TAIPEI, 27 April 2013 /PRNewswire/ -- Taiwan merupakan batu loncatan yang ideal untuk mengakses barangan pengguna kelas atasan di Tanah Besar China dan seluruh Asia. Atas sebab ini, UBM Asia sedang merancang untuk mengadakan Pesta Barangan Kemas dan Batu Permata Taiwan dari 15 – 18 November 2013 di Pusat Dagangan Dunia Taipei bagi menyediakan peluang yang sempurna untuk syarikat-syarikat barangan kemas dunia memperluaskan pasaran ke Taiwan dan Asia.
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/24/2013042412271112602.html )
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/24/2013042412295781605.html )
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/24/20130424123055283091.html )
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/24/20130424123203357788.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/24/20130424191558318975-l.jpg )
Lebih daripada 160 buah syarikat dari 14 buah negara dan wilayah sudah mendaftar untuk Pesta Barangan Kemas dan Batu Permata Taiwan. Ini termasuklah negara Australia, Austria, Tanah Besar China, Jerman, Hong Kong, India, Israel, Itali, Jepun, Singapura, Switzerland, Sri Lanka, Thailand dan AS. Dengan pengalaman UBM yang tiada tolok bandingannya dalam merancang pameran-pameran barangan kemas di Asia, Pesta Barangan Kemas dan Batu Permata Taiwan dijamin akan menjadi acara pembelian barangan kemas dan batu permata paling profesional dan paling melangkaui sempadan antarabangsa.
Para pelawat ke pesta ini akan mempunyai banyak pilihan untuk diterokai. Taiwan terkenal dengan batu karangnya dan pesta ini akan menampilkan banyak syarikat-syarikat yang berurusniaga batu karang, termasuk Chii Lih Coral, pembekal batu karang terbesar di dunia, yang bakal memaparkan sebuah koleksi yang menyeluruh daripada batu karang yang terukir halus hinggalah ke pokok-pokok batu karang yang besar.
Taiwan juga terkenal dengan batu jed. Chia Ta Jewellery & Gems adalah salah satu daripada syarikat unggul batu jed dan batu permata Taiwan yang mengkhusus kepada Oriental Jadeite. Ia telah meraih penghormatan yang tinggi daripada para pengumpul seluruh dunia dan bakal dipamerkan di pameran itu.
Chen's Collection adalah firma rekaan batu permata buatan tangan unggul di Taiwan. Produk-produknya dianggap sebagai hasil seni oleh ramai pencinta barangan kemas, dan juga sangat popular di kalangan selebriti Taiwan.
Syarikat barangan kemas Taiwan CHEERS akan menjemput tetamu ke istana barangan kemasnya yang cantik dan unik bagi menikmati keindahan koleksi batu permata mereka yang hebat.
Palais Royal Paris menawarkan koleksi terbesar barangan kemas antik diraja, menampilkan rekaan daripada Cartier, Van Cleef & Arpels, Hermes, Boucheron dan Bvlgari. Barangan yang terkandung dalam koleksi syarikat itu berasal dari kurun ke-19 hingga ke tahun 1970 dan ia termasuklah barangan kemas butik, jam tangan, bekas-bekas kosmetik dan koleksi antik. Palais Royal Paris bakal mempersembahkan koleksi nadirnya yang jarang dilihat di pasaran.
Cik Wang Yue Yo, pengarah Persatuan Pereka Kreatif Barangan Kemas Taiwan, bersama pasukan pereka elitnya Julia Peng, Daphne Tseng dan Ling Wen Kang, bakal bersama-sama mempamerkan kecantikan tulen Barangan Kemas Oriental di Pesta itu nanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Barangan Kemas dan Batu Permata Taiwan, sila rujuk laman web rasmi:
www.taiwanjewelleryfair.com
Atau hubungi Cik Rita Hung
UBM Asia, Cawangan Taiwan
Tel: +886-2-2738-3898
e-mel: info-tw@ubm.com
Sumber: UBM Asia Ltd. (Taiwan Branch)