omniture

ROSA Knee System Zimmer Biomet Dianugerah Inovasi Produk Ortopedik Tahunan di Anugerah Healthcare Asia Medtech 2021 yang berakhir baru-baru ini.

Zimmer Biomet
2021-05-28 09:00 206

SINGAPURA, 28 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Zimmer Biomet, peneraju dalam penjagaan kesihatan rangka otot, hari ini mengumumkan bahawa ROSA Knee Zimmer Biomet telah dianugerahkan Inovasi Produk Ortopedik Tahunan (Orthopaedic Produk Innovation of the Year) di Anugerah Healthcare Asia Medtech 2021 yang berakhir baru-baru ini.

Anugerah Healthcare Asia Medtech 2021 sulung ini terbuka kepada semua syarikat teknologi perubatan di rantau Asia Pasifik dan bertujuan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat yang telah berjaya mengharungi cabaran dan membuat impak yang luar biasa kepada pelanggan mereka terutama sekali di tengah-tengah gangguan besar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini. Diadili oleh pemimpin dan pakar industri penjagaan kesihatan terkenal, program anugerah ini mengiktiraf organisasi yang paling inovatif dan produknya yang mengubah industri teknologi perubatan di rantau Asia Pasifik.

ROSA Knee telah direka oleh pakar bedah untuk pakar bedah sebagai pembantu pembedahan yang tepat dan cekap yang juga mengeluarkan data untuk membantu pakar bedah mengoptimumkan hasil pesakit. ROSA® Knee System ialah pembantu pembedahan robotik yang membolehkan pakar bedah menjalankan prosedur penggantian lutut dengan ketepatan yang lebih baik dan standard penjagaan yang lebih tinggi semasa pembedahan penggantian lutut.

"Kami gembira dapat memenangi anugerah Inovasi Produk Ortopedik Tahunan ini dan sangat berbangga dengan semua usaha yang bagus yang telah dilakukan oleh pasukan ROSA untuk membawakan ROSA Knee, penyelesaian robotik yang unik dan holistik, ke rangkaian teknologi digital dan robotik bersepadu Zimmer Biomet," kata En. Sang Yi, Presiden Kumpulan, Zimmer Biomet Asia Pasifik. "Kami melihat anugerah ini sebagai satu lagi pengesahan kepada ROSA Knee yang menyepadukan teknologi robotik dengan implan Knee yang terkemuka dalam industri untuk membantu pakar bedah memperibadikan prosedur pembedahan untuk pesakit mereka," tambah beliau.

Latar Belakang Zimmer Biomet

Ditubuhkan dalam tahun 1927 dan beribu pejabat di Warsaw, Indiana, Zimmer Biomet ialah peneraju global dalam penjagaan kesihatan rangka otot. Kami mereka, mengeluar dan memasarkan produk rekonstruktif ortopedik; produk perubatan sukan, biologik, kaki dan tangan dan trauma; teknologi berasaskan pejabat; produk tulang belakang, kraniomaksilofasial dan toraks; implan pergigian; dan produk pembedahan yang berkaitan.

Kami berkolaborasi dengan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia untuk memajukan langkah inovasi. Produk dan penyelesaian kami membantu merawat pesakit yang mengalami gangguan, atau kecederaan kepada, tulang, sendi atau tisu lembut sokongan. Bersama dengan profesional penjagaan kesihatan, kami membantu berjuta-juta orang menjalani kehidupan yang lebih baik.

Kami mempunyai operasi di lebih daripada 25 negara di seluruh dunia dan menjual produk di lebih daripada 100 negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.zimmerbiomet.com atau ikuti Zimmer Biomet di Twitter di www.twitter.com/zimmerbiomet.

 

 

 

Source: Zimmer Biomet
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Awards