omniture

Bola Sepak untuk Persahabatan memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ baharu bagi bilangan pelawat terbanyak di sebuah stadium maya

Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
2021-05-31 00:07 79

MOSCOW, 30 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Semasa siaran langsung Perlawanan Akhir Bola Sepak untuk Persahabatan pada hari ini, pengadil rasmi Joanne Brent mengesahkan bahawa Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom iaitu Bola Sepak untuk Persahabatan telah memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™  yang ke-3. Kejayaan percubaan rekod ini berlangsung pada 26 Mei serta diumumkan dan disahkan secara rasmi semasa Perlawanan Akhir Musim Kesembilan program ini pada 29 Mei.

F4F obtains new GUINNESS WORLD RECORDS (TM) title
F4F obtains new GUINNESS WORLD RECORDS (TM) title

Pada 26 Mei, projek Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F) telah memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ baharu bagi bilangan pelawat secara serentak yang tertinggi di sebuah stadium maya. Pengguna simulator berbilang pemain "Bola Sepak untuk Persahabatan Dunia" (F4F World) dari lebih 200 buah negara telah mengambil bahagian dalam percubaan rekod dunia ini.

Pada saat-saat akhir menjelang percubaan rekod tersebut, Duta Global F4F, legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos menyeru orang ramai: "Marilah kita semua menjadi sebahagian daripada satu acara utama. Kita semua ialah peserta program F4F Gazprom. Kita akan mencatatkan rekod ini!" Sokongan turut diberikan oleh juara bola sepak Rusia, Yevgeni Aldonin dan Dimitri Sennikov, pemain bola sepak terbaik tahunan Rusia (2004) Dmitri Sychev serta duta untuk bola sepak wanita Rusia, Elena Ryshkova. Bintang TikTok Rusia, pasangan kembar Katya dan Nastya bersama-sama dengan Kirill Kolesnikov juga turut hadir.

Simulator berbilang pemain F4F World telah dibangunkan khas untuk F4F pada tahun 2020. Perlawanan antara pasukan antarabangsa boleh dianjurkan pada platform ini dalam masa nyata. Bermula dari 24 Mei 2021 dan seterusnya, "Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan" 2021 ini dengan sejumlah 32 buah pasukan dan para pemain dari lebih 200 buah negara telah bertanding.

Bola Sepak untuk Persahabatan telah memegang dua gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ . Pada tahun 2019, F4F telah memperoleh anugerah GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi jumlah kewarganegaraan tertinggi dalam satu sesi latihan bola sepak. Pada 5 Disember 2020, satu gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ baharu telah diperoleh semasa acara penutupan musim ke-8 F4F bagi sesi latihan dalam talian dengan bilangan peserta terbanyak.

Tentang Bola Sepak untuk Persahabatan 

F4F telah wujud sejak tahun 2013. Ia dianjurkan oleh Gazprom dan disokong oleh FIFA, UEFA dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sepanjang lapan musim sebelum ini, lebih 15,000 orang kanak-kanak dan remaja dari 211 buah negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam program ini.

Sumber internet rasmi program:
Bahan foto dan video untuk media: http://media.footballforfriendship.com 
Laman web: https://www.footballforfriendship.com/
Instagram: https://www.instagram.com/footballforfriendship/ 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1521526/gazprom_f4f_world_record.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1502205/F4F_Gazprom_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Awards New products/services