BEIJING, 31 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Kota Zhaojin di Tongchuan, Wilayah Shaanxi, barat laut China merupakan sebuah tempat yang mempunyai sejarah merah yang gilang gemilang dan kini membangun pesat dengan meneruskan semangat merahnya.
Pemandangan Kota Zhaojin, Bandar Tongchuan, Wilayah Shaanxi barat laut China. /Kerajaan Bandar Tongchuan
Pada awal tahun 1930-an, Liu Zhidan, Xie Zichang, Xi Zhongxun dan para revolusioner generasi lebih lama yang lain menubuhkan Pasukan ke-26 Tentera Merah Pekerja dan Petani Cina serta pangkalan revolusioner Wilayah Sempadan Shaanxi-Gansu dengan Kota Zhaojin sebagai pusatnya.
Mewariskan gen merah
Pada bulan Mei 2018, Wang Tianjiao, ketika itu merupakan murid gred ketiga daripada Sekolah Rendah Tentera Merah Beiliang (Beiliang Red Army Primary School) menulis sepucuk surat kepada Presiden Cina Xi Jinping bagi pihak rakan-rakan sekelasnya, menceritakan kepada beliau mengenai pengalaman dalam mempelajari sejarah dan perkembangan revolusi sekolah berkenaan.
Tidak lama kemudian, Xi membalas kepada murid tersebut dalam sepucuk surat, menggalakkan mereka untuk mewariskan gen merah dari satu generasi ke generasi yang lain. Xi menulis bahawa beliau berharap agar pelajar-pelajar menghargai masa dan belajar bersungguh-sungguh dengan rasa bersyukur dan membesar menjadi seseorang yang berguna kepada negara, rakyat dan masyarakat pada masa depan.
Sekolah Rendah Tentera Merah Beiliang merupakan jejak sejarah revolusi di kota tersebut. Ia ditubuhkan pada tahun 1955 di tapak revolusi lama, iaitu tapak Mesyuarat Chenjiapo.
Pada Jun 2000, ibu Xi, Qi Xin melawat sekolah tersebut. Melihatkan keadaan bilik darjahnya yang lusuh dan kemudahan yang ketinggalan zaman, beliau menggerakkan seluruh keluarganya untuk menyumbang sebanyak 150,000 yuan ($18,116) untuk memindahkan dan membina semula sekolah tersebut.
Sejak itu, dengan sokongan kerajaan dan sektor-sektor masyarakat yang berbeza, sekolah berkenaan terus memperbaiki keadaannya dengan bangunan akademik dan asrama yang baru dibina, bilik darjah profesional serta taman permainan dengan trek getah-sintetik.
Pembangunan pesat beri manfaat kepada penduduk tempatan
Pada tahun 2015, apabila Xi Jinping mengunjungi Kota Zhaojin, beliau menegaskan mengenai pengukuhan kajian sejarah mengenai tapak revolusi, menyimpulkan pengalaman bersejarah dan meneruskan dengan lebih baik semangat revolusioner serta gaya kerja yang bagus.
Kota tersebut telah membangun dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Lebuh raya, komuniti petempatan penempatan semula penduduk, kedai serbaneka, stadium dan infrastruktur lain telahpun dibina. Tempat yang dahulunya terpencil dan ketinggalan telah membangun menjadi sebuah kota yang terkenal dengan pelancongan merahnya.
"Pendapatan per kapita pada tahun 2015 adalah sebanyak 8,848 yuan. Pada tahun 2020, pendapatan per kapita telah meningkat kepada 15,235 yuan," kata Bai Wei, setiausaha cawangan Parti, Kota Zhaojin. "Kota ini dahulunya miskin dan ketinggalan. Golongan lelaki muda telah berhijrah dan golongan perempuan muda pula tidak akan berkahwin di sini. Namun begitu, sejak dua tahun yang lalu, seramai 16 orang pelajar kolej telah kembali."
"Kota Zhaojin sangat bagus. Pulanglah ke sini dan bekerja di tempat merah ini, masih ada erti kehormatan dan keuntungan," kata Bai.