.gov. Para pelabur dan pemegang saham Buckeye Technologies digesa untuk membaca kenyataan proksi dan material lain yang berkaitan sebaik saja ia dikeluarkan sebelum membuat sebarang keputusan pengundian atau pelaburan yang berkaitan dengan usul penggabungan ini kerana ia mengandungi maklumat penting tentang penggabungan dan pihak-pihak yang terlibat dalam penggabungan ini.

Buckeye Technologies serta pengarah-pengarahnya, pegawai-pegawai eksekutif dan ahli-ahli pengurusan lain serta kakitangannya, di bawah undang-undang SEC, disifatkan sebagai peserta dalam penjualan proksi-proksi pemegang saham Buckeye Technologies berhubung dengan penggabungan yang diusulkan ini. Para pelabur dan pemegang sekuriti boleh mendapat maklumat yang lebih terperinci berkaitan nama-nama, gabungan dan kepentingan pegawai eksekutif dan pengarah tertentu Buckeye Technologies dalam penjualan ini dengan membaca kenyataan proksi Buckeye Technologies untuk mesyuarat pemegang saham tahunan 2012, laporan tahunan mengenai Borang 19-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2012, dan kenyataan proksi dan bahan-bahan berkaitan lain yang mungkin akan difailkan di SEC berhubung dengan penggabungan ini bila dan jika ia dikeluarkan. Maklumat berkaitan kepentingan para peserta Buckeye Technologies dalam penjualan ini, yang mungkin, dalam sesetengah kes, berbeza daripada kepentingan umum para pemegang saham Buckeye Technologies, akan dikemukakan dalam kenyataan proksi berhubung dengan penggabungan ini apabila ia dikeluarkan. Maklumat tambahan mengenai para pengarah dan pegawai eksekutif Buckeye Technologies juga dimasukkan dalam kenyataan proksi Buckeye Technologies untuk mesyuarat pemegang saham tahunan 2012 dan dalam laporan tahunan Buckeye Technologies mengenai Borang 10-K bagi tahun fiskal berakhir pada 30 Jun 2012.

KENYATAAN RAMALAN: Mana-mana kenyataan yang dibuat mengenai urusniaga yang diusulkan antara Georgia-Pacific dan Buckeye Technologies, jadual masa jangkaan untuk penamatan urusniaga ini, kejayaan penyepaduan perniagaan, faedah daripada urusniaga, pendapatan dan mana-mana kenyataan lain yang terkandung dalam sidang akhbar ini yang bukan fakta sejarah sepenuhnya adalah "kenyataan ramalan" yang dibuat berdasarkan keyakinan pihak pengurusan, sesetengah anggapan dan jangkaan semasa setakat tarikh hari ini dan adalah dipercayai munasabah. Kenyataan-kenyataan begini boleh dikenalpasti dengan penggunaan istilah-istilah ramalan seperti "menjangka", "mengunjurkan", "menduga", "berniat" dan perkataan-perkataan lain yang mirip. Kenyataan-kenyataan ramalan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada hasil yang diunjurkan atau tersirat. Risiko dan ketidakpastian ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, keadaan ekonomi umum, situasi perniagaan dan pasaran dan pemenuhan syarat-syarat bagi mencapai persetujuan urusniaga yang diusulkan ini. Lain-lain risiko dan ketidakpastian yang mungkin boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada hasil yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan ini termasuklah kenyataan yang mungkin akan dimasukkan dari semasa ke semasa dalam dokumen-dokumen yang difailkan oleh Buckeye Technologies di SEC, termasuk mesyuarat tahunan Buckeye Technologies pada Borang 10-K bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2012, dan laporan suku tahun serta laporan semasa pada Borang 10-K dan Borang 8-K, masing-masing. Kenyataan ramalan yang terkandung dalam sidang akhbar ini dibuat setakat tarikh hari ini dan kami tidak mengambil tanggungjawab untuk mengemaskini sebarang kenyataan ramalan, sama ada terhasil akibat kejadian masa depan, maklumat baharu atau tidak, kecuali yang termaktub dalam undang-undang.

Source: Buckeye Technologies Inc. and Georgia-Pacific LLC
Related Stocks:
NYSE:BKI
Keywords: Chemical Paper/Forest Products/Containers Textiles Acquisitions, mergers, takeovers